LOYAR

Mengulas komen entah siapa tah pasal ada degree loyar pon hidup susah.

Hidup susah tu sangatlah subjektif dik ooooi.

Abam dulu dulu ada sijil UPSR PMR SPM Degree tidak termasuk sijil lumba lari, sijil ihtifal, sijil menang pertandingan melukis 3 tahun berturut turut, sijil menang syarahan peringkat negeri 2 tahun berturut turut, sijil pengawas dan macam macam lagi lah…..tapi masa aban mula berniaga naik LRT saja.

Usungla barang yang berat 5 hingga 6 kilo tu kehulu kehilir. Orang tengok pon kesian sebab zaman tu abam kurus keding rambut belah tengah dan muka jambu pink.

Dah ada kereta pernah banyak kali juga kutip duit syelin nak bayar minyak. Sampai bangla stesen minyak tu dah tahu budak ni datang 2 ringgit saja masuk. Dia terus taknak dah lap cermin kereta.

Lima enam tahun jugak baru nak merasa selesa dan stabil sikit. Datang tahun 2011 abam kena badai gelora perniagaan satu sen pon takda. Kena mula balik dari zero. Tapi nasib baik dah ada pengalaman proses recovery lebih pantas setahun dah ok  balik.

Itulah nama kehidupan dik oi. Jadi jangan selalu salahkan orang salahkan keadaan, kita mesti usaha. Usaha itu roket kejayaan.

Nota : rambut belah tengah itu propa dan roket tiada kena mengena dengan sebuah parti politik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s