WIN WIN OR LOOSE EVERYTHING

Saya ingin berkongsi rahsia bagaimana kami berjaya listed lebih 100 jenis produk di pasaraya Arab Saudi. To be exact 187 sku.

Salah satu kaedah yang kami pakai adalah, kami berjanji kepada partner kami di sana untuk menanggung segala urusan listing dan memberikan stok awalan secara percuma.

Sekarang ini pula ada undang undang baru yang memerlukan pengesahan dan kelulusan kesihatan. Itu juga kami tanggung.

Kenapa kami membuat perjanjian yang memerlukan belanja makan ribuan ringgit serta boleh merugikan?

Sebenarnya kebanyakan produk yang kami listkan langsung tidak menarik minat partner kami. Contohnya sos cili life. Tetapi kami tahu yang produk ini mempunyai potensi untuk berkembang.

Jika difikirkan pula dipihak partner kami, kenapa beliau perlu mengeluarkan modal untuk produk yang beliau tidak kehendaki?

Untuk memujuk pula orang tidak mahu tentunya perkara yang sangat sukar. Jadi kita mestilah menawarkan sesuatu yang tidak merugikan beliau, maka tawaran yang saya sebut tadi dibuat. Sekiranya produk tidak laku dan tidak terjual beliau tidak akan rugi apa apa melainkan kos managerial dan kos cukai. Tetapi sekiranya laris terjual, beliau akan mendapat keuntungan dan pastinya akan membuat pesanan lagi.

Ini yang kami lakukan sudah hampir 5 tahun. Ini juga yang ditawarkan oleh nama nama besar di Malaysia kepada kami contohnya Yeo Hiap Seng atau singkatan Yeos.

Kita mestilah memberi baru merasa, mesti ada win win situation.

Tetapi malangnya strategi ini langsung tidak diminati oleh mana mana usahawan Bumiputera di Malaysia. Mereka hanya mahukan keuntungan disatu pihak sahaja.

Jangan salahkan kami sekiranya kurangnya produk Melayu di bumi Makkah dan Madinah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s