EXPORT 101

Saya tengok projek gomen matrade ni bagus bagus semuanya.

Tapi masalahnya timbul dekat usahawan.

Bila gomen buat misi ke Amerika berduyun semuanya nak ikut. Bila buat ke Brazil berduyun pulak semua nak ikut. Sekarang ada di Istanbul berduyun yang pergi. Nanti ada pulak ke Russia yang tu saya nak pi laaaa.

Tapi satu perkara kena ingat, macam saya kata dulu, kita tak boleh jual produk kita dekat semua orang. Samalah export kita tak boleh export dekat semua tempat.

Macam saya, saya hanya pilih negara Arab saja dan fokus saya diberikan kepada Arab Saudi. Sekali sekala ada rezeki adalah dari Mesir dari UK dari Qatar dan lain lain.

Bila kita fokus kita akan jadi pakar untuk negara tersebut. Contohnya kalau kita jual tisu, kita akan tahu bila masa ada tisu baru keluar sebagai kompetitor kita, tisu mana paling bagus tisu mana paling murah. Jadi kita tahu macam mana nak position tisu kita dalam market dengan betul.

Kalau tengok syarikat gergasi public listed macam F&N pon dia tak kantau nak export satu dunia. Dia tahu mana kawasan kekuatan dia dan mana dia lemah. Kawasan lemah dia bagi dekat orang yang boleh buat kawasan tu contohnya macam pakcik nilah…dia bagi jaga Arab Saudi.

Lepas tu satu staff jaga satu negara. Kalau Gino kena jaga Arab dia jaga continent Arab saja….. Europe langsung dia tak kacau dan dia akan pakar bidang tu saja.

Jadi kenkawan sekalian yang nak export satu dunia tu…..tak salah nak cita cita menggunung, tapi saya berani cakap sekarang ucapan saya ‘Selamat Melancong PREE Bersama Pegawai Gomen!’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s