HALFEST 2014

Kerepek FELDA yang telah diberi nafas baru oleh Husam Waksa
Kerepek FELDA yang telah diberi nafas baru oleh Husam Waksa

Semalam 3 September adalah hari pembukaan HALFEST 2014. Seingat aku HALFEST kali pertama pada tahun 2011. Disitulah aku kenali salah seorang pelajar yang kini jadi sebahagian daripada family Husam Waksa.

Kami bertolak ke sana selepas waktu lunch dan kali ini aku ajak semua staff aku ke sana. Harapan aku supaya mereka dapat lebih mengenali industri khususnya produk-produk usahawan kecil, pendedahan mengenai potensi dan masalah oleh usahawan Bumiputera.

Tujuan utama kami ke sana adalah untuk projek FOODMARKET selain daripada melihat-lihat apa yang terbaru dalam industri.

Apa yang paling jelas setiap kali kami melalui booth-booth yang ada, kami akan ditawarkan untuk merasa produk mereka. Banyak produk yang bagus-bagus dan sedap-sedap. Ada yang sesetengahnya tu teramatlah sedap dan unik.

Ada seorang usahawan wanita, dia usahakan pretzel yang dicelup dalam coklat dalam pelbagai warna. Memang sedap pretzel kakak tu malah lebih sedap dari pretzel Mat Saleh yang ada dijual di Cold Storage. Rasa pretzel kakak tu lebih rangup dan ada rasa sedikit masin-masin dihujung, sesuai untuk citarasa Malaysia. Selalunya pretzel Mat Saleh akan keras macam gigit kayu dan tasteless.

Pretzel kakak tersebut diletakkan dalam bekas bulat yang bagi pendapat aku dah cukup cantik. Tapi sayangnya walaupun pretzel kakak tersebut sangat sedap dan bekas yang digunakan sudah cukup cantik, tetapi kakak tersebut terlupa satu perkara yang sangat penting iaitu design label produk tersebut.

Mat Saleh selalu kata don’t judge a book by it’s cover…..tetapi masalahnya benda pertama yang orang akan tengok adalah cover nya. Kalaupun produk sedap melangit tetapi rupanya kurang menarik susah untuk menarik perhatian pelanggan.

Aku berikan beberapa cadangan dekat kakak tu dan aku tawarkan kepada beliau yang aku akan bantu sekiranya kakak tersebut berhajat untuk memperbaiki design produk beliau. Nasib baik kakak tersebut seorang yang bersikap terbuka dan boleh menerima cadangan.

Inilah masalah utama usahawan IKS kita. Kebanyakannya rasa design tak penting dalam komponen mengeluarkan sesuatu produk. Ramai yang rasakan untuk membelanjakan sejumlah wang untuk membayar graphic designer yang bagus adalah sesuatu yang merugikan. Tak kurang juga ramai yang syok sendiri yang rasa kuih makcik dah meletop habis dah. Salleh Yaakob pon beli kuih makcik masa bazaar dulu.

Jalan yang terbaik sebelum kita mengeluarkan sesuatu produk baru, kita hendaklah membuat sedikit ‘homework’. Kita patut membuat penelitian produk-produk yang dikeluarkan oleh orang lain yang lebih baik daripada kita dan bagaimana mereka melakukannya. Jangan pula kita guna kaedah tengok produk orang yang lebih buruk dan teruk. Kalau macam tu kaedah kita maka sampai bila pun kita tak akan maju.

Produk yang cantik dan menarik akan membuatkan orang ramai teruja untuk melihat seterusnya membeli. Sekiranya produk itu pula sedap….maka secara tak langsung kita sudah mempunyai pelanggan setia.

Advertisements