UGANDA

4 tahun lepas saya ada berkenalan dengan seorang kawan dari Uganda.

Siapa dia?

Bapak dia empunya shopping mall di sana dan empunya francais jenama antarabangsa seperti Prada, LV dan lain lain di sana. Mereka seperti CapitaLand dan Melium Group di Malaysia.

Tadi kami keluar minum minum sebab dia datang ke sini 2 hari dan esoknya ke Penang dan terus ke Bangkok.

Antara topik pertama yang di tanya adalah ‘How is the 600 million USD’.

Saya jawab we have the best Prime Minister in the world, and our relationship with the Kingdom is at the peak.

Anyway in 4 days we will open our market and will sign TPPA.

Dia gelak tak henti henti. Ya kawan saya dari Uganda tu gelak dekat saya tak henti henti.

Errrr ke dia gelak dekat Malaysia.

Advertisements

UPS

Jangan buat kesilapan macam ni tau!

Marahkan client yang fussy, print screen communication dengan client, rasa nak hantar dekat partner dan siap tulis aku nak smack down client ni.

Last last baru perasan yang message tadi bukan hantar dekat partner kita tapi tersilap hantar dekat client.

Buat pula client tu sebenarnya tengah dok testing saja macam mana service dia……kalau ok kita boleh bagi banyak benda lain lagi dan rekemen pulak dekat contact dia yang boleh tahan.

Apa cerrr bro!

Nota: Client tersebut adalah………… SAYA

TPPA

Sebelum TPPA pun negara kita tidak mempunyai sebarang sekatan untuk produk makanan.

Semua benda boleh diimport dengan mudah kecuali produk pertanian tertentu yang perlu mempunyai AP untuk diimport seperti beras, sayuran dan sebagainya.

Contoh lain, seperti Thailand dan Arab Saudi untuk membawa masuk produk import produk mestilah didaftarkan dengan FDA mereka dan mendapat kelulusan. Seperti Thailand proses ini amatlah sukar, penuh birokrasi dan memakan masa yang panjang.

Saudi pula, mereka mempunyai standard tertentu khususnya dari segi pengisytiharan bahan bahan. Sekiranya sesetengah bahan tidak dapat diisytiharkan dengan jelas contohnya ‘ bahan perasa dan pewarna yang dibenarkan’ peringkat pertama lagi produk ini akan sudah di reject. Tak boleh masuk untuk urusan  peringkat seterusnya.

Tetapi kalau di Malaysia, amalan sekarang sebenarnya sudah terlalu simple kerana sememangnya standard declaration kita cukup setakat memaklumkan ‘yang dibenarkan’ sahaja.

Dimasa hadapan kemungkinan kita juga mungkin mempunyai label seperti ‘perasa khas yang dibenarkan’. Maksudnya perasa itu adalah adunan khas yang telah dipatenkan dan mempunyai nilai harta intelek. Rahsia……. macam rahsia resepi KFC tu. Atau rahsia Coke.

Jadi apa saja boleh dianggap sebagai bahan perasa, selagi ia tidak mempunyai racun mungkin dianggap sebagai bahan perasa yang dibenarkan.

Bahan asas dan berasaskan babi sangat advance dan digunakan secara meluas untuk industri di Negara Barat dan Eropah. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, stabiliser dalam jus sekarang lebih baik menggunakan teknologi terbaru yang berasaskan dari babi kerana lebih canggih dan lebih efektif. Maka industri di sana sudah mula adapt dengan teknologi baru ini dan bahan ini tidak dapat dikenal pasti punca asalnya dengan mudah.

Lain lain lu fikir sendiri……jangan jadi babi sudah.

TPPA

Untuk standard declaration Saudi Food and Drugs mestilah menjelaskan diatas label secara jelas dan terperinci untuk setiap ingredients.

Contohnya kalau produk Malaysia cukup sekadar ditulis di atas label ‘pewarna yang dibenarkan’……

Tetapi Saudi mewajibkan ditulis ‘pewarna yang dibenarkan (warna orange sunset beach E512) berasaskan haiwan (babi)’….. lebih kurang macam tu lah contohnya.

Mengikut undang undang TPPA mungkin warna tersebut adalah rahsia resepi mereka yang menyebabkan keropok super ring nampak sedap giler babi, jadi mereka mendaftar warna tersebut kerana itu adalah warna ciptaan mereka dan mereka tidak perlu menyatakannya.

Jadi produk begini kompom tak boleh diimport masuk ke negara Arab Saudi.

Eh lupa la Saudi mana join TPPA Amerika tu.

TPPA

Tadi berborak panjang dengan rakan rakan industri dalam pembuatan makanan. Orang season la jugak dalam industri dan pakar food tech.

Antara perbualan kami adalah teknologi baru untuk elakkan saperation dan bagi produk minuman jus stabil. Kalau kaedah sedia ada dengan menggunakan stabiliser tetapi teknik terbaru di Eropah adalah menggunakan porcine yang asasnya dari babi.

Isu dia bukan teknik babi tersebut.

Tapi TPPA menjaga iP atau hak intelek sesuatu syarikat. Contohnya sekiranya resipi untuk menyedapkan MILO itu adalah rahsia syarikat, maka syarikat telah mendaftar sebagai rahsia dan hak intelek syarikat dan tidak boleh didedahkan kepada orang luar. Dibawah TPPA mereka mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat ingredients secara lengkap dan details.

Akhirnya Jakim akan menghadapi masalah untuk mengenal pasti butiran asas bagi pensijilan halal sesuatu produk makanan kerana mereka akan mempunyai hak untuk merahsiakannnya atas nama harta intelek.

Maksudnya apa saja bahan penyedap tadi adalah rahsia samada ia berasaskan tumbuhan atau haiwan atau chemical dan sebagainya.

Sungguh babi mereka.

HOMEWORK

Kalau kita dengan benda baik pon kita kena buat homework.

Kalau kena dengar benda jahat pon kita kena buat benda homework.

Sebabnya mungkin kerana benda baik itu adalah pelindung untuk kejahatan.

Mungkin juga benda jahat itu adalah kerana adanya orang jahat lain untuk melindung kebaikan.

MY 2016

Sekadar perkongsian dengan adik adik diluar, dalam banyak banyak tahun….tahun ini adalah tahun yang paling robotik untuk saya.

Akhir tahun 2015 saya dah mula buat perencanaan untuk persiapan tahun ni.

Dan tahun ni sampai sekarang jadual saya dah padat hingga April dan saya dah tahu apa kena buat sehingga hujung tahun 2016.

Banyak perkara yang ingin dilakukan seperti nak set up team khas untuk jadikan FoodMarket Pop Up Store sebagai  projek berkala, tetapi kemudiannya saya batalkan.

Saya cuba untuk fokus dan tidak mahu stretch kemampuan saya kerana itu boleh membunuh.

Jadi hanya dua perkara yang hanya saya ingin fokus.

1. Double up export to Saudi Arabia dan realisasikan supermarket Asia kami di sana.

2. Fokus lagi branding http://www.foodmarket.com.my untuk tahun kedua.

Itu saja…..

Dan kita cuba lihat adakah kaedah ini lebih berkesan dan jika dipanjangkan umur semua hanya 2017 baru kita boleh tahu resultnya.

2 hengget 6 kupang

Lalu saya pun membawa pulang duit yang diberikan oleh kawan saya ke rumah dengan jumlah RM2.60.

Mak bertanya – “sapo bagi kau duit tu? Mano kau dapek jang?”

Ramai kawan – kawan saya tolong jawab mana saya dapat duit tu.

Tapi jawapan mereka huru hara, kejap begitu kejap begini.

Kemudian datang ketua kebersihan kelas saya tolong jawabkan ,
“Dia dah pulangkan duit tu makcik”

SADO

Someone texted me asking for few things about protein bites.

So saya jawab la sikit itu ini. Jadi saya kata kalau nak mudah just beli online je di http://www.foodmarket.com.my

Look for the fitness food section. Other than that its your own risk…..ha ha

Nota: Protein bites adalah sejenis snek dari UK yang berasaskan protein yang tinggi dan kalori yang rendah. Sesuai untuk geng diet dan abam sado.

ARAB

Tadi berbincang borak borak kosong dengan kawan saya. Dia pon banyak kawan kawan arab dan pakar sirah dan peradaban. Orang mengaji tinggi jugak lah.

Kami cuba buat andaian……dahulu kala kalau satu ketua qabilah dihadiahkan setandan kurma yang baik kepada ketua qabilah yang lain. Maka si ketua qabilah yang lain akan membalas setandan kurma yang lebih baik dari yang dihadiahkan atau dilebihkan lagi.

Bahasa sekarang hadiah tu lebih kurang macam derma lah.

Tapi bayangkan kalau setandan kurma yang dihadiahkan oleh ketua qabilah dipulangkan balik……….

Rasanya boleh perang saudara kot sampai berkurun lamanya.