TAKUT

Saya dulu dulu cukup takut nak hire staff yang bagus bagus.

Bukan saya tak ada staff, tapi masa tu staff yang saya ada adalah standard yang biasa biasa. Staff general worker atau kerja buruh atau part timer.

Saya tak berani nak hire seseorang untuk ambil tempat saya.

Satunya kerana saya tak suka orang ganti tempat saya. Saya rasa hanya saya seorang saja yang pandai buat kerja tu. Saya tak percaya sesiapa pun yang mampu lakukan kerja yang saya buat.

Keduanya saya takut saya tak mampu untuk bayar gaji orang.

Tetapi sebenarnya sekiranya kita kekalkan perasaan takut itu, syarikat dan perniagaan kita tak boleh berkembang. Dari dulu sampai sekarang dia akan ditahap tuuuuu saja.

Kita tak boleh berehat, orang kenduri orang mati orang sakit pon kita tak boleh pergi. Kalau kita pergi, perniagaan akan tergendala.

Bayangkan pula kalau kita sakit…..lama pulak tu makan seminggu dua. Perniagaan kita juga tergendala lama malah lebih teruk lagi perbelanjaan kita juga akan terjejas dan berkurangan bulan tersebut kerana kita sudah lama tidak bekerja. Inilah bak kata orang sudah jatuh ditimpa tangga.

Jadi kita perlu ambil orang bekerja. Kalau boleh ambil yang lebih pandai daripada kita.

Memang dalam proses mengambil pekerja pelbagai proses akan berlaku tetapi kita perlu optimis. Kalau dah jumpa yang bagus, jaga elok elok.

Selamat maju jaya boss boss sedunia semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s