RESEPI BUJANG

Ikan masak steam chinese style perkara paling penting untuk pastikan dia sedap dua saja.

Satu ikan mestilah fresh dan keduanya jenis kicap cair yang hendak digunakan.

Setakat ni maaflah kicap cair cap Melayu belum ada lagi yang dapat menambat hati saya.

Bab ni kita kena bertawakkal kepada Allah Subhabahuwataala dengan menggunakan kicap Cina atau Siam.

Saya suka guna Lee Kum Kee.

Letak ikan, tarok kicap cair suku cawan, letak dua tiga biji asam boi, hirisan halia, bawang putih diketuk, hirisan bawang besar atau bawang merah. Letak sikit satu sudu teh minyak bijan untuk bau wangi.

Kemudian stim sajalah ikan tu dekat dekat nak siap tu letak sikit air limau nipis.

Bukannya susah pon, budak tadika pon boleh buat. Cubalah!

Leave a comment