OTAK

Semalam saya ke pejabat Pos Malaysia cawangan Salak Selatan. Ada benda urgent saya nak poskan dan kebetulan staff yang buat kerja tu cuti.

Dekat 2 jam saya menunggu sebabnya semua kaunter disitu dibuat sebagai kaunter pelbagai dan kebanyakan yang ada situ semua nak bayar bil dan ambil masa yang lama.

Seingat saya selalunya kaunter pos akan ada satu kaunter fast lane untuk pelanggan yang nak beli setem, nak beli sampul surat atau pos barang dan lain lain untuk urusan JPJ, bayar bil dan lain lain.

Jadi saya ingat ni adalah undang-undang baru Pos Malaysia.

Jadi saya tanya kak kakak kaunter tu kenapa tak dibuat seperti dulu, takkan semata mata nak beli setem 60 sen atau pos satu surat berdaftar kena beratur hingga 2 jam!

Kakak tu jawab, takpe dik…kalau nak beli setem datang terus je kaunter.

Jadi saya tanya lagi kenapa tak buat macam sistem lama kan lebih praktikal. Bayangkan sorang makcik dah tunggu 2 jam tak sampai sampai giliran, dengan kerusi yang terhad dan terpaksa berdiri lama, tiba tiba datang orang lain potong line macam tu saja, apa perasaan dia?

Sapa sapa pon akan marah! Orang kata tak beretika.

Kakak tu jawab balik, dulu buat dah tapi susah……macam ni senang kerja kami.

Rupa rupanya undang undang ini hanya dipraktikkan di cawangan tersebut bukan seluruh Pos Malaysia.

Saya ingin saja nak menjawab, kakak oooooi kak kalau nak kerja senang takda dalam dunia ni, duduk rumah kangkang kat laki pon belum tentu senang.

Utamakanlah pelanggan. Ini common sense, pakailah otak!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s