KISAH ANJING

Ingat lagi kecil-kecil dulu aku suka naik basikal pusing keliling kawasan perumahan. Petang-petang memang aku suka naik basikal dan pusing merata-rata.

Aku masih ingat dekat rumah aku ada dua rumah favourite aku. Satu rumah Melayu dan satu lagi rumah uncle Cina. Dua-dua rumah tersebut banyak tanam pokok bonsai. Jadi aku akan selalu kesana, berangan yang satu hari nanti aku akan ada banyak pokok bonsai macam rumah dua orang uncle tu.

Tapi semua tu tinggal angan-angan mat jenin saja. Aku tak tahu rupanya bila besar nanti rumah aku rupanya tak ada tanah. Atas angin rupanya. Matahari pon sipi-sipi saja masuk rumah walaupun pemandangan malam memang lah indah. Dari tingkap rumah terus nampak KLCC dan KL Tower selain daripada rumah town house di bawah tu dan kolam kumbahan yang aku selalu tipu kawan-kawan aku dikatakannya tasik. Nak sedapkan cerita lah kan.

Satu hari dah dekat maghrib aku masih lagi pusing-pusing taman. Dalam dok kayuh basikal tu aku tak sedar yang aku telah lalu satu kawasan yang ada anjing liar. Apa lagi habis la anjing tu kejar aku. Setengah mati aku kayuh basikal laju-laju.

Bila balik rumah aku ceritakan dekat abang aku. Kena ligan anjing!

Lain kali kalau anjing nak ligan, jangan lari. Berhenti dah sergah dia balik. Kalau tunjuk kita takut dia lagi la ligan kita.

Aku ingat kata-kata abang aku sampai hari ni. Walaupun aku tak pernah dah kena kejar atau orang Utara kata kena ligan anjing lagi, tapi mesej abang aku sangat jelas. Jangan takut dengan ujian, kita kena sentiasa cekal dan tunjuk berani. Apa saja ujian yang datang kira harungi dengan kuat.

Sebab aku kena kejar dengan anjing sekali dulu, aku dah tak takut dengan anjing sampai hari ni. Selalunya orang akan jadi trauma dan akan lebih takut dengan anjing selepas kena kejar. Begitulah kehidupan, pengalaman jatuh akan menyebabkan kita lebih kuat dan hidup lebih bermakna.

PS: Jangan pula nak rasa peluk anjing tak tentu pasal pula….najis berat tu.

JANGAN BATUK TEPI TANGGA

Ko buat apa tu? Tanya kawan aku yang tengok aku asyik dok sketch dari tadi. Tu sketch orang putih la cakap, orang Melayu panggil conteng-conteng aje.

“Aku tengah buat design untuk air ni ha. Ada client nak buat drinking water, jadi tengah fikir apa la design paling menarik boleh buat.”

Aih air pon nak kena design cantik-cantik ke bang! Jawab kawan aku tu.

Itu sebenarnya yang aku tak berapa berkenan. Mungkin nampak mudah saja hendak buat air botol. Tapi cuba bayangkan kalau air botol tu dari jauh lagi orang dah nampak. Kemudian sebab warna dia menggoda giler lepas tu design dia gempak nak mampos sampaikan orang tak dahaga pon nak beli sebab botol tu terlalu lain dari yang lain.

Dah lah tu, bukan setakat tu saja, lepas dah minum orang rasa sayang pulak nak buang sebab cantik sangat. Usunglah botol tu bawak balik rumah buat bekas ubat gigi. Siap snap masuk insta tag kawan-kawan lagi.

Automatik client kita tu dapat free promotion dan jadi viral dalam social media. Suka lah dia kalau produk dia fofulerrrr. Nanti kawan-kawan dia tanya siapa yang buat ni. Pokcik juga bertambah rezeki, boleh ke anak-anak buah semua.

Haaaa kau jangan main-main, nama saja air botol, tapi kalau kena gayanya dia bukan jadi air botol lagi dah, tapi dah jadi branding untuk diri kita dan perniagaan kita. Kalau client tadi orang akan ingat kat air dia of course lah akan ingat dekat kedai dia. Tapi untuk den ni orang akan tahu kalau deal dengan Husam Waksa you will get something different, lain dari yang lain. Bak kata profile kiterang “We don’t do different thing, we just do it differently” Ecewaaaaaah…..

Nota kaki: Buat sesuatu jangan sekadar batuk ditepi tangga. Buat betul-betul lah bang!

Sketch design untuk SMC Futsal Centre di Sungai Petani.
Sketch design untuk SMC Futsal Centre di Sungai Petani.