Kak Ina Semangat

Hari ni aku pagi pagi aku sudah fly ke Alor Setar. Tujuannya adalah untuk bagi taklimat malam nanti kepada lebih 30 orang usahawan daripada Pulau Pinang.

Yang aku hairan bin takjub, usahawan dari Pulau Pinang tapi buat program nun jauh di Pendang. Baru hari ni aku dengar nama Pendang Lake Resort. Boleh tahan!

Sampai saja di airport ada nampak satu kereta gomen dah memang tunggu untuk ambil aku. Orang yang tunggu aku nampak gaya macam Pak Aji. Jadi aku sapalah dia Haji…..

Dalam perjalanan macam macam yang kami borakkan dari Raja Saudi yang baru mangkat sampailah usahawan jenis apa yang akan aku jumpa.

Sampai saja di Pendang Lake Resort, letak saja beg Aji tadi ajak aku minum kopi sebab minum petang memang tengah disediakan. Boleh tahan resort ni, malam nanti mesti meremang bulu roma aku duduk tengah tengah tempat jin bertandang ni.

Masa di dewan makan, aku diperkenalkan dengan tok ketua koperasi usahawan ni. Mereka bergerak dalam kumpulan lebih kurang macam konsortium. Bagus tu…..

Tok ketua tu perempuan nama Kak Ina (ini memang nama sebenar, melibatkan orang yang hidup). Dia cerita itu ini dengan gaya gaya dia tersendiri. Kalau Shahrizat Jalil tengok mesti kembang bangga sebab usahanita yang penuh visi.

Tapi aku tengok Pak Aji tadi macam dah naik bosan. Mungkin skrip ulang tayang 40 kali dah kot. Dia cuba ubah tajuk kepada tajuk lain. Kak Ina tak berputus asa, ada ruang dua saat saktah kami terdiam nak telan air liur dia sambung balik cerita visi dan impian dia. Kali ni kami tak berani nak potong cerita dia, dah la badan semangat nanti dia hentak meja tukar jadi gorgon siapa nak tolong.

Wah semangat sungguh Kak Ina! Aku pon naik takut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s