Bangkok & Me Vol 1

Bangkok & Me.

I still wonder I should write in English or in Malay. I know that writing in English would allow more people around the world especially those my friends scattered around the globe may read this chapter. Malay as well would allow more coverage as not many in Malaysia are well verse in English.

 

I’m sitting on an olive color sofa, a signature color for Starbucs at Lansuan Road or they call it Soi Lansgsuan. This is similar area to Mont Kiara in KL. An expat area for the rich and famous with stylish modern skyscraper.

 

At least today I felt more than at home. I did my simple lunch, do some cleaning, laundry, watch BBC as repeatedly showing the massacre of Syrian government. The last 7 days I was in hotel room. 3 night at Baiyoke Sky Hotel. The said it is the tallest building in Bangkok and it is indeed the tallest hotel as well.

 

I always wanted to stay there, but previously the price always never granted me to do so as I’m always counting on budgets. But this time I just try to pamper myself.

 

Baiyoke was totally ‘indah khabar dari rupa’. Yes the building is like landmark to Bangkok. But the entrance  itself make me feel like I am entering the old KOMTAR in Penang or even worse Yik Fong in Ipon town. There is no grandeur or fascinating if we compare with the price and the fell doesn’t welcome much.

 

We have to take a lift to 18 floor to the lobby, just like the same feel at recently bombed hotel in Hatyai, Lee Garden Hotel.

 

Lobby and the lounge was the same mood. Exactly like the fell of Lee Garden. And I am a big fan of interior design, I can easily detect this is at the end 80s and 90s material. It is not cheap but it looks cheap to me. The room I can’t say much. More of frustration. Silver with sparrow round texture of bling bling paper wall, with olive green carpet. Well it is indeed ‘very well’ color blend. I was extremely sufferingly amazed.

 

Yeah forget about that, my room was 2810 and immediately dialed 4808. Najwa’s room. I said few words in Thai, which made the one who picked up a bit shock as she thought someone wrongly dialed the room. I said ‘May I sppek to madam Najwa plish’

 

‘Eh u ke…terkejut I belom ada apa apa lagi dah ada admire’. That’s simply Najwa that I  like about her.

 

I knew Najwa through a good friend Linda. I don’t remember when was the first time we met, but I do remember that time she was free hair and I kind of like her. She has long face, it’s not bujur sireh but it’s a typical Egyptian feature where definitely comes from her mom.

 

She is a daughter of Hajjah Faiza from national most reputable rice brand in Malaysia, Beras Faiza. We planned to visit Thaifex together this year, but we never plan to stay at the same hotel!

 

Well cut it short, that night we went out together,Najwa, kak Noor, the HR manager for Faiza and me. I was quite shock that Baiyoke area is full of Africans,Indians and Arabs. Yes I still feel like in Bangkok but I don’t really feel like being around Thais. Even the street vendors, all of the salesmen are Myanmar. What is wrong with this place I don’t know. We wanted to have Thai food, but we ended up looking at Indian restaurant with Tandoori and chicken tikka around us.

 

We decided to go back to the hotel to have buffet dinner at level I think 86 or 87. A lot of choices but less choices for us as we can’t eat pork and meat. All of us attacked the sushi and sashimi. Phad thai with lobster was delicious. Najwa said the Tomyam amazing. I saw later the next day at the lobby, their tomyam was Bangkok best tomyam champion. Owh Najwa actually break her fast. So she brought some dates which I believe maybe from Yusuf Taiyoob. I think the experience at Sky Lounge quite enjoyable.

 

After our dinner, we went off for street shopping. Najwa ended up with a nice white skirt and I don’t remember Kak Noor which she gets anything or not. But one thing that until today I think we will talk about it, one of us bought a nice dice for fun play and only us know what is it for. Just mention ‘dadu’ and all of us will laugh.  

 

We went back to room, myself got busy with FB and few other things till early morning.

Advertisements

Mengenali Pasaran Arab Saudi

Cerita ini saya tulis dek kerana abang angkat saya yang saya panggil Abang Am. Beliau kini rasanya sedang berada di Belgium. Beliau ada message kepada saya yang si kawan sekelasnya ingin memasuki pasaran Saudi dan beliau ada menyatakan supaya mungkin boleh merujuk kepada saya kerana saya sudah kesana.

Jadi beliau mencadangkan agar rakannya untuk menghubungi saya dan hampir setiap hari beliau akan membuat follow up sekiranya saya sudah berjumpa rakannya atau belum. Akhirnya tadi dapat juga saya luangkan masa untuk bertemu beliau. Itu pun dalam waktu yang sangat singkat kerana masih ada beberapa orang yang telah dijanji untuk bertemu dan mereka sedang menunggu.

Disini bukan ingin saya ceritakan tentang rakan beliau tersebut. Tetapi lebih kepada keinginan memasuki atau meneroka pasaran Arab khususnya Arab Saudi.

Seingat sayalah kalau disebut ingin teroka pasaran eksport…semuanya sebut nak masuk arab. Kadang kadang sampai dodol pon nak dihantar ke arab. Arab ni kalau diingat saya ada dua sahaja yang ada dalam dunia….satu Arab Saudi dan satu lagi Dubai. Kadang kadang tu ada yang ingat Dubai itu sebahagian daripada Arab Saudi.

Saya berikan contoh dodol kerana baru baru ini di Mihas 2012 ada usahawan dari Pulau Pinang minta tolong saya pasarkan dodol ke Arab…arab mana saya tak tahu.

Yang lebih teruk sekali adalah seorang associate kami yang saya selalu gelarkan beliau bersama staff yang lain sebagai Apek Chong. Beliau adalah export manager sebuah syarikat pengeluar makanan yang memang tidak asing lagi iaitu jenama Yeos. Pasti semua orang kenal syarikat ini Yeo Hiap Seng Berhad….dan dengan bangganya saya ingin maklumkan disini bahawa syarikat kecil kami adalah pemegang hak milik bagi jenama mereka di Arab Saudi.

Yang kelakarnya ketika mula-mula kami berbincang untuk membawa produk mereka ke sana, beliau juga adalah antara yang ‘kurang arif’ geografi yang tidak dapat membezakan antara Dubai dan Arab Saudi. Yang lebih teruk beliau ada mengatakan produk mereka pernah dihantar ke arab…….Iraq. Penat juga saya nak jadi cikgu geografi kepada beliau. Saya rasakan kalau Cikgu Faizah di Maahad dahulu pasti beliau mengeluh panjang kerana Mr. Chong ini memang sedikit kurang cerdas didalam bab ini.

Cuma, satu kelebihan beliau, beliau selalu mengaku yang beliau tidak pandai dan masih belajar…….serta kata kata manis beliau menampakkan bahawa memang beliau ‘orang lama’ didalam marketing.

Disini bukan tempat untuk saya buat kelas tentang geografi negara-negara arab, cuma ringkasnya Arab Saudi itu adalah sebuah negaralah! Dubai pula ada salah sebuah bandar utama yang amat terkenal dan maju serta negeri didalam negara Emiriah Arab Bersatu atau selalunya disebut sebagai UAE.

Kedua-dua tersebut bukanlah dari kawasan negara Middle East tetapi lebih tepat adalah Negara Teluk atau Gulf Countries. Jadi kalau perkara mudah ini pun sudah fail,bagaimana hendak mengenali serta memasuki pasaran Arab Saudi. Kita kan pasti akan rasa kurang senang kalau kita dikatakan sebagai orang Nepal atau orang Indonesia oleh orang luar. Saya orang Malaysia lah!

Saya mengenali Arab Saudi semenjak kecil lagi. Banyak faktor yang menyebabkan saya lebih mengenali negara ini. Satunya yang paling utama adalah kerana kami mempunyai keluarga yang merupakan warganegara disana, harta tok nenek moyang kami disana. Keduanya saya mempunyai ramai rakan-rakan Arab Saudi dan sering bergaul dengan mereka. Ketiganya saya boleh bertutur dengan baik didalam bahasa arab dialek Jeddah atau lebih disebut sebagai Jaddawi. Tapi yang peliknya saya tidak pernah tinggal disana mahupon dibesarkan disana. Jadi saya anggap ini adalah sebagai anugerah Allah kepada saya. Maka sekiranya ditanya soalan bagaimana saya boleh bertutur Bahasa Arab ditambah dialek Jeddah….jawapan saya…saya sendiri pon tak tahu.

Atas dasar ini saya lebih senang untuk berkawan dengan pak pak arab ini jika dibandingkan dengan budak melayu yang lain. Selalunya apa yang saya lihat samada budak melayu tak tahan dengan budak arab atau budak arab akan bosan dengan budak melayu. Memang dua bangsa ini kurang ngam jika hendak digandingkan lama-lama. Selalunya hanya Melayu yang boleh memahami arab sahaja yang mampu bertahan lama, bukan sebaliknya.

Sebenarnya mungkin kerana dah lama makan belacan, saya sendiri sebenarnya tidak boleh duduk lama-lama dengan orang Arab khususnya dari Arab Saudi, melainkan sekiranya mereka ini kurang arab ataupun mereka ini adalah dari keluarga campuran. Pasti ada sahaja perkara yang tidak selari dengan selera kita serta kepercayaan kita.Semuanya terlalu jauh berbeza. Yang sama hanya satu, AGAMA.

Image

Perkahwinan sepupu saya (Sept 2011)

Contoh paling mudah yang selalu menjadi masalah bagi saya adalah waktu makan. Saya ni jenis ada penyakit gastrik. Kalau makan tidak tepat waktunya mulalah perut buah hal. Orang Melayu makan tengah hari jam 12 makan malam jam 8 malam. Sedangkan orang arab makan tengah hari mereka jam 4….makan malam jam 12 malam. Jadi memang saya keluh kesah jika duduk dirumah arab kerana menahan lapar.

Ini adalah contoh yang sangat mudah untuk kita fahami yang sebenarnya dua benua ini sangatlah berbeza.

Saya masih teringat dahulunya saya sering membincangkan topik marketing kepada pelancong Negara Teluk oleh kementerian kita. Pada awalnya, setelah kita membuat keputusan untuk menumpukan promosi kepada Negara Teluk untuk melancong ke negara kita, kita sering mengguna pakai formula untuk orang Jepun dan Eropah kepada arab.

Orang Eropah atau lebih mudah Mat Saleh adalah suatu bangsa yang saya boleh kategorikan sebagai ‘EXPLORER’. Mereka suka cuba benda baru, makanan baru, melihat budaya orang luar,tradisi, tarian dan sebagainya.

Jadi kita percaya bahawa Arab khususnya Arab Saudi juga seperti ini. Jadi kita guna formula yang sama untuk mereka. 

Ya mereka mungkin boleh melihat atau menonton seketika tetapi sebenarnya saya lebih suka kategorikan Arab Saudi sebagai suatu bangsa yang lebih KEEP TO THEIR OWN WAY’.

Mereka boleh ke mana mana negara tetapi mereka masih mahu berpakaian seperti ditempat mereka, makan hanya makanan yang mereka makan hari hari, mendengar muzik yang hanya mereka suka, hidup seperti yang mereka hidup di negara mereka. Hanya segelintir sahaja yang sukakan sesuatu yang baru.

Maka timbullah pelbagai masalah dan banyak lagi. Kita telah lakukan ‘marketing strategy’ yang salah. Tapi itu dulu.

Kini kita dapat melihat gerombolan restoren, kedai hinggalah pelbagai perkhidmatan seperti mencukur janggut yang mengikut citarasa arab. Banyak jalan jalan utama tempat tumpuan ditulis didalam Bahasa Arab. Banyaklah juga ustaz ustaz Mesir yang dapat menambah rezeki dengan menjadi pemandu arab. Hinggalah si cina dan india pon sudah tukar nama Mohamad dek kerana ingin mendapatkan pelanggan arab.

Tiada lagi itinerary dari syarikat pelancongan yang membawa arab ke muzium negara ataupon pusat kraftangan…tetapi lebih banyak yang dibawa untuk ke shopping centre dan sebagainya. Ini semua adalah hasil daripada kajian menyeluruh yang baik, jadi saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan serta attache En Syamsul Al Yafie di Jeddah kerana memang buat homework dengan baik.

Cerita diatas adalah metode mudah untuk menyatakan bahawa peri pentingnya untuk benar-benar memahami arab sebelum kita ingin memasuki pasaran mereka.

Saya ada mengenali sebuah keluarga yang anak saudaranya belajar di Malaysia. Keluarga ini saya kenal sudah lebih empat tahun yang lalu. Mereka sebenarnya menjalankan perniagaan mengimport makanan Asia untuk dipasarkan ke semua kedai-kedai Asia di Arab Saudi.

Oleh kerana saya memang mengenali cara arab, perkara pertama bukanlah saya bercakap tentang business dengan mereka. Lebih hanya kepada lawak lawak bodoh yang sering saya dan anaknya sering bualkan hampir setiap masa. Apabila beliau pulang ke Saudi kami sering ber online bertanya khabar dan berbual kosong.

Kebetulan setelah lama mengenali keluarga beliau hanya tahun lepas saya berpeluang untuk ke Saudi dan tinggal disana hampir 3 bulan. Itupun kebetulan kerana perkahwinan sepupu saya.

Jadi kesempatan itu saya gunakan untuk bersama keluarga ini, tidur, makan, tidur, makan,lepak mall, tidur dan  makan dan itulah kerja yang saya lakukakan selama dua bulan. Keluarga saya berada di Mekah sedangkan saya menghabiskan masa di Jeddah atas urusan ‘kerja’. Yang pastinya kiranya ibu saya tahu bahawa fe’el kerja saya jenis begini, pasti ibu saya susah hati. Tapi saya ketika tu memang bekerja bersungguh-sungguh. Tidur makan lepak tidur dan makan!

Hinggalah satu hari kami bercakap sedikit tentang kerja…..dan setakat itu sahaja.

Dipendekkan cerita, mereka membuat keputusan untuk mengambil satu kontena daripada saya tanpa sebenarnya mengetahui apakah barang yang hendak diambil dan berapakah kosnya. Apabila saya pulang ke Malaysia barulah kelam kabut saya mencari itu dan ini.

4 tahun berkenalan, 2 bulan bekerja keras supaya menjadi mesra dan rapat dan mereka membuat keputusan untuk membeli daripada saya tanpa bertanya barang apa dan berapa.

Jadi bagi yang pandai cerdik sendiri fikirlah jenis apakah bangsa ini………TRUST….itu sahaja. Yang lain lain biasa diatur.

Dan semestinya tak ramai yang sanggup untuk melabur seperti ini, baik usahawan pembuat makanan, IT, developer dan lain-lain.

Arab Saudi tiada istilah meeting 2 jam dan deal…….!

Selatan Thailand Dari Perspektif Saya vol. 4

Bercakap dengan kisah Abe We, sebenarnya beliau telah memberikan satu gambaran kukuh tentang wilayah yang dikatakan bergolak ini kepada satu perspektif yang amat berbeza.

Abe We, dengan gaya yang kurus dan tinggi lampai, tidak banyak bercakap berbanding dengan orang-orang Patani yang lain yang lebih ramah. Setiap butir yang ingin dicakapkan terserlah yang dia cuba untuk berfikir sebelum mengatakan sesuatu. Mukanya tidak manis serta jarang senyum,tetapi ketika bertutur nampak seolah olah terukir senyuman dimuka beliau. Bak kata sedap mata memandang. Yang jelasnya gigi berlapis beliau langsung tidak mencacatkan rupa paras, mungkin ini pemanis yang menyebabkan beliau dapat menyunting anak dara Kelantan….isterinya yang boleh dikategorikan rakan kongsi beliau didalam perniagaan ketika ini.

Teringat saya beliau ada menceritakan ketika muda muda beliau suka menjual kecil kecilan. Beliau akan beli dari pemborong Cina (Cina Thai) juga membawa masuk sedikit demi sedikit produk dari Kelantan untuk dijual di  Yala.

Semuanya berkembang secara organik sedikit demi sedikit. Abang Nik maklumkan saya dahulu beliau adalah pemborong terbesar di Yala….sebenarnya tidak!

Beliau adalah pemborong terbesar bagi tiga wilayah Narathiwat,Yala dan Patani juga antara yang terbesar di Selatan Thailand. Beliau juga memegang hak eksklusif untuk beberapa jenama besar seperti Wai Wai atau lebih dikenali sebaga Mee Serda untuk Selatan Thailand, higgakan sesetengah barang, peniaga dari Hatyai akan ke tempat beliau untuk mendapatkan bekalan stok.

Jadi pertemuan awal saya melihat ketika itu beliau mempunyai 3 pintu kedai yang dijadikan tempat pemborong. Barang disusun tanpa sistem tetapi beliau dapat mengingati kesemuanya termasuk harga harga dan kos bagi setiap barang. Tidak lupa saya dapat melihat beberapa jenama Malaysia seperti Dairy Champ, Hwa Tai serta produk IKS seperti Guarana Cappucino dari Terang Bulan dan susu kambing Dr.One.

Telahan saya silap. Kedai beliau bukanlah 3 pintu….perniagaan utama bukanlah pemborongan. Pemborongan hanyalah branding untuk perniagaan beliau, tetapi aktiviti utama sebenarnya adalah hartanah.

Sekarang ini kedai 3 pintu beliau bukan lagi tempat pemborongan tetapi disebelah lot kedai tersebut beliau baru sahaja membina rumah baru 4 tingkat yang lebih mirip kepada rumah kedai. Tingkat bawah dijadikan tempat pemborongan dan selebihnya adalah rumah beliau. Seingat saya bangunan tersebut siap pada tahun 2010 dan saya sudah banyak kali kesana dan pernah menginap disitu. Saya dan rakan-rakan pernah membuat kesimpulan isteri beliau sangat sukakan warna. Hampir kesemua warna asas ada didalam rumah beliau. Hurm…..

Ketika kali pertama saya memasuki rumah beliau,dengan penuh kegembiraan beliau berkongsi dengan saya dengan membuat tour kesemua tingkat dan akhir sekali ketingkat paling atas, beliau membuat ruang kosong terbuka sesuai untuk aktiviti keluarga dan kenduri kendara. Dari situ saya dapat melihat pandangan atas seluruh kawasan Kedai Burok.

Apabila kami berbincang serta berkongsi pandangan, barulah beliau menceritakan perancangan beliau untuk membangunkan itu dan ini dan barulah saya ketahui bahawa semua kedai disekeliling kawasan tersebut adalah kepunyaan beliau. ada yang disewakan dan ada yang dijadikan tempat menyimpan gudang.

Lalu saya tanyakan satu soalan….’eh be we, berapa buat rumah ni?’……jawabnya beliau telah berhabis hampir 10 juta bath…

Eh 10 juta bath maksudnya 1 juta Ringgit. Jadi saya tanya lagi….pakai pinjaman bank ka. Jawab beliau….’oloh hok duit nego hok simpae’…..1 juta cash! Saya telan air liur.

Ini adalah contoh mudah mengenai orang Selatan Thailand. Mereka mungkin tidak nampak bergaya. Tidak pakai kereta besar, Mercedes atau BMW. Mereka mungkin tidak tahu beg LV. Dirumah tiada sofa jenama Lorenzo…jauh sekalilah kalau designer stuff. Sekali pandang kita katakan kesiaaaan mereka ini. Susah…..

Tetapi mereka ada wang tunai serta hartanah yang banyak! Ditambah dengan harga getah yang melambung…..

Kekuatan orang Patani dan Yala adalah tunai! Ini yang orang Malaysia tidak tahu. Dan ini juga rata rata orang kita tidak ada. Wang simpanan tunai.

Cuba buat perkiraan, kajian yang kami jalankan purata dari golongan sederhana simpanan di dalam rumah sekurang kurangnya 20 hingga 25 ribu Ringgit. Jumlah keseluruhan untuk wilayah wilayah tersebut adalah 2 juta orang dan 90% adalah orang Islam. Berapakah rizab simpanan mereka keseluruhan? Ini hanya angka secara rambang……tetapi dapat memberikan satu penanda aras tentang kekuatan disana. Bersambung……

Selatan Thailand Dari Perspektif Saya vol. 3

Abe We saya kenal 3 tahun yang lalu. Nik Waba yang telah memperkenalkan beliau kepada saya. Ketika itu adalah bulan Ramadhan. Kami telah dijemput oleh pengurusan Masjid Besar Yala yang telah membuat penganjuran kali pertama festival jualan sempena Aidil Fitri dan mereka telah membuat jemputan kepada Malaysia melalui IMT-GT untuk menyertainya. Yang pasti tentulah tiada siapa pon yang cepat membuat keputusan seperti kami yang muda muda dan kurang Melayu ni. Almaklumlah orang Melayu ni sebelum nak buat apa apa kena bagi salam dulu, lepas tu kena mukaddimah dengan pulut kuning, lepas tu kena buka bunga silat, dah bersilat segala nak kena berbincang pula dan banyak lagi lah. Jadi sementara menunggu yang lain-lain melalui proses-proses tersebut, kami telah membuat keputusan dalam 5 saat untuk menyertainya.

Jadi, saya, Rauf, Dekwan, Firdaus terus membawa satu kontena produk-produk usahawan untuk dibawa kesana dengan menggunakan perkhidmatan Kontena Nasional. Semuanya kami uruskan sendiri. Kontena 40 kaki ke Yala dengan kos RM950 sahaja. Tidak seperti sebuah syarikat itu yang gah nama mereka di pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mereka pernah membawa barang ke Patani (yang lebih dekat dari Yala) dengan sebuah lori bonded truck saya tak pasti rasanya 5 tan sahaja dengan kos RM16,000. Sampai hari ini kami masih berhutang dengan mereka dan disini dengan rasmi saya tidak akan membayar selebihnya baki kerana pihak kami telah membuat bayaran RM4000 dihadapan semua Board of Directors dan Pengerusi mereka. Nilai tersebut sudah melebihi nilai pasaran logistik antarabangsa. Kalau dibayar semua bill mereka itu saya sudah boleh membuat penghantara 4 buah kontena ke Port Jeddah, Arab Saudi.

Insiden tersebut telah menyebabkan nama saya busuk dimerata-rata kerana mereka telah menjaja cerita ini kesetiap jabatan dan semua kenalan. Mereka bukan sahaja telah membuatkan nama saya rosak, malah telah berkasar dengan saya serta telah menyebabkan banyak agensi pada awalnya bersikap dingin terhadap saya. Yang baik hati akan bertanyakan hal tersebut dan saya terpaksa ceritakan perkara sebenar yang semestinya akhirnya akan memburukkan nama mereka.

Beberapa agensi telah mula tidak menggunakan perkhidmatan mereka dek kerana harga tidak munasabah yang ditawarkan. Mereka pernah menasihati saya supaya membuat pembayaran, kerana hutang akan dibawa kemati, tapi nasihat saya pula, jangan aniaya orang dan mengambil untung berlebih lebihan. Haram tu Tuan Sheikh…….

ImageI

Ini rupa jenis lori yang mereka pakai untuk program di Patani

Image

Yang ni pula rupa kontena yang digunakan oleh Kontena Nasional Berhad

Image

ImageImage

Program tersebut tamat sehari sebelum raya dan kami pulang dengan penuh keletihan tetapi ceria. Banyak pengalaman manis ketika itu dan saya masih simpan sehingga hari ini.

Berbalik kepada cerita awal, ketika program tersebut saya mengambil kesempatan untuk mengenali pasaran di Yala dan Nik Waba telah memperkenalkan saya kepada Abe We. Dikatakan Abe We adalah merupakan pemborong terbesar di pekan Yala. Saya masih ingat ketika saya dibawa berjumpa beliau ketika itu beliau duduk diatas kerusi mini sambil mengira bill pelanggannya. Semuanya manual, tetapi kedainya penuh dengan pelbagai barang termasuk produk makanan dari Malaysia.

Beliau mempelawa saya duduk di kerusi mini yang lagi satu. Sangat mudah dan ringkas dan kami berbincang beberapa perkara. Tiada rupa korporat, sangat ringkas dan sangat mudah.

Tetapi pertemuan tersebut yang ringkas sebenarnya telah membawa saya kepada suatu perjalanan pengalaman yang sangat menarik di Yala. Makanya saya pasti akan mengingati orang yang mula mula memperkenalkan saya kepada Abe We. Nik Waba, adik kepada bekas YB Patani Nik Mokhtar Waba…juga merupakan rakan baik untuk rakan baik saya Borhan dan Najhan…semuanya dari satu daerah yang sama iaitu Patani.

Selatan Thailand Dari Perspektif Saya vol. 2

sambungan cerita vol 1.

sampai saja di kawasan Yala saya masih berkira kira samada mahu menginap di Patani atau mahu menginap di Yala.

Patani ada sebuah hotel yang saya ingin berikan jula juli bintang. Kenapa jula juli bintang? Ini kerana bahasa mudahnya out of nowhere……bayangkan seperti di tengah tengah kampung tiba tiba ada sebuah hotel yang gayanya seperti resort bali bertaraf 5 bintang, dekornya 5 bintang, makanannya 5 bintang,perkhidmatannya 5 bintang, bilik deluxe sangat besar seperti super deluxe…seolah olah boleh disumbat 10 orang dan harganya seperti Motel Yap Ah Kau.

Sampai hari ini saya masih jatuh cinta dengan hotel CS Patani. Bayangkan deluxe baru harganya 90 Ringgit semalam. Tidak padan dengan fasiliti dan keadaan hotel tersebut yang jauh lebih baik dari hotel 3 bintang yang ada di Pulau Pinang mahupon Kuala Lumpur. Bayar lebih sedikit sudah dapat bilik bilik yang amatlah besar dan memuaskan.

Image

ImageTeringat kali pertama menginap disini,perut berkeroncong waktu malam. Selalunya dihotel, room service kita berkira kira juga untuk buat pesanan kerana harganya lebih tinggi berbanding diluar. Bayangkan saya dan rakan-rakan telah membuat pesanan nasi, sayur, isi ketam masak kari dan lain lain,bilnya tidak sampai 50 Ringgit. Kalau di Malaysia entah sudah 100 lebih rasanya. Itu pula tidak dikira untuk dimakan 4 orang ketika itu. Maka sesuailah saya kurniakan hotel CS Patani Jula Juli Bintang kerana tiada bintang yang lebih layak untuk dikurniakan.

Dalam perkiraan memilih hotel, saya memang ingin menginap di CS Patani, cuma masalahnya hotel tersebut terletak di Patani,lebih kurang 20 minit dari pekan Yala. Masalahnya semua kenalan lebih ramai berada di Yala, dan pekan tersebut lebih ‘live’ berbanding Patani. Lagipon meeting saya bersama manufacturer pada keesokannya lebih dekat dari Yala.

Maka saya ambil keputusan untuk menginap di Yala. Namanya hotel Rama. Hotel yang saya menginap ketika ini.

Kalau dari luar rasanya seperti hotel zaman 90-an. Tapi jika masuk dalam ya Allah rasa macam zaman 50-an. Kalau anda sorong bagasi tu kalau boleh cuba cubalah elak terkena dinding, mungkin ada simen yang akan lekang dan jatuh. Ha ha.

Tapi itulah hotel yang terbaik di Yala dan terbaik buat saya. Lebih baik tidur di hotel daripada menyusahkan rakan-rakan. Saya tahu jika saya maklumkan ramai yang akan mempelawa untuk tidur dirumah mereka. Hotel ajelah ye……

Lepas check in, saya terus ke kawasan yang dipanggil Kedai Burok atau dalam bahasa Thainya Talak Kaw. Kawasan ini cuma 5 minit sahaja dari hotel juga berdekatan dengan stesyen utama keretapi. Ia dinamakan Kedai Burok kerana kawasan ini adalah kawasan pekan dengan bangunan lama. Memang sesetengahnya sudah buruk. Tetapi disini adalah merupakan antara nilai hartanah tertinggi di Yala. Apa yang menarik disini adalah Kedai Buruk merupakan kawasan perniagaan Muslim. Bukan jarang-jarang tetapi pemandangan ini langsung tidak pernah saya lihat di Malaysia. 

Kita dapat lihat aktiviti ekonomi yang begitu rancak disini dan yang indahnya ia didominasi oleh orang Melayu dan semestinya Islam.

Saya terus ke kawasan ‘favourite; saya dihadapan Masjid besar Yala. Masjid ini kubahnya sangat unik seperti bawang besar yang dibelah dua. Seakan akan kubah Masjid Zahir di Alor Setar,tetapi jika dipandang pandangan sisi rupanya agak berbeza. Saya sering solat di Masjid ini dan jika ada kesempatan saya akan ziarahi pengerusi Masjid Haji Nik dan imamnya. Mereka amat menghormati saya disini, mungkin kerana ‘introduction’ yang telah diberikan lebih mudah saya katakan ‘terlalu diperbesarkan’. Takut indah khabar dari rupa. Malangnya kali ini bukan ke Masjid,tetapi satu deretan gerai dihadapan masjid yang menjual pelbagai makanan tempatan. Yang menariknya di daerah Yala Patani, makanan disini sangat unik kerana ia bukanlah makanan Thai yang sering kita lihat di Malaysia mahupun jika berkunjung ke Hatyai atau Bangkok.

Ia sememangnya bersifat tempatan dan hanya boleh didapati disini sahaja. Saya pun hairan kenapa tidak ada satu pon restoren atau kedai tomyam yang cuba mempromosikan masakan Patani Yala. Semuanya enak enak belaka. Jadi kalau tuan-tuan benar ingin mencuba makanan ini, silalah ke daerah Patani dan Yala kerana makanan ini tidak ada di daerah daerah lain di Thailand.

Saya terus ke gerai pertama yang kepunyaan seorang ibu tunggal. Beliau dengan pakaian jubah dan purdah,ligat kesana sini dan pakaiannya bukan menjadi penghalang. Saya lebih suka panggil kedai Be Mat kerana salah seorang pekerjanya nama Abe Mat. Abe Mat sudah tidak bekerja lagi disitu.

Kegemaran saya adalah Nasik Minyok (nasi minyak) dengan ayae goreng dan ikae keli goreng (ayam goreng dan ikan keli goreng). Nasi ini lebih menyerupai diantara nasi beriyani atau pon nasi bukhori, tetapi  bukanlah rasanya seperti yang sebutkan kerana rasanya unik dan tersendiri. Ia dimakan dengan ayam goreng dengan rempah khas dan dicicah dengan sambal manis thai bersama sup. Selalunya seketul ayam dan ikan keli tidak cukup. Pasti saya tambah lagi seketul untuk diratah. Memang sedap…..

Lepas makan saya sudahi dengan teh ais. Bahasa yang lebih tepat adalah teh tarik ais kerana buihnya banyak. Untuk pengetahuan saudara….teh ais tersebut susunya datang dari Malaysia. Dairy Champs…satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Bahasa yang lebih tepat sebenarnya Dairy Champ ini bukanlah dieksport ke Thailand tetapi sebenarnya di seludup ke Thailand melalui pintu masuk Kelantan.

Menurut Abe We, rakan kenalan yang sudah saya kenal 3 tahun yang lalu, Dairy Champ diseludup jumlahnya jika dihitung lebih 2 kontena sebulan. Rasa saya export manager Dairy Champ, Mr. Gan pon rasanya tidak tahu langsung tentang transaksi ini. Saya ada juga berangan-angan ingin ‘legalised’ kan aktiviti ini dengan memohon hak untuk mengeksport ke selatan Thailand dan mendapatkan lesen makanan khas dari Kerajaan Thailand untuk produk ini. Tetapi jika difikirkan kerumitan untuk menghalalkan apa yang kurang halal dari segi perundangan, maka lebih baik kita halalkan saja aktiviti penyeludupan ini saja.

Tersebut Abe We tadi, siapa dia sebenarnya? continue….

Selatan Thailand Dari Perspektif Saya

Ketika saya menulis ini, saya sedang berada diatas katil yang sangaaatlah keras di sebuah hotel lama yang dipanggil Rama Hotel atau dalam bahasa siamnya Rong Riem Rama. Hotel ini sudah banyak kali saya menginap hinggakan hampir kesemua pekerja disini sudah mengenali saya. Walaupun tidak semua dapat saya berkomunikasi kerana mereka semuanya keturunan Siam atau Cina Thai, tapi jelas mereka memang mengenali saya. Seingat saya hanya ada 2 orang yang dapat berbahasa Inggeris dan seorang berketurunan Melayu…jadi kena kecek Tani (cakap pelat Patani) lah baru faham.

Sudah dua malam saya disini dan ini adalah malam yang ketiga. Sepatutnya saya sudah pulang ke Malaysia hari ini, tetapi dek kerana makan sarapan yang bagi saya agak berat, pulut kuning gulai daging bersama daging goreng kunyit serta hati lembu, mata saya menjadi mengantuk yang teramat sangat. Lalu saya ambil keputusan untuk rehat sebentar. Bila sudah tersedar dari tidur, perkiraan saya agak tidak sesuai untuk saya berangkat pulang ke Malaysia. Perjalanan lebih kurang 2 jam jadinya situasi disini tidak galakkan kita bergerak diwaktu malam atas alasan keselamatan. Akhirnya, keputusan saya adalah tambah lagi satu malam disini.

Saya teringat sebenarnya perancangan untuk ke Yala semenjak minggu lepas lagi. Tetapi memandangkan banyak pula perkara yang perlu diselesaikan sebelum kesini, ditambah pula dengan program-program yang tidak dirancang menyebabkan perjalanan ke Yala terpaksa ditangguhkan. Akhirnya tiga hari lepas saya ambil keputusan untuk bertolak ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Yala.

Cuma satu yang agak menjadi ralat kepada saya. Kadang-kadang perkara seperti ini menyebabkan saya menjadi marah,kadang-kadang menjadi kecewa. Ini kerana setiap kali saya mahu kemana mana saya akan mengajak kawan-kawan untuk sertai. Almaklumlah apabila berjalan seorang diri dengan berjalan ada teman lain bezanya. Ditambah pula saya ini bukanlah dari kategori hard core driver yang boleh memandu berja-jam. Jika ada teman pastinya perjalanan jauh tak berapa terasa.

Selalunya jawapan yang saya terima ‘alaaah kenapa tak cakap awal awap tidak boleh join’. Setengahnya pula memang teringin untuk ikut tatapi kerana mereka bekerja, maka cuti perlu dipohon terlebih awal. Ada juga rakan-rakan yang teringin untuk sertai tetapi kekangan kewangan lah pula. Jadi untuk saya sedapkan hati selalu berkata kepada diri saya….bertuahkan aku…hidup tak ada boss. He he

Kebetulan kali ini ramai pula yang berjanji untuk ikut. Hinggakan saya jadi keliru yang mana satu patut saya dahulukan. Tetapi yang lebih malang adalah semuanya batal diakhir-akhir. Seorang batal kerana kononnya ada hal emergency dan seorang lagi kebetulan katanya ada temujanji dengan doktor. Tetapi sebenarnya saya rasakan beliau batalkan kerana tidak ada ongkos lagi. Pasti dia ingat ke Patani seperti mahu ke Bangkok…by the way saya baru sekarang belanja tidak lebih dari 100 ringgit untuk makan-makan dan lain lain. Hotel cuma 60 ringgit semalam. Sudah jadi adat saya,kalau ajak tuh ongkosnya ditanggung ya. Jangan khawatir…..

Akhirnya dalam jam 9 malam saya ambil keputusan untuk memandu seorang diri ke Pulau Pinang. Saya bermalam di rumah keluarga angkat saya di Batu Maung dan keesokan harinya saya terus berangkat untuk ke Patani.

Didalam perjalanan saya dapat SMS yang mengatakan Abe G ada di Seberang Jaya. Abe G ini adalah boleh saya berikan pelbagai kategori, sebagai gaya seorang bapak, juga seorang kawan yang baik, mentor pon ada dan beliau juga adalah Lembaga Pengarah didalam syarikat saya.

Abe G atau nama sebenarnya Faudzi Naim mempunya pelbagai panggilan dan panggilan panggilan ini dapat kita kenal dari era manakah mereka kenali serta kumpulan mana. Ada yang panggi Tuan Haji, ada yang panggil Abe G, ada panggi Fauzi Naim, saya pula sering bahasakan beliau sebagai Abe G tetapi tetap memanggil beliau Dato’ dimana mana waktu pun.

Sebenarnya beliau adalah orang pertama yang memperkenalkan dunia disebelah Wilayah Selatan Thailand. Beliau tidak pernah membawa saya kemana mana melainkan sekali bersama rakannya bernama Burhan ke Hatyai. Tetapi beliau adalah orang yang banyak mencetuskan untuk saya meneroka sendiri wilayah ini.

Saya masih ingat beliau pernah mendorong saya untuk menerokai sebuah wilayah berdekatan dengan Perlis yang dinamakan Satun. Ketika beliau menyuruh saya kesana, beliau sendiri sudah lebih 20 tahun tidak pernah menjejaki kesana lagi.

Jadinya saya dan rakan saya Rauf yang ketika itu merupakan Manager di syarikat saya telah ke Satun untuk mengenali wilayah itu dengan lebih dekat. Kami ketika itu dengan secara ‘gamble’ kesana dan menerjah pejabat pejabat seperti pejabat Majlis Agama Islam, Pejabat Gabenur, Pejabat Koperasi Ibnu Auf, Chamber of Commerce dan lain-lain dengan pertolongan seorang kenalan. Jadi dengan muka tembok kami ini kami berjaya menjalinkan hubungan dengan  hampir setiap lapisan penting disana. Akhirnya terhasillah satu program yang dinamakan Satun Lima Dasar Trade Fair 2010.

Apabila semuanya telah tersedia barulah yang lain-lain menyusul. Saya masih ingat seorang rakan ada memaklumkan Kerajaan Pulau Pinang telah membuat program susulan kedua kesana bersama Koperasi Ibnu Auf. Walaupun saya tidak dimaklumkan akan hal ini, tetapi saya patut rasa gembira kerana ada aktiviti susulan telah berlaku walaupun tanpa kehadiran saya. Sekurang-kurang ini adalah pencapaian peribadi saya yang boleh saya bawak ke akhirat nanti. Walaupun sebenarnya secara teknikal mahupun praktikal dan moral saya adalah orang pertama yang membuka pintu Satun kepada Kerajaan Pulau Pinang, tetapi ini tidak bermakna Satun hanya untuk saya seorang sahaja. Hidup mesti dikongsi….

Cuma satu saja ralat saya tentang orang Malaysia. Kita kurang menghargai harta intelek dan memberi kredit kepada tuan punya yang patut. Kita selalu mengambil harta orang dan mengaku harta kita sendiri tanpa memberikan ‘acknowledge’ kepada orang yang sepatutnya. Tidak seperti orang Eropah yang akan sentiasa memberikan kredit kepada orang yang meneroka atau membuat penemuan. Begitu juga dalam Islam, sesuatu hadis tidak boleh dikategorikan sahih sehingga nas nas dan nasabnya itu juga sahih.

Saya dengar orang lain telah ambil kredit dengan mengaku bahawa merekalah yang membuat kerjaan ini dari awal. Mamak huh! memang perangai macam tu, tidak pintu Melaka tidak dibuka lah kepada Portugis. Husam being Racist….

Kita tinggalkan Satun untuk cerita dilain hari….berbalik kepada perjalanan ke Patani.

Saya mengambil jalan pintas tanpa melalui jalan besar ke Hatyai melalui satu kawasan namanya Nathawee. Jalan ini diteroka oleh Rauf sebenarnya. Perjalanan sebenarnya agak menggerunkan bagi saya semasa buat pertama kali kerana jalan ini lebih mirip jalan kampung. Apabila difikirkan hal tembak tembak ini membuatkan saya agak takut dan risau juga. Tetapi itu dululah….sekarang mungkin sudah biasa. Perjalanan tidak sampai 2 jam dan saya sudah berada di pekan besar Yala. continue….