CARA BERFIKIR

Saja nak kongsi cerita……

Tadi saya buat le tour de la gym….bawak protein bites sorang sorang macam makcik jual tisu dekat kedai mamak.

Bila saya bagi dekat abang sado melayu, dengan penuh tanda tanya dia ambil. Dia tanya few soalan. Kemudian dia terima dengan tanda terbuka. Siap tanya ada insta ke fb ke nak beli kat mana dan lain lain lagi.

Lagi satu kumpulan etnik saya hulur suruh ambil, dia geleng kepala. Sentuh pon takut. Saya kata ambil laa free saja. Dia kata no no no thanks. Takmau…..tak ada langsung sikap acceptence dan keterbukaan.

Then saya kata hayyaaaa lu ini kat luar manyak mahal tau 10 ringgit utk keropok bolo kecik macam ni saja. Tapi dalam ada 20g protein equal to one chicken breast. Olang kasi benda mahal free pon takmau ka.

Baru dia ambil.

Ko faham tak moral of the story?

2X

Hari ini saya buat 2 kerja dalam masa 1 jam untuk close deal 2 gym di 2 tempat berdekatan.

My intern (pangkat adik adik) saya bagi masa 2 minggu untuk dia cuba deal dekat satu gym 2 kali dia pergi tak dapat dapat.

Ya pengalaman 20 tahun berniaga semenjak zaman sekolah rendah memang banyak membantu.

Jadi adik oiiiii hang kena belajaq 2 kali lebih ya!

MASEEEJID

Masjid An Najihin mempunyai imam 1 yang sungguh lunak dan baik makhraj (sebutan bacaan) nya

Manakala imam 2 yang sedap bacaan dengan makhraj lahjah keras keutaraan-nya.

Masjid karkun dihujung sana pula walaupun beberapa kilometer jauhnya suka membunyikan speaker kuat dengan bacaan yang teruk setiap malam jam 1130 sebelum midnight (waktu manusia nak tidur).

Tunggu la hang karkun!

MEMINTA

Kenapa saya tak suka meminta?

Kerana ‘tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah’.

Tapi saya juga banyak meminta pertolongan dan bantuan baik dari keluarga, rakan rakan dan sebagainya.

Tapi satu perkara saya tak suka meminta.

Meminta pinjaman daripada bank dan meminta dana atau geran daripada agensi kerajaan.

Kerana sekiranya kita meminta daripada mereka ini saya terpaksa turunkan kepala saya ke bawah.

Banyak kali saya terpaksa atau dipaksa untuk turun kebawah. Terpaksa untuk sujud mencium kaki dan kadang kadang terpaksa menjilat telur telur mereka yang kurang wangi.

Its okay untuk turun ke bawah for being humble. Thats what my parents thought me.

Tapi its not okay turun ke bawah and make yourself look and feel stupid.

Sekarang ini saya dipaksa oleh gomen untuk meminta supaya peruntukan tak disapu oleh lanun lanun yang tidak berkredibiliti tetapi dalam masa yang sama saya terpaksa berasa bodoh dan celaru kenapa saya perlu kelihatan bodoh sebegini.

Walaupun nasihat supaya saya meminta datangnya dari tubuh yang saya hormati tapi board of approval dan syarat syaratnya membuatkan saya celaru tentang diri dan falsafah saya.

Kenapa aku  buang masa untuk perkara yang membodohkan diri aku sebegini?

OTAK

Semalam saya ke pejabat Pos Malaysia cawangan Salak Selatan. Ada benda urgent saya nak poskan dan kebetulan staff yang buat kerja tu cuti.

Dekat 2 jam saya menunggu sebabnya semua kaunter disitu dibuat sebagai kaunter pelbagai dan kebanyakan yang ada situ semua nak bayar bil dan ambil masa yang lama.

Seingat saya selalunya kaunter pos akan ada satu kaunter fast lane untuk pelanggan yang nak beli setem, nak beli sampul surat atau pos barang dan lain lain untuk urusan JPJ, bayar bil dan lain lain.

Jadi saya ingat ni adalah undang-undang baru Pos Malaysia.

Jadi saya tanya kak kakak kaunter tu kenapa tak dibuat seperti dulu, takkan semata mata nak beli setem 60 sen atau pos satu surat berdaftar kena beratur hingga 2 jam!

Kakak tu jawab, takpe dik…kalau nak beli setem datang terus je kaunter.

Jadi saya tanya lagi kenapa tak buat macam sistem lama kan lebih praktikal. Bayangkan sorang makcik dah tunggu 2 jam tak sampai sampai giliran, dengan kerusi yang terhad dan terpaksa berdiri lama, tiba tiba datang orang lain potong line macam tu saja, apa perasaan dia?

Sapa sapa pon akan marah! Orang kata tak beretika.

Kakak tu jawab balik, dulu buat dah tapi susah……macam ni senang kerja kami.

Rupa rupanya undang undang ini hanya dipraktikkan di cawangan tersebut bukan seluruh Pos Malaysia.

Saya ingin saja nak menjawab, kakak oooooi kak kalau nak kerja senang takda dalam dunia ni, duduk rumah kangkang kat laki pon belum tentu senang.

Utamakanlah pelanggan. Ini common sense, pakailah otak!

WHERE ARE U FROM?

Saya rasa ini penyakit keturunan.

Tadi masa dekat lif pavi dari tingkat GSC nak ke bawah tunggu punya la lama sangat.

Boring saya tegur orang sebelah. Hi where are you from. Saya tanya soalan walaupun saya dah tahu dia dari mana.

Dari warna rambut dan kulit dia saya dah tahu.

Dia cakap dia dari Syria. To be specific Damascus.

Saya bagitahu ah haaaaa….saya dah banyak kali ke sana. Ada ramai kawan di Meidan Jazmateyeh.

Then dia mengaku, actually im originally from Syria but all my family live in Saudia.

Ahhah! Kat mana?

Makkah….

Ahhah kat mana Makkah?

Aziziah….. dan perbualan kami jadi panjang sampailah ke B1 parking. Sebelum kami berpisah kami tukar nombor telefon.

Kawan yang ikut saya pon kebetulan pernah bekerja di Jeddah jadi perbualan kami semua jadi menarik.

Ini adalah penyakit keturunan saya. Hampir kebanyakan keluarga saya ada penyakit ni, rasanya apabila mencecah umur 40 virus ni akan merebak. Cuma I behave older than my age. Jadi virus sampai awal!

Or I’m ageing……..

NANG vs YASMIN

Saya tak kenal siapa dia in person.

Bak dikata Allah ciptakan manusia kepada kita 3 jenis. Satu dia akan suka kita, kedua dia tak kenal kita dan ketiga dia tak suka kita walaupun for no reason.

Saya simply sebagai sorang manusia fall under the 3rd category. Saya simply tak suka Saiful Nang. 

Saya tak kenal dia, tak tahu apa kerja sebenar dia, tapi asyik dengar nama dia dan dengar cerita pasal dia dari kawan-kawan.

Apa yang saya tahu pasal dia adalah dia seorang opportunist yang berjaya. Mungkin baru baru ini statement di wall beliau kerana plan untuk membantu melariskan buku baru beliau.

Tapi saya santuni Allahyarham Yasmin Ahmad.

Beliau pernah berkata, jikalau kita ingin belajar sesuatu (yang baru) kita perlu kosongkan diri kita. Buang semua sikap ego dan rasa pandai barulah kita akan dapat serap semua ilmu baru seperti sponge.

Maka saya ambil keputusan untuk menderma RM30 supaya saya dapat belajar dari Saiful Nang yang bongkak dan kontroversi ini.

TAKPELAH

Lately semenjak awal tahun lagi saya nampak banyak pulak orang suka share posting saya.

Sampai ada sesetengah tu saya kena edit atau delete balik takut jadi masalah atau terlalu sensitif.

Cek bukannya maharaja lawak atau mufti menk nak share share kata kata hikmat.

Tapi kalau betul lepas ni nak share saya minta satu je, sebelum tekan share tolong niat dalam hati……

‘Ya Allah ko ampunkanlah dosa abe ni, murahkan rezeki abe comey ni dan permudahkanlah dia hilang lelemak supaya cepat sado…. Amin’.

Errrr

Next week mmg saya ada arrange for interview session for new staff starting on Monday.

Saya tak pasti mcm mana hari ni boleh terlepas sorang datang office pagi pagi dan email kata dia tunggu tapi office tutup.

Saya maklum interview next Monday dan jawab beliau dia tak boleh datang next week jadi dia minta hari ini dan saya jawab ok.

Mungkin saya terlepas pandang tetapi assuming saya hanya ada dia sorang saja untuk di interview mungkin saya sangat cuai dan bersalah tetapi sebenarnya saya ada lebih 50 permohonan dan hanya 6 saja yang saya panggil.

Jadi saya jawab its off today cuti raya but I can come at 3pm if you still want to have the interview.

Jawab beliau dia dah balik. Rumahnya sebenarnya 10 minit sahaja dari pejabat.

Kalau saya di tempat beliau saya akan tunggu sebab saya nak cari kerja. Ya sebab saya nak cari kerja.

PS: Saya dah check my diary interview beliau dijadualkan Jumaat depan bukan hari ini!

Now I can imagine kalau saya ambil beliau bekerja apa pula kelaku dia dalam pejabat nanti.

Jangan ikut perangai dia dan jangan juga ikut perangai saya.

FIGHTER

Jangan la marah eh….. tapi saya tak faham geng geng abang sado, panggil diri depa as a fighter…..

Yang saya nampak dok fight angkat berat hari hari saja pastu selfie sana sini.

Fighter tang mana tu yer.

Sebab saya ada kawan sorang gendut nak mampos tapi hari hari dia dok buat kerja bantu IKS perbaiki kualiti mereka…yang tu saya nampak fighter. Dia fight  bukan untuk diri dia tapi untuk orang lain.

Sorang lagi kawan gendut juga tapi kerja dia asyik dok fight untuk Malay heritage. Of course dia tu Malay tapi apa dia dapat fight untuk benda yang tak  bawa apa apa pulangan untuk diri sendiri. Yang ni saya nampak figher.

Sorang lagi kawan gendut juga, dah berapa negara dah dia pergi jadi sukarelawan dan sekarang busy dekat Turki support refugee Syria. Satu sen pon dia tak dapat. Yang ni baru betul betul nampak fighter.

Jadi kenapa abang sado, self centered, suka ambil gambar sendiri panggil diri sendiri sebagai fighter. Macam bunyi selfish saja sebab dia tak memberi apa apa manfaat pon kepada masyarakat selain daripada untuk diri sendiri.

Jadi kenapa fighter?