ACCOUNT

Saya akui dalam bab bercakap dan kerja saya kadang kadang terlalu tegas dan bila tak kena susun bahasa atau apa apa saya akan cepat melenting.

Tadi ada seorang usahawan maklumkan saya masih berhutang dengan beliau. Seingat saya selepas perbincangan akhir kami sudah membeli secara tunai dengan mereka dengan harga yang lebih baik. Jadi sepatutnya semua pembayaran langsai.

Jadi kenapa kami masih lagi berhutang?

Jadi saya melenting dan call beliau untuk dapatkan penjelasan.

Akhirnya bill tersebut adalah bill 6 bulan yang lalu dan beliau sendiri mengaku yang beliau bertangguh tangguh untuk tuntut bayaran ini.

Jangan ulangi kesilapan usahawan ini. Pertamanya merugikan untuk diri sendiri kerana tak dapat bayaran.

Keduanya ia akan menyusahkan pelanggan juga kerana transaksi itu sudah terlalu lama apatah lagi sudah 6 bulan dan dari transaksi tahun lepas.

Pengurusan Sendirian Berhad berbeza dengan pengurusan enterprise. Apatah lagi jika berdaftar dengan GST dan mempunyai Ahli Lembaga Pengarah yang ramai. Maka perkara begini akan memeningkan keadaan.

PS: sebenarnya ada susunan ayat yang lain yang boleh buat saya tak melenting.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s