GEDIK

Dulu dulu kalau sampai saja airport Jeddah benda paling tak tahan adalah nak tunggu dekat imigresen. Paling paling minimum kena berdiri sampai dua jam.

Ada pengalaman kami kena berdiri sampai 6 jam! Masa tu saya ke Saudi dengan Mr Chong Yeos dan beberapa orang kawan kawan dari industri.

Jadi tahun lepas saya fikir tak boleh jadi nih. Mesti ada cara!

Maka bermula awal tahun lepas saya mula menggedik bila di kaunter imigresen. Kebetulan pegawai imigresen yang buat muka poyo tu bila saya buat lawak bodoh dia gelak.

Kami sembang sembang dan akhirnya kami bertukar nombor telefon. Agak lama juga sembang sampaikan orang yang dok beratur belakang berapi je tunggu giliran.

Balik saja Malaysia saya tak senyap macam tu. Kadang kadang saya call dan selalu whatsap.

Kemudian saya pos kan hadiah.

Dibalas pula bila kawan dia nak ke Malaysia dia bagi hadiah kirim untuk saya. Kawan dia pon saya bawak dia jalan jalan dan makan makan di KL. Tentu bila dia balik Jeddah dia pon cerita dekat kawan saya tu.

Setahun lalu perkara ni berlaku.

Tahun ni……. saya turun kaki saja dekat bas nak masuk airport dia dah tercegat dekat depan pintu. Dia tarik tangan saya, bawak masuk pintu khas, lalu celah celah orang ramai yang tengah beratur dan nah, semua urusan selesai dalam masa 3 minit!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s