Bukan Semua Gomen Boleh Jadi Pomen

Pernah dengar orang cakap pomen?

Rasa saya pomen ni bahasa utara. Pomen selalunya digunakan untuk panggilan tukang membaik. Pomen kereta, pomen alat letrik, pomen bumbung rumah.

Ditanya kepada Ayah Kobat jawapan yang diberi ia berasal dari perkataan Inggeris :> “FOREMAN’ = Ketua/Kepala tim seksyen = pemimpin atau “supervisor” yg berjurusan sesuatu kemahiran (pertukangan). Aduh teknikal betul bunyinya.

Jadi kalau kiranya technician baiki komputer tu kita panggil pomen komputer lah. Kalau tukang kaunseling bagi nasihat boleh la kot kita panggil pomen orang?

Cakap pasal pomen ni, maksudnya bukan saja orang tersebut pandai membaiki, tapi kena la jugak pakar dalam bidang yang dibaikinya. Kalau tidak habislah rosak macam tikus membaiki labu.

Bercakap pasal pakar, memandangkan saya dah lebih dari 10 tahun pengalaman dalam bidang perdagangan dan Arab Saudi sememangnya market yang saya pandai. Tapi tak bolehlah saya kata saya ni pomen market Arab Saudi, bunyi macam tak kena saja. Makna pon lari tu.

Tapi saya sendiri yakin yang saya kenal benar dengan selok belok berurusan dengan orang Arab Saudi.

Jadi dalam bab ni, mungkin orang gomen kena dapatkan nasihat dan pendapat orang lain yang lebih pakar. Orang gomen bukan orang berniaga, tak sesuailah untuk orang gomen pulak nak buat kerja menasihatkan orang berniaga apa yang perlu buat dan apa yang patut buat.

Kalau dia pandai dia tak kerja gomen lah. Gomen pon jadi orang berniaga jugak!

Gomen tu kena jadi penyelaras, jadi penggubal dasar, pelincir perjalanan dan pentadbiran negara. Dalam membuat dasar mestilah bertanya dengan orang berniaga.

Saya cakap ni khusus untuk orang gomen dari jabatan-jabatan yang melibatkan pembangunan usahawan dan ekonomi lah.

Bukan semua orang gomen boleh jadi pomen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s