Misteri Di Sebalik Kota Mekah – Vol 2

Saya sedang duduk di atas kerusi sedang memerhatikan orang lalu lalang. Semuanya sama saja yang lelaki berjubah putih dan perempuan berjubah hitam. Orang tempatan memanggil thoob untuk lelaki dan abaya atau baltu untuk perempuan.

Sekali sekala ada anak muda yang memakai jubah warna-warna lain seperti coklat dan biru gelap. Seumur hidup saya masih belum lagi saya dapat lihat ada orang memakai jubah berwarna kuning ka, tidak pun lagi berani gila ‘pink’.

Saya berkata di dalam hati, dont worry di Malaysia mesti ada yang memakai warna ini. Saya tersenyum kecil hinggakan Ben Saad yang menemani saya ketika itu menegur. Tkhayyal an esh ya waad. Beliau mengusik saya di dalam dialek Jeddah atau lebih dikenali sebagai Bahasa Hijazi. Bunyinya lebih kurang ‘kau berangan apa ni’.

Tiba-tiba datang seorang yang badannya tinggi lampai. Susuk tubuhnya yang cantik menyebabkan jubahnya juga kelihatan terletak kemas di atas badannya. Mesti dia ni tempah baju di Lomar kalau tidak pun di Thoobi. Busuk-busuk pun 800 Riyal lah.

Kef halak…….men zaman ma shooftak….dia terus menarik tangan saya dan secara spontan kami bercium dan berlaga pipi dari kiri ke kanan dan diulangi pipi kanan berkali-kali.

Selalunya orang Saudi ketika berlaga-laga pipi tanda mengucapkan selamat mereka akan berkata-kata dalam ayat-ayat indah yang memberikan maksud bertanya khabar dan mendoakan kesihatan kita.

Kali ini saya kaget kerana orang yang sedang saya laga-lagakan pipi itu sebenarnya kami sudah tidak bercakap hampir enam bulan. Atau mungkin juga lebih…..

Di kali terakhir lagaan pipi beliau dia terus melekapkan pipinya….tak mahu dilepaskan dan memeluk saya. Kalau di Malaysia dah sah dah kena cop pasangan yang sedang melakukan aktiviti terkutuk di khalayak ramai. Aduh….. aku terkedu juga.

‘Insan sekiranya tidak lupa dan berselisih faham, maka bukanlah insan namanya’…..kata beliau kepada saya.

Maafkan aku sekiranya ada juga kesalahan. Jangan lupakan aku.

Aduh……terus cair saya mendengar. Kalau ada kamera 4 angle dah boleh dah buat siri satu drama TV3 slot Akasia.

Secara spontan saya menjawab….’Kef naseetak ya hayati, mu enta habibi ya a’sal’ (macam mana aku boleh lupakan kau sayang, bukankah engkau kekasih aku?)

Sebenarnya terjemahan straight forward akan berbunyi ‘Bagaimana aku boleh lupakan kau wahai hidupku, bukankah kau kekasih aku wahai madu?’

Pergh……..kalau Ustaz Halim di sekolah lama aku dengar,menangis 44 hari kerana madah-madah dan bait-bait Arab ini beliau boleh buat soalan peperiksaan SPM Bahasa Arab Tinggi.

Semua ini hanya berlaku mungkin 30 saat atau mungkin lebih cepat dari itu. Tetapi perselisihan kami selama beberapa bulan padam begitu saja.

Saya sendiri sudah tidak mahu menyentuh apa yang menyebabkan kami berkecil hati kerana ia sudah luput di dalam ingatan. Hati kami terus menjadi bersih.

Inilah misterinya orang-orang Kota Mekah dan seluruh tanah Arab Saudi. Mungkin hari ini kita berselisih faham, tetapi dalam masa satu saat saja kita dapat lupakan dan tidak akan simpan di dalam hati.

Kalau di Tanah Melayu mungkin dendam 3 keturunan rasanya…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s