MLM

21571Ramai sungguh kawan-kawan aku yang ajak masuk jual itu jual ini.Yang paling bestnya ada pulak yang tak perlu jual apa apa. Yang penting kena cari orang.

Katanya tak perlu kerja apa apa. Duduk relax saja. Bulan-bulan duit masuk……katanya.

MLM atau sebutan penuhnya Multi Level Marketing bukan perkara baru bagi aku.

Sebenarnya kalau pembaca semua nak tahu, aku kenal MLM ni semenjak aku umur 13 tahun lagi. Masa itu aku baru tingkatan satu.

Kisahnya mudah saja…..

Bila dah masuk sekolah menengah ni….faham-faham sajalah. Macam-macam dah mula berubah. Suara pun dah serak-serak basah, bulu-bulu nipis misai, bulu kaki, bulu ketiak dan seumpama dengannya sudah mula nampak ira-ira menumbuh.

Dan yang tidak lupa, kalau dulu badan bau masam-masam sedap, sekarang sudah mula bertukar hangit-hangit hapak.

Kali pertama aku dapat pulang ke rumah dari asrama kebetulan kakak aku ada ketika itu. Huh…..bising dia kerana katanya aku dah bau macam keling botoi (India jual botol).

Kakak aku pun terus belikan aku satu benda, botol kecil. Katanya ubat ketiak tak bagi bau. Lepas mandi mesti pakai yang ni.

Aku tak nampak lah apa yang bagus dan pentingnya ubat ketiak ini. Jadi aku pun pakai saja kerana sudah diarahkan oleh kakak aku. Hari tu aku pun balik semua ke asrama.

Bila sampai ke asrama, pada waktu petangnya kami hendak mandi, aku terperasan yang ketiak aku yang selalunya bau hangit suam-suam kuku tak ada bau lagi. Bisinglah aku kepada kawan-kawan semua.

Bunyinya seperti barang ajaib.

Sememangnya kami semua memang sudah ada macam-macam bau. Kalau kelas dah masuk tengah hari tu dah macam masuk depoh tahanan Mat Bangla lagi. Cikgu pun kadang-kadang bising dan minta buka tingkap luas-luas supaya keluar bau hapak dalam kelas.

Kerana ubat ajaib aku tu, lepas dua minggu kami kena pulang ke rumah kali ini masing masing memesan supaya aku boleh tolong belikan ubat ketiak kakak aku itu.

Nama ubat ketiak tu Family 24Hours, dari jenama Nutri Metics.

Dari situlah bermulanya kisah aku mengenali dunia MLM.

 

Advertisements

Ayam dan Itik

Kecing……alamak mesej dah masuk.

Kecing kecing kecing….bertalu-talu mesej masuk. Tak sempat lagi aku nak balas mesej sebelum ni dah masuk mesej baru pulak.

Tetiba pulak aku rasa nak ke tandas. Dari jauh-jauh aku dengar mesej masuk berbunyi. Patutnya aku silent kan aja baru lah dapat melabur dengan aman dan selesa.

Tak sampai seminit…..krriiiing.

Aku biarkan dulu buat-buat tak dengar. Kali ini makin meroyan telefon aku berbunyi. Kriiingg kriiingg kriiing sampai enam tujuh kali miscall. Aku yang penuh kemachoan posing di atas mangkuk tandas pon dah sama naik meroyan dah bila dengar telefon berbunyi macam tu.

Menyesal letak bunyi paling kuat. Patut switch off saja tadi.

Selesai sahaja amalan perkumuhan aku kembali ke meja tulis. Aku tengok mesej beliau……tak ada la pun penting sangat tetapi mungkin tak sabar kerana aku senyap tak berjawab beberapa minit terus beliau telefon.

Inilah karenah berurusan dengan orang Arab. Aku terus buka notebook, silent kan telefon dan mula menaip…..

 

Akhi Al Aziz,

Please note that Malaysia, officially our office working time starts from 9am untill 5pm, which means Saudi time will be between 4am in the morning until 12 afternoon.

If you want to call our office please make sure you call before 12 afternoon and we can answer all your inquiries. If you call after that, anything related to us I am personally can answer that because as you know I work 24 hours 7 days a week. But if it is related to third party, we can only answer that by tomorrow.

If you have anything urgent please make sure you call before 12 noon and we can assist you immediately.

Remember we work from Monday to Friday, if you ask anything on Friday after 12 noon, you will only get the answer on next coming Monday. 

Please note as well Malaysian usually sleep at 12am at night which is around 7pm in Saudi.

 

Kalau ko tak faham google translate jer……..

Apa Projek Bro?

Tak adalah lama sangat aku tak jumpa kawan aku ni. Dalam 4 bulan rasanya. Kali terakhir kami jumpa di Kota Bharu.

Kali ini dia datang ke KL. Memang aku ketika ini program aku agak padat, tetapi memandangkan kawan datang dari jauh, aku cuba juga curi-curi masa untuk luangkan secawan kopi dengan beliau.

Dari jauh lagi aku sudah nampak kawan aku sorang ni jalan dari jauh dengan seluar slack dan baju kemeja. Lengan disinsingkan. Baru habis meeting orang gomen rasanya. Formal semacam. Selalunya kawan aku ni hanya dengan jeans dan Polo shirt saja.

“Hai dari mana ni?” Tanya aku.

Biasalah jawab beliau. “Damo apa projek sekarang?”

“Eh projek apanya. Sama sajalah jual kicap, sardin, soya.” Jawab aku.

“Eeeeeh takkan kot, takkan tak ada projek baru, ada lubang-lubang sikit bagilah.” seloroh dia lagi.

Ini adalah antara soalan yang sering terpacul dari mulut rakan-rakan aku khususnya kalau yang dari kumpulan kontraktor orang gomen.

Dulu aku pernah ada seorang partner orang luar bukan orang Malaysia. Nama company pun canggih, Afro Asian Arab Link Sdn. Bhd. Macam-macam kami buat…..semua kami buat. Cakap saja apa yang nak semua kami ada.

Seingat aku perbincangan tak pernah melibatkan dua tiga ribu. Semuanya ratusan ribu dan juta-juta. Semuanya bunyinya mega….berbinau mata aku ketika itu.

Tapi apa yang aku masih ingat juga, kami tak pernah pun mempunyai business yang stabil. Jarang pula yang konsisten. Setiap kali ada inquiry rasa dah tak jadi manusia sebab terkejar ke sana dan ke sini.

Sebabnya mudah saja, setiap kali ada inquiry baru kami terpaksa membuat study, study harga, cari supplier dan kadang-kadang kami langsung tidak tahu apa sebenarnya harga pasaran produk yang diminta. Akhirnya kami mungkin telah tawarkan harga yang salah dan tidak kompetitif. Tidak kurang juga banyak client yang potong jalan dan terus berhubung dengan manufacturer….dan banyak lagi.

Kami sehingga hari ini tetap berkawan, tetapi aku memilih jalan sendiri untuk berniaga cara aku. Biarlah kecil tapi aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu strength produk aku, apa lemahnya, apa harga pasaran dunia, ceiling price, aku tahu siapa competitor aku dan semua maklumat ada dalam otak aku.

Aku fokus!

Cerita kawan aku tadi,

“Hairi oiii……inilah kerja aku semenjak 10 tahun yang lepas, bezanya dulu mungkin satu kontena setahun, sekarang berbelas kontena tiap-tiap minggu.” Jawab aku dengan pendek sambil tersengih macam kambing.