Betulkah Orang Pulau Pinang Jahil Berbahasa?!!

Pada 14 Julai yang lalu adalah antara hari yang membawa kegembiraan kepada banyak orang terutamanya bagi yang baru bergelar Dato’. Yang saya pasti yang paling gembira adalah yang baru bergelar Datin. Maka akan berubahlah seluruh lanskap dan pengalaman hidup mereka selepas ini.

Antara Dato’ baru yang sudah lama saya ketahui adalah Yang Berhormat Dato’ Abdul Malik Abul Kasim, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang saya boleh katakan paling menyerlah dalam semua exco exco yang ada setelah Ketua Menteri sendiri YAB Lim Guan Eng. Hehehe maka Datin baru pastilah gembira sekali.

Image

Tidak lupa juga Dato baru Khadar Shah atau lebih senang dipanggil Dato’ Nasi Kandar Nasmir sahaja. Yang ini pon saya senang untuk kenal pasti kerana yang pertamanya Nasmir itu sendiri yang sememangnya sudah terkenal. Tetapi yang paling menarik adalah cerita ‘pelaburan’ beliau yang eherm eherm…. Sebab itulah mungkin sesetengah orang kurang senang kerana budak ini tahu banyak sangat hal ehwal Pulau Pinang.

Walau apa pon, tahniah diucapkan kepada semua yang baru dianugerahkan darjah darjah, bintang bintang kehormat serta pingat baru baru ini.

Image

Selalunya, ketika ini semua pegawai kerajaan akan menjadi teramat sibuk, dan ketika ini juga banyak ahli keluarga akan berkumpul. Saya juga tidak ketinggalan akan pulang ke Pulau Pinang dan set persalinan istiadat akan dibawa sekali beserta set black tie untuk majlis santapan malam.

Cuma tahun ini kepulangan saya ke Pulau Pinang menjadi sedikit ketat jadualnya kerana saya perlu ke Hatyai untuk menghadiri sebuah program dan seterusnya ke Patani untuk melawat kilang serta agenda agenda lain. Kepulangan kali ini juga agak kelam kabut kerana kedua dua set persalinan baju istiadat saya telah rosak dek kerana seterika yang tersilap setting. Itupon kerana kelam kabut untuk ke istiadat di Istana Negara.

Jadinya saya telah menempah baju yang baru bersama Calvin Thoo….malangnya baju tersebut tidak dapat disiapkan tepat waktunya. Nasib baiklah Calvin bijak mengaturkan plan B. Tidak terpaksalah saya berbaju kebaya sahaja!

Sebelum 14 Julai, saya sering berulang alik ke Sungai Petani dan sebagainya dan pastinya saya terpaksa melalui tol jambatan Pulau Pinang. Disitu terpampang kain rentang yang besar mengucapkan tahniah. Seingat saya sememangnya Kerajaan Pulau Pinang khususnya Kerajaan Pakatan Rakyat ini kurang menyambut hari kebesaran ini walaupon sebenarnya ahli ahli parti sokongan mereka berebut rebut menghantar borang pencalonan.

Sesetengah orang Pulau Pinang langsung tidak menyedari bahawa mereka bercuti pada hari tersebut dek kerana hari sambutan ini.

Image

Berbalik kepada ucapan tahniah tersebut tiada apa yang menarik perhatian saya.Cuma sedikit sebanyak ia memberikan tanda ingatan dan kasih kepada pemerintah tertinggi negeri tersebut.

Cumanya yang membuatkan saya rasa jengkel,ketika hari penganugerahan tersebut di Dewan Seri Pinang, buku program istiadat berbunyi ‘sempena Hari Jadi yang ke 74’.

Bunyinya sangat lucu dan jengkel. Seolah-olah Tuan Yang Terutama itu samalah seperti anak-anak yang menyambut Happy Birthday atau Hari Jadi…dihadiahkan mainan dan ditiup lilin kek serta memakai pakaian aneka ragam bertopi kertas…..

Adakah alasanya kerana negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang tidak beRaja dan bermonarki, maka Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri dibahasakan sedemikian rupa? Ataupon sememangnya SUK dan Protokol Kerajaan Negeri serta orang Pulau Pinang jahil berbahasa?

Kalaupun tidak disebut Keputeraan kerana bukannya seorang dari Putera Raja bermonarki, sekurang-kurangnya disebutlah Ulang Tahun ataupon Ulang Tahun Kelahiran. PLUS lebih nampak memahami adat berbahasa disini berbanding protokol negeri PTD yang belajar di Intan.

Perkara ini bukan hanya berhenti disini sahaja,ini termasuk didalam perkara-perkara lain seperti ketika majlis santapan makan malam yang hanya dibahasakan sebagai majlis makan malam hari jadi…. bunyinya seperti makan besar tahun baru cina sahaja!

Ditambah didalam ayat ayat berbahasa ketika istiadat yang dipanggil ‘majlis’ (macam majlis kenduri kendara tuuuu) yang kadang-kadang bagi yang faham adat istiadat terasa janggal dan pelik bunyinya.

Contohnya hendak berjumpa Yang DiPertua Negeri dipanggil kunjung hormat, samalah taraf seperti mengunjung menteri, ketua kampung,guru besar sekolah ataupun jumpa YB. Kalau hendak disebut satu persatu maka eloklah sahaja saya buat sebuah buku bertajuk ‘ Kesalahan Adab Berbahasa Oleh Protokol Kerajaan Negeri Pulau Pinang’ dan diedarkan secara percuma.

Saya suka ingin membuat perbandingan Adat Istiadat serta Protokol Berbahasa bagi negeri lain. Negeri yang saya pilih adalah Sabah, Serawak dan Melaka. Negeri negeri ini juga mempunya Yang DiPertua Negeri serta tidak beRaja.

Sekiranya ingin berjumpa dengan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, bahasa yang digunakan adalah ‘mengadap’ samalah seperti bahasa bahasa yang dituturkan disemua istana-istana negeri-negeri beRaja yang lain. Jadi daripada disebut ‘saya nak pi jumpa Tun sat’ lebih eloklah berkata ‘saya nak pi ngadap Tun sat’.

Contoh lainnya, ketika hendak menjemput bakal penerima anugerah, di Sabah disebutkan seperti ini ‘ Yang Berbahagia Dato Fulan bin Fulan diminta mengadap’.  ImageImage

Bercakap pasal makan Majlis makan malam eloklah disebut sebagai ‘Majlis Santapan Malam Sempena Ulang Tahun Yang Ke 74’.Kan lebih sedap bunyinya daripada Majlis Makan Malam Hari Jadi…..Happy bedday tuuu yuuuu….

Selain itu ketika apa apa jua contohnya ketika lagu ‘Hari Jadi’ dimainkan semua tetamu yang sememangnya orang orang besar negeri yang ‘hormat hormat’ segala akan duduk seperti tengok wayang hantu cina.

Teringat kata kata Panglima Brid Gen Dato Tajri tahun lepas kepada saya ketika kami makan makan di Nasi Kandar Beratur selepas Majlis Santapan DiRaja sempenan Keberangkatan Yang DiPertuan Agong yang ketika itu Tuanku Mizan, katanya ‘orang Penang kurang ajar tak tahu protokol’….semasa Tuanku Agong dinyanyikan lagu…semuanya duduk keras seperti ada gam melekat dibangku mereka….dan saya perasan hanya meja beliau sahaja semuanya berdiri….Itu tanda tentera memang terlatih dengan adap dan protokol.Image

Tidak lupa juga YAB Ketua Menteri mengangkat sembah kepada Kebawah Duli Tuanku seperti menyembah Tok Pek Kong ……diangkat tangan kedahi dan dibongkok seperti hendak meneran kentut…..buruk benar rupanya. Dan bertambah buruk perkara yang beliau lakukan itu diatas pentas…. Terkejut pegawai-pegawai Istana Negara.

Kata Dato ADC, protokol Penang tak bagi briefing ke?

Tidaklah pula ditambah lagi dengan kefahaman adap berpakaian. Saya masih ingat semasa majlis istiadat ada dua orang cina yang pakai suit warna kelabu muda….rasanya dia nak jimat kot lepas tu nak pi dating dengan pak mertua….jadi tak payah tukar baju.

Saya masih ingat semasa zaman Tun Ahmad Shah, Sabah, didepan mata saya seorang bakal penerima anugerah dihalang memasuki Istana Negeri kerana memakai skirt yang atas lutut, maka terkebil kebillah dia pulang dan rasa saya mesti frust giler tak dapat ambil pingat dan bergambar. Oh ya yang pakai skirt tu juga bukan bangsa Melayu.

Banyaklah juga perkara-perkara yang kalau disebut mungkin akan menyebabkan ramai yang tidak suka. saya kurang pasti samada hal ini berlaku kerana sememangnya adat Pulau Pinang sedemikian rupa,ataupon protokol Pulau Pinang tak sempat habis khatam belajar, atau memang orang Pulau Pinang itu kurang berbahasa.

Yang paling memalukan adalah insiden ketika saya mengiring His Highness Sheikh Abdulaziz yang merupakan kekanda kepada Raja Qatar, protokol negeri sepatutnya membuat semakan apakah sebutan atau panggilan yang paling tepat. Saya langsung tidak mendengar perkataan Your Highness. Walaubagaimanapun saya amat berterima kasih kepada pihak protokol yang telah menyediakan kenderaan PM1 yang katanya hanya digunakan oleh Tun Abdullah sahaja serta kepada Tuan Gan atas polis polis pengiring.

Tidak pula termasuk dengan kisah yang saya anggaplah ia sebagai lucu dimana seorang daripada wakil kerajaan negeri telah tersalah dengan menganggap bahawa semua orang Arab ini suka peluk dan cium, lalu ketika berjumpa beliau pon memeluk lah dan mencium lah His Highness Sheikh tersebut…maka terkejutlah si Raja Arab ini…..bagi protokol DiRaja Arab dari negara Teluk, Raja tidak dipeluk atau dicium, melainkan anda setaraf dengannya seperti Presiden atau Perdana Menteri ataupon Raja dari negeri lain. Cukuplah sekadar bersalam tanpa menggoncangkan tangannya. Bagi rakyatnya pula mereka akan mencium jubah emas yang dipanggil ‘mishlah’ tepat di tulang bahu Raja tersebut. Bukannya mencium pipi seperti mana yang kita lihat orang Arab selalu buat….atau mencium dahi seperti mencium dahi orang orang tua, atau mencium mulut….yang tu bini dia yang buat!

ImageImage

Kesilapan kesilapan ini akan menampakkan dangkalnya rakyat negeri ini didalam pengamalan adat, adap dan protokol baik negeri mahupon antarabangsa.

Tetapi hal ini tidak berlaku didalam kediaman rasmi Tuan Yang Terutama sendiri yang dipanggil Seri Mutiara atau Istana Seri Mutiara.

Para pegawai dan pengiring istana, sekiranya dipanggil untuk berjumpa atau hendak berjumpa,mereka akan menyebut nak kena pi ‘ngadap’ atas sat….atau maksudnya ‘saya hendak naik atas (tingkat atas istana) untuk berjumpa Tun kerana dipanggil’.

Begitu juga bagi pengiring-pengiring menyebut Seri Mutiara itu sebagai istana bukan rumah gabenur didalam setiap perbualan bersama pegawai pegawai istana dari negeri yang lain-lain.

Jadi soalan yang masih berlegar legar didalam kepala saya kenapa perkara ini berlaku di Pulau Pinang tetapi tidak dinegeri lain…….harap yang berwajib tu lakukanlah sesuatu.

Kita bukan hendak mendewakan manusia, tetapi adap, adat dan protokol melambangkan peradaban sesebuah masyarakat dan kerajaan.