Perang Psikologi

Aku turun dari teksi. Perghhh panasnya terus membakar kulit aku yang langsung tak putih gebu ini. Aku lihat di skrin samsung aku hari ini 40 darjah celcius. Memang patut pun panas.

Selepas aku  bayar duit teksi, aku terus lari terus ke pintu masuk pejabat Hyper Manuel.Pejabat ini banyak bermain warna-warna gelap. Nampak elegant katanya.

Aku terus naik tangga ke atas dan masuk ke bilik pejabat Daniel. Daniel dan Manuel ini dekat-dekatlah pulak namanya. Sekali imbas entah-entah Manuel ini kepunyaan Daniel.

Hyper Manuel ini aku kenal semenjak dua tahun yang lalu. Towkeh besar adalah dari keluarga Al Darwish. Katanya Al Darwish ini ada sangkut-sangkut dengan keluarga di Pahang.

Aku masih ingat lagi Khalid Al Darwish, CEO syarikat ini ada pernah cerita dekat aku yang semua orang sibuk berlumba-lumba untuk jual barang termurah. Habis kalau semua orang nak jual barang murah habis siapa yang nak jual barang mahal? Kami ketawa berderai. Tapi atas dasar strategi itulah munculnya pasaraya ini yang majoriti produk mereka adalah barangan import dan pastinya taklah murah.

Akhirnya Hyper Manuel menjadi tempat tumpuan orang-orang kaya dan expatriat. Aku pun tumpang sekali berangan jadi orang kaya.

Hah Daniel did you read my email? Tanya aku dekat Daniel dalam Bahasa Orang Putih.

Daniel pun menjawab kelat penuh dengan qolqolah soghra dan qolqolah kubra pelat English Tagalognya. Tanya beliau apa perancangan aku.

Begini….kami dah lama teringin nak bawa masuk barang sejuk beku. Sebabnya kami tengok produk di sini tak banyak variety macam di tempat kita kan. Daniel angguk-angguk tanda setuju.

Tapi masalahnya kami tak ada fasiliti sejuk beku. Jadi apa kata kami hantar semua barang ini terus kepada kamu dan kita jual ekslusif di Manuel…..

Daniel diam sekejap dan kemudian beliau menjawab….katanya beliau dah bawa kepada Sheikh Khalid tetapi mereka perlu buat study sikit dan perlu bawa juga kepada finance. Katanya lagi setiap benda baru yang hendak dibeli mestilah dapat dijual dan study itu penting.

Aku terus memotong cakap Daniel…..Daniel kau jangan susah hati….barang yang kami akan bagi ini sekurang-kurangnya kalau Arab tak beli orang Malaysia di sini pasti akan beli. Macam kicap kipas udang dulu…..

Hah lagi satu……kontena pertama ini kami bagi percuma! Ya percuma. Kalau laris nanti boleh order lagi. Kalau yang tak laris kita jangan belilah nanti.

Hurm…..Daniel angguk-angguk sambil mengiakan tawaran aku. Ok….saya akan bawa kepada Board Meeting…..sebab rasanya ini offer yang baik.