NASIYA vs TNB

Insan adalah daripada perkataan akar daripa nasiya iaitu maksudnya lupa.

Saya seorang insan dan saya juga pelupa.

Seingat saya sejak awal Januari lagi saya sangat sebuk dengan persediaan Saudi, urusan kapal dan juga persediaan awalan untuk event foodmarket.

Kerana saya ini bukanlah seorang insan yang istiqomah dalam urusan membayar bill bulanan seperti insan insan lain, maka saya mengamalkan SOP iaitu membayar bill semuanya in advance untuk setahun. Astro TNB Air dll semuanya saya anggarkan  setahun atau setengah tahun berapa dan terus buat bayaran supaya saya tidak mengalami kesulitan.

Sehari event Anniversary Foodmarket, petang tu rumah saya kena potong elektrik. Kerana saya seorang insan, bila dah kena potong maka barulah saya teringat yang tahun ni saya belum buat bayaran lagi.

Saya terpaksa abaikan hari tersebut kerana hendak beri tumpuan untuk persediaan hari esok.

Hari 23hb juga saya terpaksa abaikan kerana hari event dan saya tak mahu ganggu staff saya kerana mereka juga sibuk untuk persediaan akhir.

Maka 24hb iaitu semalam barulah saya dapat buat bayaran dan saya telah membayar extra dengan anggaran untuk enam bulan kemudian.

TNB telah menjanjikan bekalan akan disambung sebelum pukul 5. Pukul 5 belum sambung.

Kemudian mereka menjanjikan sebelum pukul 9. Pukul 9 belum sambung.

Kemudian mereka menjanjikan sebelum pukul 11……saya tunggu lama sikit pukul 1230 tengah malam baru saya pulang ke rumah……bekalan masih belum disambung.

Hari ni berpuluh kali saya telefon TNB KL Selatan telefon tak pernah berjawab. No hotline mereka sampai saya boleh hafal sorang sorang operator yang jawab phone.

Daripada saya bercakap dengan polite sampai saya meninggi suara dan bercakap kasar. Mereka juga mengalami masalah sama kerana pegawai in charge di TNB KL Selatan tak dapat dikesan dan dihubungi.

Mereka berjanji mereka akan selesaikan sebelum solat Jumaat.

Apa ni……… TNB lewat seminit potongnya ontime. Kami bayar kenapa sambungan macam cilaka tak ontime jugak.

Setiap bulan pengguna wajib membayar, setiap tahun kewangan TNB mencatatkan keuntungan. Saban tahun TNB merengek macam celake dekat kerajaan minta naikkan tarif.

Tapi servis macam haram jadah.

Bang kontraktor pemotong dan penyambung TNB ooooi…..ingatlah kat rumah tu ada anak bini…… tak rasa bersalah ke bagi makanan yang shubhah dan tak berkat sebab buat kerja pon tak dedikasi, tak ikhlas, tak itqan, tak istiqomah.

Nanti dekat padang mahsyar tuhan tanya tau adakah kamu menjalankan tugas sebagai kontraktor TNB dengan amanah?!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s