PM

Berkenaan gambar semalam yang telah saya upload perbuatan PM mencium kiswah.

Kita disunatkan untuk mencium hajarul aswad dan sebahagian daripada sunnah nabi sebelum mengerjakan tawaf perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah adalah mencium hajarul aswad.

Perbuatan seperti meruntun runtun di kiswah kaabah, menyapu nyapu segala binaan berdekatan kaabah, mencium cium batuan kaabah, hijir ismail dan mencium kiswah adalah ditegah dimana perbuatan ini bukanlah daripada sunnah dan syariat dan menyerupai amalan dari kaum lain khususnya yahudi dan hindu.

Adapun kita dapat melihat ramai yang melakukannya kerana mereka yang suka meruntun di kaabah dan mencium cium kiswah untuk tujuan keberkatan dan diampunkan dosa adalah dari kumpulan Syiah dari Pakistan, India, sebahagian Syria, sebahagian Iraq dan tentunya Iran.

Perbuatan PM semalam adalah perkara kecil kerana PM semalam adalah Najib anak Razak, tetapi akan dianggap terlalu besar sekiranya Abdullah anak Ulama Ahmad Bedui.

Tetapi sayang PM bukan sahaja mempunyai Jamil Khir, tetapi mempunyai Fathul Bhari yang sememangnya amat berkeras dalam hal hal bidaah seperti ini.

Mutawwif yang disediakan selalunya hanya memimpin rukun untuk menunaikan umrah bukannya memberikan penerangan yang terperinci dan pendapat saya beliau tidak akan menegur PM dihadapan orang ramai sekiranya melakukan perbuatan tersebut. Mutawwif akan memimpin hanya sehingga selesai rukun, perkara yang sama ketika semua pembesar pembesar negeri lain ketika berada di tanah suci sekiranya diberikan dengan status tetamu negara seperti mana pengalaman pengalaman saya sebelum ini.

Jalan yang terbaik adalah menuntutlah ilmu sedalam dalamnya sebelum melakukan Umrah dan dapatkan pandangan ramai ulama. Semberono dan degil hanya merugikan diri sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s