INVESTOR

Saya sudah berapa kali didatangi individu yang ada simpanan duit banyak dan ingin buat investment.

Kalau fikir pendek memanglah saya nak saja terima pelawaan tersebut sebab saya pon teringin nak kembangkan perniagaan saya.

Tapi saya tahu mereka ini bukannya businessman, not even a real investor.

Mereka nak letak RM50 ribu, minggu depan dapat RM100 ribu. (Contoh laa)

Perniagaan saya jual kicap dan belacan saja. Labur RM50 ribu 2 tahun lagi baru dapat tengok hasil. Untung bersih hanya 10% atau mungkin kurang. Yang penting adalah cash flow utk tampung overhead bulanan.

Sebab tu paling mudah adalah saya tolak sahaja. Tak larat nak janji macam macam.

Tapi sayangnya kerana ramainya kumpulan berfikiran macam ni lah ramai yang terpesona dengan tawaran pak man telo, skim itu skim ini dan lain lain.

There is no such thing ‘kaya cepat’.

Advertisements

IMPORT 101

Dalam trading, mahupun production kita mestilah masukkan kos tambahan dalam calculation iaitu cost of defects. Saya selalu masukkan 1 – 5%.

Sebabnya contohnya bila kita import barang dari luar negara, pastinya  ada beberapa kotak yang akan kemek, pecah, calar dan macam macam lagi yang tak boleh dipakai dan terpaksa dibuang.

Kita tak boleh paksa pengeksport untuk menggantikan produk defect, tak mungkin pembekal contohnya dari UK akan pos pula kotak yang rosak kepada kita dan ia akan melibatkan kos yang sangat besar.

Jadinya bahasa mudah adalah jangan calculate ‘ngam ngam’ supaya tidak berlaku masalah.

Kalau kita bawa masuk 1000 kotak kita mesti anggap yang akan diterima dan boleh dijual adalah hanya 900 dan bakinya itu kita gunakan untuk sampling dan juga rosak serta mungkin hilang semasa di port dan warehouse.

Nanti saya ceritakan pula tentang Private Label atau OEM.

8 Tahun Pengalaman Export

Saya pernah engage banyak program dan ini adalah antara kos yang terlibat berbanding kos sebenar.

Saya tahu kos sebenar kerana kami adalah the real industry player. Our main business is export.

1. Kos perkhidmatan menghantar barangan ke Selatan Thai oleh satu syarikat kepada agensi kerajaan untuk lori 10 tan – RM32,000

Harga sebenar RM900 untuk kontena 40 kaki.

2. Kos konsultansi untuk menghantar produk ke Arab Saudi untuk jemaah Haji – Hampir RM100,000 (jumlah tepat kurang pasti).

Kos sebenar RM5000 hingga RM7000 untuk kontena 20 kaki tanpa kos cukai dan perlepasan dan haulage di Jeddah.

3. Kos menghantar produk pelajar Mesir pulang ke Malaysia. USD20 sekotak….approx satu kontena 1000 kotak melibatkan jumlah RM60000 +- (sekarang RM80000)

Kos sebenar antara RM7000 hingga RM8000 untuk 20 kaki kontena tanpa kos kos ground dan cukai di Malaysia.

4. Kos konsultansi untuk mengajar satu agensi terbesar sawit ‘bagaimana untuk mengeksport produk anda’ dengan nilai kontrak RM1.2 juta setahun. Jumlah yang di eksport 1 kontena produk sampel ke Dubai.

Kos kami boleh tawarkan FREE. Kami hanya akan ambil untung sekiranya produk dibeli oleh buyer melalui profit margin.
…………………………………………………….

Dalam berniaga kita perlu ada Iman, kerana Iman kita ada takwa, dan kerana takwa kita tak akan aniaya sesiapa kerana kita percayakan hari akhirat.

Ketahuilah antara 3 kumpulan yang tidak dihisab adalah orang berniaga yang bertakwa.

LAPANG DADA

Bukan sekali bukan dua kali, tapi berkali kali ibu saya ingatkan kepada saya…..

Tolong orang seperti kita tolong mandikan jenazah. Kita tak boleh harapkan jenazah itu akan bangun dan ucap terima kasih serta membantu kita semula.

Kerana itu, saya hari ini perlu berlapang dada dan redho.

PHUI

Tadi semasa di Jalan Tun Razak ketika hendak membelok waktu tu jalan memang clear.

Tiba tiba muncul moto kapcai kepeh kepeh kepeh hampir hampir dia nak melanggar kereta saya.

Patutnya saya la yang nak marah sbb dia mungkin akan mencalarkan aston martin saya tadi.

Saya pon berhenti mengejut dan angkat tangan bagi isyarat suruh mamat moto tadi lalu.

Saya ingat dia nak angkat tangan pastu buat mimik mulut comei ucap terima kasih… atas semangat 1Malaysia.

Rupa rupanya dimaki maki dan marah gila gila macam saya pulak yang langgar dia. Saya pon sbb masih lagi mood bedday boy blah macam tu saja sambil buat muka ketat macam Wan Edi Sophean tanda protes dan maki hamun sikit sikit dalam hati.

Rupanya mamat tadi tak puas hati ikut saya suruh saya berhenti….saya pon menten je buat muka ketat seolah tak dengar ada orang dok menjerit jerit kat luar. Ingat nak drive sampai Kangaq kot kot kapcai dia larat nak sampai sana.

Tiba tiba ada pula lampu merah depan Ampang Park. Cinabeng betoi. Mamat kapcai tadi terus rapat ke kereta saya jerit jerit suruh saya buka tingkap. Saya pon angkat tangan suruh dia pi depan la apasal berhenti kat tengah jalan macam tu. Nanti kena langgar Buggati baru tau.

Dia tak puas hati walaupun saya senyum kat dia rasanya sebab senyum saya lebih manis dari senyum awek dia pastu tetiba lampu pon nak hijau. Terus dia ludah dekat cermin kereta aston martin saya. Korang ajaq betoi.

Terus muka senyum mesra rakyat tadi bertukar muka jadi nenek kebayan dan terus baca jampi serapah

Gunung jerai gunung keledang gunung daik,
Ku seru jin ku seru ifrit malam ni tote hang tak naik,

Selamat Malam Jemaat Sumer……… (sambil mengilai).

10 Perkara Kenapa Rakyat Malaysia Tidak Patut Merungut Kerana Kejatuhan Nilai Ringgit

Ini jawapan saya yang saya ramai saudara dan rakan rakan saya ‘sangat bersetuju’.

1. Saya menetap di Malaysia menjalankan perniagaan import dan export. Ya saya langsung tidak terkesan dengan kejatuhan ringgit.

2. Saya berniaga bawang. Bulan lepas satu raga 20 ringgit hari ini 70 ringgit. Ya saya langsung tak terkesan dengan kejatuhan ringgit.

3. Saya perlu ke Mekah tidak lama lagi. Ya saya langsung tidak terkesan dengan kejatuhan ringgit.

4. Saya ada 4 orang anak sedara belajar di luar negara. Ya kami langsung tidak terkesan dengan kejatuhan ringgit.

5. Barang makanan Malaysia semuanya tanam di Malaysia, sayur daging bijirin semuanya dari Malaysia. Kita mempunyai 80 juta orang penduduk dan keluasan negara melebihi negara Thailand. Kita langsung tidak akan terkesan dari kejatuhan ringgit kerana sumber dalaman negara sangat mencukupi.

6. Rakan saya di Baitulmal yang menjaga kebajikan pelajar di Mesir, Jordan dan Maghribi, ya mereka puluhan ribu itu langsung tak terkesan dengan kejatuhan ringgit kerana rezeki Allah turun dari langit langsung tiada kaitan dengan currency exchange.

7. Makcik di kampung suri rumah pulak tu bukan hanya langsung tidak terkesan dengan kejatuhan ringgit malah langsung tidak faham kerana hanya makan cengkerik dan ulat kayu saja. Kalau beli Indian beef pon mungkin 50g saja jadi tak nampak sangat perbezaan harga daging minggu lepas dan minggu hadapan.

9. Kawan saya berniaga satay, langsung tak terkesan kerana satay daging beliau hanya jual di pasar malam. Orang awam saja yang makan dan daging yang dipakai adalah daging tempatan kerana daging tempatan ‘sangat murah’ malah negara kita merupakan pengeksport daging terbesar di dunia dengan lambakan lembu lembu di ladang ternakan.

10. Oh lagi satu…..saya bukan pakar ekonomi…tak layak untuk berkata apa apa tentang kejatuhan ringgit.

YES

Masa saya buka restoran dulu ada seseorang tegur saya, sebabnya ada orang masuk kedai nak order dan saya kata ‘yes’.

Dia bagitahu dik lain kali kata ‘May I help you’.

Sampai hari ini saya ingat…..kebanyakan kedai di Malaysia semua lakukan kesalahan yang sama. Its rude tau!