MISTERI ORANG GOMEN

Tadi orang TH cakap dekat saya, “you ni mendesak minta semua last minute”.

“Saya dah sabar banyak dengan kamu”.

Saya jawab maafkan saya haji dengan baik…….walaupun fuhh boleh tahan jugak rasa tadi.

Sebenarnya saya hormatkan orang tadi maka saya pon jawab lah dengan baik baik, tapi ini jawapan sebenar saya…..

“Haji yang mendesak dan sekejap ubah nak itu dan sekejap ubah nak ini bukanlah saya. Ia adalah kerajaan Arab Saudi dan orang orang disana. Yang mendesak adalah orang Arab sana yang menyebabkan saya juga perlu membuat tindakan segera dan mengambil kira semua angle supaya dapat diminimumkan masalah.

Kalau perkara kecil macam ni haji dah stress dan nak sembor saya….saya cadangkan haji beritahu kepada menteri di JPM serta majlis fatwa negara dan badan badan berkaitan supaya kita cadangkan HAJI tahun hadapan kita tukarkan saja ke Pulau Sentosa, atau ke Hawaii atau juga ke London.

Confirm urusan semua smooooooth saja macam muka I yang jambu batu ni”.

Haaa nilah jawapan yang terbuku dalam hati abam. Kuang kuang kuang.

NOTE : Saya menyesal dengan kemarahan ini. Ha ha

Falsafah ITQAN

Itqan bukanlah perkara baru tetapi telah diamalkan setelah Islam itu dilahirkan. Islam mencapai kemuncak kegemilangan berlandaskan konsep itqan ketika zaman kegemilangan Khalifah Islam dan konsep itu mula merosot dan terpadam ketika kejatuhan Kerajaan Uthmaniah.

Itqan boleh diterjemahkan sebagai ingin melakukan sesuatu dengan terbaik. Ketika sesuatu ayat diturunkan pada zaman Rasulullah maka dengan serta merta perintah wahyu itu ditunaikan.

Ketika Rasulullah menghantar pengutus kepada Kerajaan Rom, kemudiannya kepada Raja Parsi utusan tersebut dipakaikan pakaian yang cantik-cantik dengan penuh kebesaran.

Begitu juga 100 tahun selepas wafatnya Rasulullah ilmu berkembang dengan pantas dan semua ini adalah berasaskan kepada konsep itqan,senantiasa mahukan yang terbaik.

Sekiranya setiap individu hari ini mempunyai perasaan mahukan yang terbaik di dalam apa jua yang ingin kita lakukan maka ruh ini secara kolektifnya akan menjadikan kita sebagai bangsa yang maju dan dihormati. Jepun yang beragama aminisme mengamalkan itqan sebagai budaya hidup mereka.

Kita ambil contoh bidang industri yang saya lakukan iaitu industri produk makanan, bayangkan selain daripada kualiti produk yang dihasilkan serta servis yang baik kepada pelanggan, kita juga memastikan rekabentuk dan design produk kita cantik serta menarik, secara tidak langsung ia membantu menarik minat pembeli dan semestinya meningkatkan jualan kita. Ia juga akan memberikan suatu imej khusus bahawa produk Malaysia selalunya mempunyai kualiti yang diyakini selain daripada rupa bentuk yang ada kelas tersendiri.

Kolektifnya orang Islam itu sentiasa mengeluarkan produk produk yang baik dan berkualiti dan inilah yang akan diingati oleh semua.

Inilah yang kita mahukan dan perlu ada di dalam setiap kerjaan kita.