Majlis Berbuka Puasa Yang Poyo

Telefon saya pon berbunyi. Ah petang ni ada majlis berbuka. Saya kena pergi kerana sudah berjanji dengan Agil. Saya kenal Agil mungkin sudah tiga atau empat tahun.

Saya terus bergegas ke rumah untuk menukar baju. Bulan puasa ni persediaan kena awal. Kalau nak ke sana cukup-cukup masa saja alamatnya berbuka di atas jalan raya lah.

Sampai di rumah, asalnya hendak mandi dulu. Tapi tengok jam di tangan alamak dah tak sempat. Kiraan saya mestilah terus tukar baju dan terus ke Restoran Puteri yang terletak bertentangan Rasta. Rasanya kawasan itu masih lagi dikira TTDI.

Buka almari yang saya jumpa hanya baju melayu, mana seluarnya. Aduh….saya cuba menyelak lagi. Ini dah kali kelima saya menukar baju melayu yang saya atur untuk dipakai mengikut giliran. Baju ungu ini adalah yang terakhir.

Ah tak apalah, kita pakai Anak Raja Perak.

Saya pon memakai baju melayu ungu tersebut, dipakai butang mutiara yang dibeli di Pasar Filipina di KK dulu dan saya ambil songket Terengganu berlatar warna ungu lilac. Seluarnya bagaimana?

Seluar saya hanya pakai seluar pejabat tadi yang berwarna hitam.

Terus saya memecut, apabila sampai nampaknya masih lengang lagi tiada siapa pun disitu. Saya terus mesej kepada Agil, eh betulkah tarikhnya hari ni. Dia pon menjawab ‘kau tunggu aku on the way’.

Dalam beberapa minit barulah saya nampak seorang dua yang memakai baju melayu seperti aku juga.Aku tarik nafas lega.Tak adalah aku seorang yang nampak macam ‘over dressed’.

Tunggu punya tunggu mana si Agil ni. Kalau bukan bulan puasa boleh lah saya order minuman ka apa ka sementara menunggu.

Tiba-tiba Agil menepuk bahu dari belakang. ‘Hah kenapa kau duduk sorang-sorang sini’.

Agil kelihatan bersama seorang teman. Mukanya manis rasanya dalam lingkungan lewat 40 an. Saya tidak dapat tangkap apa namanya tadi, tapi yang saya tahu dia bergelar Dato’ kerana Agil memanggil beliau dengan gelaran tersebut.

Agil kata ‘jom naik atas’.

Saya pon bangun. Agil di depan sekali, saya di tengah dan Dato’ tadi di belakang.

‘Eh pakai baju melayu kerabat Johor, cantik…..’ Beliau menegur ramah.

Saya berpaling ke belakang, ‘Bukan Dato’, anak raja Perak’ sambil tersenyum.

Mungkin tadi beliau tidak perasan kerana saya duduk. Tapi pandai juga orang tua ni ya.

Bila sampai di atas, Ya Allah ramainya. Rupa-rupanya yang lain semuanya sudah lama menunggu di atas. Kenapalah budak di bawah tu tak maklumkan tadi. Saya terus ambil tempat untuk duduk. Seperti biasalah diri inilah yang paling muda rasanya. Yang lain-lain rasanya dalam lingkungan 40an dan ke atas.

Agil terus ke depan dan memulakan ucapan alu-aluan dan beberapa minit kemudian beliau menjemput Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri….singkatannya semua orang suka sebut MITI.

Bingkas Dato’ yang saya berseloroh tadi bangun nak memulakan ucapan.

Ya Allah orang yang di bawah tadi rupanya Timbalan Menteri MITI. Ha ha ha

Nampak gayanya Dato’ kena kerja kuat lagilah……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s