10 OPEN TIPS FOR TABUNG HAJI

1. Untuk menghantar makanan pastikan semua produk makanan telah dihantar ke lab untuk dapatkan lab report dan health certificate.

2. Untuk menghantar makanan pastikan semua produk makanan tersebut didaftarkan dengan Saudi Food And Drugs Authority dan mematuhi undang undang mereka. Proses ini mengambil masa antara 1 hari hinggalah makan berbulan bulan untuk mendapatkan kelulusan. Of course tricks and treats ada boleh bincang punyaaaaa.

3. Pastikan sekiranya barangan hendak dihantar untuk tujuan jemaah haji, sila pastikan buat calculation seperti berikut:

– pastikan barang mestilah tiba sebelum bulan Ramadhan kerana waktu Ramadhan rakyat Saudi tidur siang hari dan Solat Tarawikh di malam hari. Dalam kata lain mereka tidak bekerja. Yang bekerja hanyalah Bangla dan Philipine.

– rakyat Saudi akan terus bercuti selama seminggu sehingga dua minggu pada bulan Syawal.

– seminggu sebelum haji Mekah telah ditutup dan lori tidak dibenarkan masuk kecuali yang mempunyai permit khas.

– rakyat Saudi juga akan bercuti Haji antara 2 hingga 3 minggu.

4. Maksudnya diambil kira diatas, untuk tahun hadapan kerja penghantaran mestilah selewat lewatnya bulan Februari.

5. Barang yang sudah didaftarkan SFDA kepada syarikat sebelum ini tetapi sekiranya ingin dibawa masuk melalui syarikat lain mestilah melalui proses yang sama walaupun sudah didaftarkan sebelum ini.

6. Undang undang Kerajaan Arab Saudi khususnya bab makanan dan baliyah sentiasa berubah ubah mengikut trend semasa dan perlu sentiasa update.

7. Barang barang makanan dagangan tidak boleh disimpan dirumah atau hotel atau muasasah dan kalau baladiyah dapat tahu anda akan mendapat masalah yang besar.

8. Dimaklumkan juga barang makanan sudah tidak dibenarkan untuk bawa masuk melalui kapal jemaah atas faktor seliaan kesihatan. Kalau yang terlepas tu namanya nasib baik. Kalau yang tak terlepas barang akan dirampas dan anda boleh didenda dan macam macam lagi.

9. Pastikan perkiraan M3 betul dan bukan main agak agak sahaja. Sila berurusan dengan pembekal yang dah lama buat eksport kerana pembekal baru dan usahawan kecil tidak dapat memberikan harga yang kompetitif malah akan menimbulkan masalah masalah sampingan lain.

10. Sediakan lah satu gudang khas kerana Tabung Haji tiap tiap tahun ada bawak jemaah. Takdelah kelam kabut nanti nak cari sana sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s