Misteri Ayam Masak Kicap

Dari kecil lagi aku suka makan apa saja masak kicap. Aku ingat kecil kecil dahulu abang aku baru sahaja berumah tangga. Aku ke rumah mereka dan isteri barunya bertanyakan apa yang ingin aku makan. Aku kata nak makan sotong masak kicap. Aku ingat lagi sempat lagi aku arahkan itu dan ini apa yang patut dibuat. Aku rasa kakak iparku sudah lama lupa dengan kisah ini tetapi ia masih segar dalam ingatan.

Ayam masak kicap mungkin kebanyakan orang mengatakan ia masakan yang paling mudah.

Tetapi sebenarnya cara memasak ayam masak kicap dan rasanya boleh memberi maksud yang lebih lanjut mengenai latar belakang si tukang masak.

Kerana sukakan ayam masak kicap menyebabkan aku boleh kenal ini masakan yang mudah atau simple atau masakan yang agak ‘complicated’. Aku juga sering merungut apabila ayam masak kicap yang aku makan tidak sedap. 

Rungutan aku lebih menjadi-jadi apabila aku mula menetap di Kuala Lumpur 2 tahun yang lalu. Sudah banyak kedai yang aku cuba. Kawan-kawan yang memang mengenali aku tidak akan merungut sekiranya aku membebel makanan yang aku suapkan itu tidak sedap. Walaupun habis sepinggan aku tetap akan merungut sekiranya makanan itu tidak sedap. Yang selalu rasa hairan, tidah selesa, merungut atau mungkin rasa menyampah adalah kawan kawan yang baru mengenali aku kerana mereka tak tahu yang aku ini memang sebenarnya suka memasak.

Suka memasak selalunya akan pandai memasak. Boleh memasak tidak semestinya pandai memasak. Ramai orang boleh memasak meggie, tapi tak semua orang boleh membuat kari kepala ikan yang sedap!

Faktor kedua mereka akan faham sekiranya aku merungut adalah kerana mereka setempat dari tempat asal aku dibesarkan, Pulau Pinang. Kami memang sudah terbiasa dengan makanan yang sedap dan harga yang murah. Dan yang paling penting ahli keluarga saya….kami memang semuanya pandai memasak, kaki makan dan kaki cari makan.

Ayam masak kicap kalau dibuat oleh orang negeri-negeri lain semudah sekadar dimasukkan kicap semata-mata. Yang penting warnanya hitam. Kuahnya cair dan kadang seperti air kosong yang dihitam cairkan warnanya. Rasanya hanya satu…… masin. Jenis masak kicap ini sememangnya bersepah-sepah boleh diketemui di gerai-gerai sekitar Kuala Lumpur. Dekat rumah aku pon banyak. Atas dasar ini maka aku sememangnya tak pernah langsung makan tengah hari nasi lauk Melayu di sekitar rumah.

Pada tahun lepas aku mengambil keputusan untuk memindahkan operasi syarikat aku dari pejabat di Mont Kiara ke belakang rumah sahaja. Lebih dekat, lebih murah dan yang paling penting mudah untuk staff kerana perbelanjaan kerja, parking dan makan akan jadi murah kepada mereka berbanding di Mont Kiara.

Kali ini aku cuba menjengok-jengok di food court di tingkat bawah di pejabat baru aku. Antara banyak-banyak lot gerai yang ada aku tertarik dengan gerai yang paling hujung. Ah….aku nampak ayam masak kicap. Aku kacau-kacau dan ceduk bersama seketul ayam.

Konsistensi kuahnya menarik……lebih kurang seperti masak merah Tanjung tetapi berwarna hitam….hurm menarik.

Suapan pertama sudah cukup memberi makna keseluruhan…..bak kata mat saleh rasa komplek terus ‘burst in my mouth’.

Ada rasa masin, ada rasa manis dan ada rasa masam-masam asid. Yang penting rasa manis bukanlah dari gula tapi dari bawang yang dikisar. Masinnya pula bukan masin-masin pahit. Rasa asid pula bukan dari limau atau asam jawa.

Ini yang aku cari selama ini. Mudah sebenarnya untuk mendapat rasa sebigini walaupun bunyinya seperti kompleks. Kalau orang lain tumis bawang potong…..aku akan kisar bawang besar dan tumis sehingga pecah minyak. Ayam yang digoreng awal tidak boleh terlalu masak nanti akan ‘dry’ tiada rasa dan tidak ‘juicy’.

Aku akan masukkan ayam goreng tadi dan terus masukkan kicap. Kicap yang aku akan pakai hanyalah kicap manis cap kipas udang. Hanya kicap ini yang ada konsistensi yang paling tepat. Minyak mestilah berlinang kalau tidak rasanya akan lain. Kalau orang lain mungkin setakat itu sahaja dan tutup api. Kesalah paling besar yang selalu orang lakukan apabila memasukkan air….apatah lagi memasukkan air dengan banyak. Itu namanya dosa kicap!

Tunggu dulu…….

Lepas masukkan kicap tadi masukkan pula sedikit sos tomato Life atau Meggie….sos tersebut akan memekatkan lagi kuah sos dan akan berikan rasa asid masam. Kalau mahukan rasa lebih kompleks masukkan secubit sahaja rempah daging. Aku lebih sukakan lada sulah untuk rasa sikit-sikit pedas. Kalau mahukan lebih pedas potong dan tarukkan cili padi. Aku tak makan pedas jadi cukup dengan lada sulah sahaja.

Sebelum diangkat potong bawang besar dan tarukkan dalam kuali biarkan sekejap. Bawang tadi sengaja dibiarkan terakhir bagi mendapatkan rasa rangup. Kalau rajin potonglah buah tomato dan taburkan sedikit daun sup. Dah pon siap…….

Berbalik ayam masak kicap tadi kakak gerai tersebut tanya adik baru kerja sini ka. Aku angguk….Baru pindah. ‘Nak minum apa’….aku jawab kak bagi teh ais sempoi punya. ‘OK kak buat sempoi kat adik satu sat naaaa’…..

Sambil senyum kakak tu pun hantar teh ais aku. Aku tanya kak orang sini ka…..Dia pun jawab ‘Dak aihhhhh….kak orang Tanjung Tokong’.

Patut la pun…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s