Kalau saya jadi Datuk Bandaraya ataupun paling tidak Yang di Pertua perbandaran, saya akan pastikan setiap kawasan tumpuan dan perumahan di tepi jalan akan diwujudkan kawasan khas penggerai yang sempurna.
Penjajaan di tepi jalan digazetkan sebagai halal dan tidak menyalahi undang undang majlis perbandaran dengan syarat mestilah mematuhi beberapa garis panduan.
Dengan cara tersebut penjaja tepi jalan teratur dan terkawal. Kebersihan terkawal dan rupa gerai sekata dan tidak buruk.
Saya takkan lakukan seperti apa yang selalu gomen lakukan dengan menempatkan penggerai dan penjaja di tempat hantu bertandang. Mereka mestilah diletakkan di tempat orang ramai, sesak dan tempat tumpuan.
Selepas semua prasarana ini disediakan baru penguatkuasaan undang undang diketatkan. Sesiapa yang menjaja tanpa lesen dan kebenaran akan disita dan disaman.
Malangnya apa yang berlaku hari ini semua terbalik kowt.
Nota : terbalik kowt atau disebut dengan ‘quot’ adalah bahasa utara yang membawa maksud berlaku secara bertentangan dari biasa.