FOODMARKET ANNIVERSARY

Semalam saya buat satu event kecil untuk celebrate kerja kerja yang telah kami lakukan.

Saya ada jemput beberapa pegawai pegawai gomen pangkat tinggi tinggi dekat gomen.

Tujuan saya menjemput mereka supaya mereka dapat melihat bahawa ada cara lain atau kaedah lain yang berlainan sedikit dengan kaedah sedia ada boleh kita lakukan untuk industri kecil kita.

Saya tahu FAMA mempunyai peruntukan yang besar untuk rebranding produk iks, design label dan juga geran untuk mencetak label.

Tetapi saya sedih kerana nilai yang dilaburkan oleh kerajaan hasilnya sama saja tiada beza dan sangat buruk. Banyak lagi perkara yang kita perlu dan boleh perbaiki serta banyak perkara yang merupakan kaedah yang sudah terlalu lama kita pakai perlu dirombak atau dihapuskan kerana sudah terbukti tidak berkesan. 

Sebab itu saya menjemput mereka supaya mereka dapat melihat kerja kerja kami, dengan nilai wang yang dibelanjakan sangat kecil jika dibandingkan dengan peruntukan kerajaan, tetapi hasilnya jauh berbeza dan lebih berkesan.

Malangnya……..ada yang menolak mentah mentah jemputan saya kerana mungkin jemputan saya tidak penting.

Ada pula yang berjanji untuk hadir tetapi tidak hadir……

Ada yang sudah berjanji hadir tetapi hanya menghantar wakil yang bukan pemutus keputusan.

Hanya seorang saja saya kecualikan… YB Dato Azizah, Timbalan Menteri Wanita yang sememangnya mahu hadir terpaksa batalkan disaat akhir kerana ada usul di Parlimen dan telahkan wakilkan KSU ke majlis kami dan Dato Hafizah yang kemudian wakilkan pegawainya.

Apapun saya ucapkan kepada semua yang hadir Jutaan Terima Kasih dan Salam Sayang kerana anda semualah yang menyebabkan untuk saya terus bersemangat untuk bekerja.

Terima kasih Hin, Fitri, Taj kerana telah membantu dan paling saya sayang team saya semalam Amal, Farina, Mimi, Mira, Ayuun.

Terima kasih Majestic Hotel’s team khususnya Lilian dan Chef Ganesan kerana benarkan saya ‘tukar semua’ kebiasaan mereka dan semua kerjasama yang telah diberikan.

Sekarang pakcik pengsan kejap lepas tengok bill……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s