Un-copyrighted brain child (Lembu buat susu cheese dimakan Ungka)

Hari ini saya mendapat lagi satu perkhabaran di Pulau Pinang yang mengatakan mereka pernah mendengar idea ini.

Kali ini terpanggil untuk saya menulis kerana sudah saban kali berlaku perkara yang sama, idea yang merupakan ‘brainchild’ saya dibungkus dan tidak diterima pada awalnya sebenarnya diulang tayang dengan tajuk yang sama,tetapi pelakonnya berubah, dari seorang Melayu kepada seorang Mamak.

Saya masih ingat ketika itu kami berbual bual di anjung PISA, tidak perlulah disebut namanya tetapi orang lamalah boleh dikatakan didalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau berkongsi tentang permasalahan kawasan wakaf MAIPP di Buckingham Street.

Perbualan kami terlanjut daripada perjumpaan tidak formal bersama beliau di pejabat beliau beberapa hari lalu bersama Timbalan Pengarah UPEN Puan Hafidzah.

Puan Hafidzah yang beria-ia ingin memperkenalkan saya kepada beliau kerana Puan Hafidzah berpendapat idea daripada bual bual kosong saya bersama beliau di KOMTAR patut dibawa kepada MAIPP.

Saya sering berkongsi cerita flea market yang ada di banyak negara pelancongan seluruh dunia yang Pulau Pinang tidak ada. ‘Conceptual Flea Market’. Kita berbangga dengan produk kita pasar malam,tetapi kawasan pelancongan kita tidak memerlukan sebuah lagi pasar malam dan perlukan sesuatu yang berlainan.

Puan Hafidzah mengatakan MAIPP perlu mewujudkan seperti apa yang saya dikatakan bagi menghidupkan kawasan wakaf mereka yang ‘mati’ kerana tiada pengunjung.

Ada pertemuan tersebut maka tercetusnya perbualan kami di PISA hari itu.

Diringkaskan cerita, beliau menyuruh saya hantarkan kertas kerja.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.kerana semuanya sudah ada di kepala. Lagi pula,saya hanya menghantar ‘kertas kerja konsep’ sahaja yang tidak sampai 10 muka surat.

Cukup untuk difahami idea tersebut, tetapi butiran kecil tidak saya sebutkan disitu kerana butiran tersebut lah yang penting bagi memangkin kepada keberjayaan program tersebut atau tidak. Hari ini saya bersyukur kerana tidak disebut butiran terperinci tersebut.

Seingat saya masa berlalu beberapa bulan.

Banyak kali saya telefon beliau bagi mengetahui sebarang maklum balas dan bilakah saya dapat membuat presentation penuh kepada Ahli Majlis MAIPP serta Yang DiPertua yang ketika itu masih lagi YB Shahabudin Yahya, orang UMNO, sedangkan kerajaan yang memerintah ketika itu pula dari PakatanRakyat.

Semuanya senyap begitu saja.

Dalam masa sama, saya ketika itu baru memulakan perniagaan baru Frozen Cheese Cake serta perniagaan asas saya mengimport peralatan perkusi dan pergendangan. Seingat saya, saya sudah mula berjinak jinak didalam mengeksport makanan. Semuanya masih dalam permulaan. Yang stabil hanyalah aktiviti mengimport alat muzik yang saya jalankan semenjak tahun 2000.

Atas kerana perkenalan tersebut saya berjaya mendapatkan pejabat di 24, Buckingham Street. Ketika itu kawasan tersebut kosong dan lengang.

Tujuan saya memilih kawasan tersebut adalah kerana faktor lain yang melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1 ketika itu YB Fairus Khairuddin, cerita ini akan saya sentuh diwaktu yang lain.

Setelah hampir setengah tahun berlalu tiba tiba saya mendapat jiran baru, UDA Holdings. Maka mulai hari itu saya dimaklumkan pengurusan kawasan Buckingham Street diambil alih oleh UDA dan bayaran sewaan perlu dibuat di pejabat tersebut yang bersetentang dengan pejabat saya.

Hari pertama saya pon membuat kunjung hormat ke pejabat mereka. Ketika itu hanya ada sebuah meja dan 6 buah kerusi.

Puan Kalsom, manis orangnya yang pada mulanya dibahasakan Puan dan akhirnya saya memanggil Kak sahaja. Orangnya baik telahan saya.

Dalam berbual bual,saya terlihat banyak lukisan lukisan grafik ilustrasi yang gayanya seperti…..hurm familiar…..

Apa tu Puan?

Beliau pon dengan seronoknya menceritakan cadangan untuk membangunkan kawasan Buckigham Street, selain daripada pembaikan bangunan sedia ada, tambahan hotel murah yang akan dikelolakan oleh Ancasa anak syarikat UDA, dan flea market.

Saya tanya flea market ini siapa yang buat suggestion?

Kata beliau owh, MAIPP yang suruh kami buat proposal macam ni….

Tersirap darah saya…….

Dengan bingkas saya pergi pejabat saya yang hanya beberapa langkah dan kembali ke pejabat UDA dan menunjukkan kertas kerja yang saya hantar kepada MAIPP.

Puan Kalsom terkebil kebil dan terdiam seketika……..

Bersambung…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s