Misteri Orang Gomen Power Rangers

Aku sangkakan akulah orang yang pertama akan sampai ke bilik mesyuarat. Selalunya begitulah khususnya mesyuarat itu kalau kita yang bertandang ke rumah orang.

Sampai saja di depan pintu masuk pejabat, seorang lelaki yang agak tinggi lampai rasanya umur dalam lingkungan 40an menyambut aku dan minta aku terus ke bilik mesyuarat di sebelah kiri.

Lelaki tersebut aku panggil Bang Non.

Masuk saja ke bilik seorang wanita kecil tubuh badannya sudah tercegat menunggu di dalam bilik mesyuarat dan dihadapannya penuh dengan fail-fail yang bertimbun. Aku rasakan orangnya mungkin ada sedikit darah Acheh atau kalau tidak pun bugis. Jawa bukan sekali kerana hidungnya halus tidak lebar walaupun tidak mancung seperti orang Tanjung.

Kerana badannya yang kecil baju kurung yang dipakai nampak comel. Rasanya kiranya orang lain memerlukan setengah meter tambahan untuk dibuat baju beliau mungkin ada lebihan kain kerana badannya yang kecil molek itu.

Assalamualaikum Puan….aku menegur. Kami tidak bersalam cukup sekadar senyuman saja. Beliau mempersilakan saya duduk. ‘YB tak sampai lagi……sat lagi YB masuk, nak prepare apa-apa dulu ka buatlah’. Tegur beliau sambil membetulkan anak rambut yang terkeluar daripada skaf ikat rambut beliau. Lama sungguh aku tidak melihat perempuan memakai skaf ikat begitu. Seingat aku kali terakhir adalah di sekolah rendah,cikgu Bahasa Inggeris tapi entah apa namanya kerana dia tidak mengajar kelas aku.

Kami sempat berbual-bual kosong. Puan tersebut katanya asal dari Alor Setar.

Dalam 20 minit begitu YB pon masuk.

‘Ya akhi…..maaflah saya lambat sedikit ada majlis tadi’. Itu cara YB ini menyapa.

‘Kenai dak lagi…..ni saya nak kenalkan Puan Hafidzah, orang kuat kita, Timbalan Pengarah UPEN’. Puan tadi tersenyum saja dan aku pun bersemangat untuk membentangkan kertas cadangan aku.

Itulah kali pertama pertemuan aku dengan Puan Hafidzah. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan banyak jasanya beliau kepada aku. Puan Hafidzah sepengenalan aku dengannya aku simpulkan beliau orang gomen power rangers!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s