Misteri Ayam Masak Kicap

Dari kecil lagi aku suka makan apa saja masak kicap. Aku ingat kecil kecil dahulu abang aku baru sahaja berumah tangga. Aku ke rumah mereka dan isteri barunya bertanyakan apa yang ingin aku makan. Aku kata nak makan sotong masak kicap. Aku ingat lagi sempat lagi aku arahkan itu dan ini apa yang patut dibuat. Aku rasa kakak iparku sudah lama lupa dengan kisah ini tetapi ia masih segar dalam ingatan.

Ayam masak kicap mungkin kebanyakan orang mengatakan ia masakan yang paling mudah.

Tetapi sebenarnya cara memasak ayam masak kicap dan rasanya boleh memberi maksud yang lebih lanjut mengenai latar belakang si tukang masak.

Kerana sukakan ayam masak kicap menyebabkan aku boleh kenal ini masakan yang mudah atau simple atau masakan yang agak ‘complicated’. Aku juga sering merungut apabila ayam masak kicap yang aku makan tidak sedap. 

Rungutan aku lebih menjadi-jadi apabila aku mula menetap di Kuala Lumpur 2 tahun yang lalu. Sudah banyak kedai yang aku cuba. Kawan-kawan yang memang mengenali aku tidak akan merungut sekiranya aku membebel makanan yang aku suapkan itu tidak sedap. Walaupun habis sepinggan aku tetap akan merungut sekiranya makanan itu tidak sedap. Yang selalu rasa hairan, tidah selesa, merungut atau mungkin rasa menyampah adalah kawan kawan yang baru mengenali aku kerana mereka tak tahu yang aku ini memang sebenarnya suka memasak.

Suka memasak selalunya akan pandai memasak. Boleh memasak tidak semestinya pandai memasak. Ramai orang boleh memasak meggie, tapi tak semua orang boleh membuat kari kepala ikan yang sedap!

Faktor kedua mereka akan faham sekiranya aku merungut adalah kerana mereka setempat dari tempat asal aku dibesarkan, Pulau Pinang. Kami memang sudah terbiasa dengan makanan yang sedap dan harga yang murah. Dan yang paling penting ahli keluarga saya….kami memang semuanya pandai memasak, kaki makan dan kaki cari makan.

Ayam masak kicap kalau dibuat oleh orang negeri-negeri lain semudah sekadar dimasukkan kicap semata-mata. Yang penting warnanya hitam. Kuahnya cair dan kadang seperti air kosong yang dihitam cairkan warnanya. Rasanya hanya satu…… masin. Jenis masak kicap ini sememangnya bersepah-sepah boleh diketemui di gerai-gerai sekitar Kuala Lumpur. Dekat rumah aku pon banyak. Atas dasar ini maka aku sememangnya tak pernah langsung makan tengah hari nasi lauk Melayu di sekitar rumah.

Pada tahun lepas aku mengambil keputusan untuk memindahkan operasi syarikat aku dari pejabat di Mont Kiara ke belakang rumah sahaja. Lebih dekat, lebih murah dan yang paling penting mudah untuk staff kerana perbelanjaan kerja, parking dan makan akan jadi murah kepada mereka berbanding di Mont Kiara.

Kali ini aku cuba menjengok-jengok di food court di tingkat bawah di pejabat baru aku. Antara banyak-banyak lot gerai yang ada aku tertarik dengan gerai yang paling hujung. Ah….aku nampak ayam masak kicap. Aku kacau-kacau dan ceduk bersama seketul ayam.

Konsistensi kuahnya menarik……lebih kurang seperti masak merah Tanjung tetapi berwarna hitam….hurm menarik.

Suapan pertama sudah cukup memberi makna keseluruhan…..bak kata mat saleh rasa komplek terus ‘burst in my mouth’.

Ada rasa masin, ada rasa manis dan ada rasa masam-masam asid. Yang penting rasa manis bukanlah dari gula tapi dari bawang yang dikisar. Masinnya pula bukan masin-masin pahit. Rasa asid pula bukan dari limau atau asam jawa.

Ini yang aku cari selama ini. Mudah sebenarnya untuk mendapat rasa sebigini walaupun bunyinya seperti kompleks. Kalau orang lain tumis bawang potong…..aku akan kisar bawang besar dan tumis sehingga pecah minyak. Ayam yang digoreng awal tidak boleh terlalu masak nanti akan ‘dry’ tiada rasa dan tidak ‘juicy’.

Aku akan masukkan ayam goreng tadi dan terus masukkan kicap. Kicap yang aku akan pakai hanyalah kicap manis cap kipas udang. Hanya kicap ini yang ada konsistensi yang paling tepat. Minyak mestilah berlinang kalau tidak rasanya akan lain. Kalau orang lain mungkin setakat itu sahaja dan tutup api. Kesalah paling besar yang selalu orang lakukan apabila memasukkan air….apatah lagi memasukkan air dengan banyak. Itu namanya dosa kicap!

Tunggu dulu…….

Lepas masukkan kicap tadi masukkan pula sedikit sos tomato Life atau Meggie….sos tersebut akan memekatkan lagi kuah sos dan akan berikan rasa asid masam. Kalau mahukan rasa lebih kompleks masukkan secubit sahaja rempah daging. Aku lebih sukakan lada sulah untuk rasa sikit-sikit pedas. Kalau mahukan lebih pedas potong dan tarukkan cili padi. Aku tak makan pedas jadi cukup dengan lada sulah sahaja.

Sebelum diangkat potong bawang besar dan tarukkan dalam kuali biarkan sekejap. Bawang tadi sengaja dibiarkan terakhir bagi mendapatkan rasa rangup. Kalau rajin potonglah buah tomato dan taburkan sedikit daun sup. Dah pon siap…….

Berbalik ayam masak kicap tadi kakak gerai tersebut tanya adik baru kerja sini ka. Aku angguk….Baru pindah. ‘Nak minum apa’….aku jawab kak bagi teh ais sempoi punya. ‘OK kak buat sempoi kat adik satu sat naaaa’…..

Sambil senyum kakak tu pun hantar teh ais aku. Aku tanya kak orang sini ka…..Dia pun jawab ‘Dak aihhhhh….kak orang Tanjung Tokong’.

Patut la pun…….

Advertisements

Misteri Orang Gomen Power Rangers

Aku sangkakan akulah orang yang pertama akan sampai ke bilik mesyuarat. Selalunya begitulah khususnya mesyuarat itu kalau kita yang bertandang ke rumah orang.

Sampai saja di depan pintu masuk pejabat, seorang lelaki yang agak tinggi lampai rasanya umur dalam lingkungan 40an menyambut aku dan minta aku terus ke bilik mesyuarat di sebelah kiri.

Lelaki tersebut aku panggil Bang Non.

Masuk saja ke bilik seorang wanita kecil tubuh badannya sudah tercegat menunggu di dalam bilik mesyuarat dan dihadapannya penuh dengan fail-fail yang bertimbun. Aku rasakan orangnya mungkin ada sedikit darah Acheh atau kalau tidak pun bugis. Jawa bukan sekali kerana hidungnya halus tidak lebar walaupun tidak mancung seperti orang Tanjung.

Kerana badannya yang kecil baju kurung yang dipakai nampak comel. Rasanya kiranya orang lain memerlukan setengah meter tambahan untuk dibuat baju beliau mungkin ada lebihan kain kerana badannya yang kecil molek itu.

Assalamualaikum Puan….aku menegur. Kami tidak bersalam cukup sekadar senyuman saja. Beliau mempersilakan saya duduk. ‘YB tak sampai lagi……sat lagi YB masuk, nak prepare apa-apa dulu ka buatlah’. Tegur beliau sambil membetulkan anak rambut yang terkeluar daripada skaf ikat rambut beliau. Lama sungguh aku tidak melihat perempuan memakai skaf ikat begitu. Seingat aku kali terakhir adalah di sekolah rendah,cikgu Bahasa Inggeris tapi entah apa namanya kerana dia tidak mengajar kelas aku.

Kami sempat berbual-bual kosong. Puan tersebut katanya asal dari Alor Setar.

Dalam 20 minit begitu YB pon masuk.

‘Ya akhi…..maaflah saya lambat sedikit ada majlis tadi’. Itu cara YB ini menyapa.

‘Kenai dak lagi…..ni saya nak kenalkan Puan Hafidzah, orang kuat kita, Timbalan Pengarah UPEN’. Puan tadi tersenyum saja dan aku pun bersemangat untuk membentangkan kertas cadangan aku.

Itulah kali pertama pertemuan aku dengan Puan Hafidzah. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan banyak jasanya beliau kepada aku. Puan Hafidzah sepengenalan aku dengannya aku simpulkan beliau orang gomen power rangers!

Misteri Orang Gomen Genius

Pok pek pok pek pok pek pok pek……cakap  banyak.

Aku dah panas hati, adakah patut baru pergi 10 hari buat Umrah sudah pandai macam pernah tinggal 10 tahun. 

Teringat si Usop Wilcha baru 7 hari pergi london dek kerana mengikuti kumpulan persembahan tarian tradisional dah cerita macam lahir dan membesar di Sheffield.

Ada juga satu ketika ada iklan raya, Adibah Noor menjadi pemandu teksinya dan penumpang itu bercakap Melayu pelat besembor mat saleh, rupanya ke London baru 7 hari! Sudah lupa bercakap Melayu.

Orang gomen memang genius suka buat pandai.

Dikatanya Arab Saudi sama saja macam Dubai. Diajar tak mahu dengar. 

Malas nak tulis banyak…….lebih kurang sama taraf geniusnya apabila dikatakan Kuala Lumpur tak ada bezanya dengan regim Junta di Myanmar. Tahap budaya kerja dan profesionalisme sama sahaja. Kuala Lumpur,Yangon dan Naypyidaw tak ada bezanya.

Memang otromen taro lah.

Pok pek pok pek pok pek……… bersambung

Misteri Di Sebalik Kota Mekah – Vol 2

Saya sedang duduk di atas kerusi sedang memerhatikan orang lalu lalang. Semuanya sama saja yang lelaki berjubah putih dan perempuan berjubah hitam. Orang tempatan memanggil thoob untuk lelaki dan abaya atau baltu untuk perempuan.

Sekali sekala ada anak muda yang memakai jubah warna-warna lain seperti coklat dan biru gelap. Seumur hidup saya masih belum lagi saya dapat lihat ada orang memakai jubah berwarna kuning ka, tidak pun lagi berani gila ‘pink’.

Saya berkata di dalam hati, dont worry di Malaysia mesti ada yang memakai warna ini. Saya tersenyum kecil hinggakan Ben Saad yang menemani saya ketika itu menegur. Tkhayyal an esh ya waad. Beliau mengusik saya di dalam dialek Jeddah atau lebih dikenali sebagai Bahasa Hijazi. Bunyinya lebih kurang ‘kau berangan apa ni’.

Tiba-tiba datang seorang yang badannya tinggi lampai. Susuk tubuhnya yang cantik menyebabkan jubahnya juga kelihatan terletak kemas di atas badannya. Mesti dia ni tempah baju di Lomar kalau tidak pun di Thoobi. Busuk-busuk pun 800 Riyal lah.

Kef halak…….men zaman ma shooftak….dia terus menarik tangan saya dan secara spontan kami bercium dan berlaga pipi dari kiri ke kanan dan diulangi pipi kanan berkali-kali.

Selalunya orang Saudi ketika berlaga-laga pipi tanda mengucapkan selamat mereka akan berkata-kata dalam ayat-ayat indah yang memberikan maksud bertanya khabar dan mendoakan kesihatan kita.

Kali ini saya kaget kerana orang yang sedang saya laga-lagakan pipi itu sebenarnya kami sudah tidak bercakap hampir enam bulan. Atau mungkin juga lebih…..

Di kali terakhir lagaan pipi beliau dia terus melekapkan pipinya….tak mahu dilepaskan dan memeluk saya. Kalau di Malaysia dah sah dah kena cop pasangan yang sedang melakukan aktiviti terkutuk di khalayak ramai. Aduh….. aku terkedu juga.

‘Insan sekiranya tidak lupa dan berselisih faham, maka bukanlah insan namanya’…..kata beliau kepada saya.

Maafkan aku sekiranya ada juga kesalahan. Jangan lupakan aku.

Aduh……terus cair saya mendengar. Kalau ada kamera 4 angle dah boleh dah buat siri satu drama TV3 slot Akasia.

Secara spontan saya menjawab….’Kef naseetak ya hayati, mu enta habibi ya a’sal’ (macam mana aku boleh lupakan kau sayang, bukankah engkau kekasih aku?)

Sebenarnya terjemahan straight forward akan berbunyi ‘Bagaimana aku boleh lupakan kau wahai hidupku, bukankah kau kekasih aku wahai madu?’

Pergh……..kalau Ustaz Halim di sekolah lama aku dengar,menangis 44 hari kerana madah-madah dan bait-bait Arab ini beliau boleh buat soalan peperiksaan SPM Bahasa Arab Tinggi.

Semua ini hanya berlaku mungkin 30 saat atau mungkin lebih cepat dari itu. Tetapi perselisihan kami selama beberapa bulan padam begitu saja.

Saya sendiri sudah tidak mahu menyentuh apa yang menyebabkan kami berkecil hati kerana ia sudah luput di dalam ingatan. Hati kami terus menjadi bersih.

Inilah misterinya orang-orang Kota Mekah dan seluruh tanah Arab Saudi. Mungkin hari ini kita berselisih faham, tetapi dalam masa satu saat saja kita dapat lupakan dan tidak akan simpan di dalam hati.

Kalau di Tanah Melayu mungkin dendam 3 keturunan rasanya…….

Majlis Berbuka Puasa Yang Poyo

Telefon saya pon berbunyi. Ah petang ni ada majlis berbuka. Saya kena pergi kerana sudah berjanji dengan Agil. Saya kenal Agil mungkin sudah tiga atau empat tahun.

Saya terus bergegas ke rumah untuk menukar baju. Bulan puasa ni persediaan kena awal. Kalau nak ke sana cukup-cukup masa saja alamatnya berbuka di atas jalan raya lah.

Sampai di rumah, asalnya hendak mandi dulu. Tapi tengok jam di tangan alamak dah tak sempat. Kiraan saya mestilah terus tukar baju dan terus ke Restoran Puteri yang terletak bertentangan Rasta. Rasanya kawasan itu masih lagi dikira TTDI.

Buka almari yang saya jumpa hanya baju melayu, mana seluarnya. Aduh….saya cuba menyelak lagi. Ini dah kali kelima saya menukar baju melayu yang saya atur untuk dipakai mengikut giliran. Baju ungu ini adalah yang terakhir.

Ah tak apalah, kita pakai Anak Raja Perak.

Saya pon memakai baju melayu ungu tersebut, dipakai butang mutiara yang dibeli di Pasar Filipina di KK dulu dan saya ambil songket Terengganu berlatar warna ungu lilac. Seluarnya bagaimana?

Seluar saya hanya pakai seluar pejabat tadi yang berwarna hitam.

Terus saya memecut, apabila sampai nampaknya masih lengang lagi tiada siapa pun disitu. Saya terus mesej kepada Agil, eh betulkah tarikhnya hari ni. Dia pon menjawab ‘kau tunggu aku on the way’.

Dalam beberapa minit barulah saya nampak seorang dua yang memakai baju melayu seperti aku juga.Aku tarik nafas lega.Tak adalah aku seorang yang nampak macam ‘over dressed’.

Tunggu punya tunggu mana si Agil ni. Kalau bukan bulan puasa boleh lah saya order minuman ka apa ka sementara menunggu.

Tiba-tiba Agil menepuk bahu dari belakang. ‘Hah kenapa kau duduk sorang-sorang sini’.

Agil kelihatan bersama seorang teman. Mukanya manis rasanya dalam lingkungan lewat 40 an. Saya tidak dapat tangkap apa namanya tadi, tapi yang saya tahu dia bergelar Dato’ kerana Agil memanggil beliau dengan gelaran tersebut.

Agil kata ‘jom naik atas’.

Saya pon bangun. Agil di depan sekali, saya di tengah dan Dato’ tadi di belakang.

‘Eh pakai baju melayu kerabat Johor, cantik…..’ Beliau menegur ramah.

Saya berpaling ke belakang, ‘Bukan Dato’, anak raja Perak’ sambil tersenyum.

Mungkin tadi beliau tidak perasan kerana saya duduk. Tapi pandai juga orang tua ni ya.

Bila sampai di atas, Ya Allah ramainya. Rupa-rupanya yang lain semuanya sudah lama menunggu di atas. Kenapalah budak di bawah tu tak maklumkan tadi. Saya terus ambil tempat untuk duduk. Seperti biasalah diri inilah yang paling muda rasanya. Yang lain-lain rasanya dalam lingkungan 40an dan ke atas.

Agil terus ke depan dan memulakan ucapan alu-aluan dan beberapa minit kemudian beliau menjemput Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri….singkatannya semua orang suka sebut MITI.

Bingkas Dato’ yang saya berseloroh tadi bangun nak memulakan ucapan.

Ya Allah orang yang di bawah tadi rupanya Timbalan Menteri MITI. Ha ha ha

Nampak gayanya Dato’ kena kerja kuat lagilah……

Di Sebalik Kota Mekah

Jam sudah menunjukkan 1 pagi.

Inilah masa yang terbaik untuk saya menelefon kawan saya di Arab Saudi. Kalau dikira dihitung lebih kurang jam 8.00 malam di sana.

Mohammad, saya terus memberikan salam dan bertanya khabar. Terus saya masuk kepada tajuk utama tujuan kenapa saya menelefon beliau. Adat orang Arab, setelah memberikan salam mereka akan bertanya khabar beberapa kali…..semuanya dalam struktur ayat yang berlainan. Tapi sebenarnya maksudnya sama saja….”Apa Khabar”.

Lebih kurang bunyinya, awak apa khabar….setelah dijawab baik…ditanya lagi awak sehat ka….jawabnya lagi sehat…..ditanya lagi macam mana semua sehat ka….jawabnya lagi OK….dan seterusnya ditanya lagi semuanya baik baik belaka kah….dan seterusnya sehinggalah tiada lagi perkataan yang boleh ditanya lagi.

Orang Kedah kata ‘beradon’……

Saya terus bertanya Mohamad, macam mana dengan urusan yang saya sebutkan semalam,sudah selesaikah? Sebenarnya pagi tadi saya sudah telefon untuk ingatkan beliau dan beliau berjanji untuk selesaikan petang ini (waktu di Arab Saudi).

Saya menghela nafas panjang tetapi masih penuh dengan ayat-ayat manis mengatakan supaya mohon segera selesaikannya. Pelanggan kita dah marah ni…….

Sebenarnya bukan hari ini saja saya ulangi rutin ini. Dah masuk hari keenam, esok cukuplah seminggu. Saya akan telefon pagi,petang dan malam untuk ingatkan mereka.

Seperti cara memberi salam mengikut adat perpatih Arab, mesti beradon……begitulah kerjanya juga…..penuh ‘beradon’ …sopan santun…..lendit lemah gemalai…..

Tak macam Orang Malaysia……orang Kedah kata ‘Kasaq Gedegaq’. Kerja satu minggu di Arab Saudi….di Malaysia satu jam sahaja sudah cukup untuk diselesaikan.

Hati aku sudah jadi panas. Terus hilang rasa mengantuk.

Aneh sungguh Kota Mekah.

Misteri Orang Gomen – Vol 3

Ju….amacam program kita jadi ke? Bila kita nak buat.

Memang selain daripada kerja saya menulis sebenarnya saya suka bercakap juga. Kadang-kadang saya suka bercakap dengan budak-budak muda, tanyakan apa yang hendak mereka buat bila habis belajar. Macam macam jawapan yang saya selalu dapat.

Yang paling banyak jawapan yang saya terima, tak tahu…… Mereka tak tahu apa yang hendak meraka jadi selepas belajar nanti.

Saya juga suka bercakap banyak. Saya panggil terma-nya cakap banyak, tetapi budak-budak lain katakan saya suka beleter. Mungkin penyakit ini akan berjangkit bila semakin lama kita hidup di dunia ni. Salah satu tanda-tanda penuaan yang ketara.

Tapi yang paling seronok adalah apabila saya dipanggil bercakap untuk menceritakan sesuatu. Lagi seronok apabila jemputan bercakap yang paling lama pun 60 minit saya dibayar cukup gaji sebulan seorang kerani.

Yang seronoknya bukannya mendapat bayaran tersebut, tetapi memang sudah mengalir dalam darah saya semangat mengajar yang turun daripada datuk nenek moyang saya hinggalah kedua ibu bapa saya. Mereka semua pendidik.

Jadi soalan saya tadi, bilanya kita nak buat program ni Ju?

Jawab Ju nanti lecturer semua panggil untuk meeting. Hurm….meeting lagi.

Seingat saya berurusan dengan orang gomen ni banyak sungguh meetingnya. Pelaksanaan belum tentu ada. Misteri sungguh orang Gomen.

Nota kaki: semena-mena Ju menjadi ikon popular dalam misteri orang gomen otromen.

Misteri Orang Gomen – Vol 2

“Ju ko dah tengok ke link aku bagi pasal misteri orang gomen?”

Gomen ni entah dari manalah munculnya perkataan ini. Telahan saya mungkinlah dari dialek Utara. Orang Utara banyak mengasimilasikan perkataan Inggeris sehingga bunyinya langsung tidak ‘Inggeris’ dan terus menjadi Utara.

Saya orang Utara. Kecil-kecil dahulu saya tidak pernah mendengar perkataan pasar. Ibu saya selalu sebut hendak ke ‘markit ikan’. Sekarang markit mungkin sudah mati. Perkataan Tesco dan Carrefour pula mengambil tempat.

Saya juga ada seorang kawan yang sehingga kini masih memanggil lampu trafik dengan nama yang lain. Saya selalu usik beliau ‘ Hang ni macam tokwan-tokwan lah cakap bahasa zaman tok nadok (bahasa orang lama)’. ‘Lampu Stop’ memang sudah menjadi trademark beliau dikalangan rakan-rakan kami. Kami yang lain-lain pula lebih selesa menyebut traffic light. Lagi advance…..

Berbalik kepada cerita Gomen tadi rasanya semua pembaca memang sudah biasa dengan perkataan ini. Yang lebih tepat sebenarnya Pegawai Kerajaan atau Pegawai Sektor Awam. Menteri pun orang gomen juga.

Memang dalam gomen ada banyak misteri.

Saya ramai rakan-rakan sekelas yang kini menjadi orang Gomen. Jawab Ju tadi “Aku belum baca lagik, ko kutuk gomen servant ke? Siap kau!”.

“Hey bukanlah….Gomen tu otromen taro”….. 

Misteri Orang Gomen – Vol 1

“Sehat Datuk, Just to inform you we had meeting with En. Mizan (bukan nama sebenar) three times already last year. Surat pun saya dah hantar. Gaya macam Kementerian tak berminat dengan cadangan saya untuk fully utilize our base in Saudi Arabia. Hope you can advice something”.

Lebih kurang begitulah SMS saya kepada KSU sebuah kementerian penuh dengan bahasa bakul sampah Melayu campur English. Beginilah putaran hidup saya dan rasanya begitu juga kawan-kawan yang lain apabila berurusan dengan sektor awam yang saya suka panggil ‘Orang Gomen’.

Ayat yang paling tak tahan tetapi selalunya menjadi….harap Datuk boleh beri nasihat. Bahasa terjemahan lain yang lebih tepat….Datuk tolong lah ambil tindakan noooo. Adap Melayu cakap biar berlapik.

Dalam beberapa minit telefon saya berbunyi. Mesej tadi dijawab. ” Jangan bimbang dah ada orang baru ganti tempat dia. Datang jumpa dia”.

Dan seterusnya perbualan bersambung sehingga mesej terakhir bunyinya semudah terima kasih Datuk.

Ada tempat boss nya sangatlah efektif dan energetik, tetapi bahagian pelaksana agak spastik. Ada tempat anak bawahnya bagus-bagus, tapi boss nya pula cuba-cuba berlakun genius. Haiii misteri sungguh Orang Gomen!