Kak Ina Semangat

Hari ni aku pagi pagi aku sudah fly ke Alor Setar. Tujuannya adalah untuk bagi taklimat malam nanti kepada lebih 30 orang usahawan daripada Pulau Pinang.

Yang aku hairan bin takjub, usahawan dari Pulau Pinang tapi buat program nun jauh di Pendang. Baru hari ni aku dengar nama Pendang Lake Resort. Boleh tahan!

Sampai saja di airport ada nampak satu kereta gomen dah memang tunggu untuk ambil aku. Orang yang tunggu aku nampak gaya macam Pak Aji. Jadi aku sapalah dia Haji…..

Dalam perjalanan macam macam yang kami borakkan dari Raja Saudi yang baru mangkat sampailah usahawan jenis apa yang akan aku jumpa.

Sampai saja di Pendang Lake Resort, letak saja beg Aji tadi ajak aku minum kopi sebab minum petang memang tengah disediakan. Boleh tahan resort ni, malam nanti mesti meremang bulu roma aku duduk tengah tengah tempat jin bertandang ni.

Masa di dewan makan, aku diperkenalkan dengan tok ketua koperasi usahawan ni. Mereka bergerak dalam kumpulan lebih kurang macam konsortium. Bagus tu…..

Tok ketua tu perempuan nama Kak Ina (ini memang nama sebenar, melibatkan orang yang hidup). Dia cerita itu ini dengan gaya gaya dia tersendiri. Kalau Shahrizat Jalil tengok mesti kembang bangga sebab usahanita yang penuh visi.

Tapi aku tengok Pak Aji tadi macam dah naik bosan. Mungkin skrip ulang tayang 40 kali dah kot. Dia cuba ubah tajuk kepada tajuk lain. Kak Ina tak berputus asa, ada ruang dua saat saktah kami terdiam nak telan air liur dia sambung balik cerita visi dan impian dia. Kali ni kami tak berani nak potong cerita dia, dah la badan semangat nanti dia hentak meja tukar jadi gorgon siapa nak tolong.

Wah semangat sungguh Kak Ina! Aku pon naik takut.

Advertisements

Kak Ina Semangat

Ingat cerita Kak Ina yang bersemangat…..pengerusi sebuah koperasi di Pulau Pinang.
Pagi tadi saya call dia ‘Kak Ina jangan lupa ya email kat saya semua email peserta hari tu saya nak simpan’.

Dengan selamba, confident dan bersemangat Kak Ina jawab, ‘Saya tak boleh bagi email senang-senang macam tu saja kat Encik, saya kena mintak izin dulu dekat depa sat lagi depa marah kat saya ka….. La ni kak Ina bagi nombot telepon henpon depa boleh lah nooo’….

Aku fikir kalaulah dia ni kawan Rosmah Mansur daripada minta e-mail terus dia bagi nombor handphone tak ke Rosmah terus bertukar jadi Gorgon. Tak faham sudah!

Bukan Semua Gomen Boleh Jadi Pomen

Pernah dengar orang cakap pomen?

Rasa saya pomen ni bahasa utara. Pomen selalunya digunakan untuk panggilan tukang membaik. Pomen kereta, pomen alat letrik, pomen bumbung rumah.

Ditanya kepada Ayah Kobat jawapan yang diberi ia berasal dari perkataan Inggeris :> “FOREMAN’ = Ketua/Kepala tim seksyen = pemimpin atau “supervisor” yg berjurusan sesuatu kemahiran (pertukangan). Aduh teknikal betul bunyinya.

Jadi kalau kiranya technician baiki komputer tu kita panggil pomen komputer lah. Kalau tukang kaunseling bagi nasihat boleh la kot kita panggil pomen orang?

Cakap pasal pomen ni, maksudnya bukan saja orang tersebut pandai membaiki, tapi kena la jugak pakar dalam bidang yang dibaikinya. Kalau tidak habislah rosak macam tikus membaiki labu.

Bercakap pasal pakar, memandangkan saya dah lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang perdagangan dan Arab Saudi sememangnya market yang saya pandai. Tapi tak bolehlah saya kata saya ni pomen market Arab Saudi, bunyi macam tak kena saja. Makna pon lari tu.

Tapi saya sendiri yakin yang saya kenal benar dengan selok belok berurusan dengan orang Arab Saudi.

Jadi dalam bab ni, mungkin orang gomen kena dapatkan nasihat dan pendapat orang lain yang lebih pakar. Orang gomen bukan orang berniaga, tak sesuailah untuk orang gomen pulak nak buat kerja menasihatkan orang berniaga apa yang perlu buat dan apa yang patut buat.

Kalau dia pandai dia tak kerja gomen lah. Gomen pon jadi orang berniaga jugak!

Gomen tu kena jadi penyelaras, jadi penggubal dasar, pelincir perjalanan dan pentadbiran negara. Dalam membuat dasar mestilah bertanya dengan orang berniaga.

Saya cakap ni khusus untuk orang gomen dari jabatan-jabatan yang melibatkan pembangunan usahawan dan ekonomi lah.

Bukan semua orang gomen boleh jadi pomen.