TAKPELAH

Semalam saya jumpa seorang budak baru lepasan ijazah cuba cuba berniaga.

Saya beli kesemua stok sambal yang dia ada jumlahnya hampir 500 ringgit dan saya akan jualkan nanti di charity project di Great Eastern Mall esok.

Saya tahu dia bersemangat. Tapi saya juga tahu dia ada banyak masalah. Dia juga tiada keyakinan diri, perlukan kewangan tambahan untuk modal dan banyak lagi. Dari lenggok bahasa dan cara pengurusan beliau saya sudah faham.

Saya memang chair sebuah organisasi yang membantu kumpulan begini. Organisasi ini terdiri daripada beberapa orang rakan karib yang mempunyai minat yang sama…….buat kerja FREE.

Saya offer beliau untuk bantu.

Saya rasa saya boleh bantu beliau baiki dari segi pengurusan metode teknologi makanan beliau, saya boleh kenalkan agensi mikro kredit yang saya kenal pengerusinya, saya boleh bantu buat label melethop kebabom cun melecun internasioooonal antarabangsa gaya gaya harrods sampai menteri mana pon tengok akan kagum sampai herot muka dia.

Saya boleh jadikan sambal beliau makanan high society yang harganya murah boleh dijual mahal dan keuntungan dapat dilipat gandakan.

Tahu apa jawapan beliau?

Takpelah……. terima kasih…… partner saya tak setuju dan kami tak bersedia lagi.

First time jumpa orang macam ni. Partner jenis apakah dia ada ni.

Tahukah anda?

1. Saya boleh sampai ke tahap hari ini kerana saya dahulu membenarkan ramai orang membantu saya. Dibantu bukan tandanya lemah.

2. Saya amat pakar dalam hal pecah dan perintah (divide and rule).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s