TAHUKAH ANDA

Saya baru baca artikel yang menceritakan top 10 airport paling teruk di dunia dan airport di Jeddah adalah nombor 2 paling teruk di dunia.

Bayangkanlah saban tahun saya terpaksa berulang alik di airport ini kerana menziarahi keluarga dan sekarang kerana urusan kerja.

Kalau dapat keluar airport selepas dua jam, respond yang akan dapat adalah ‘wah cepatnya’ dari keluarga atau rakan rakan. 2 jam di airport adalah perkara biasa!

Rekod terbaik adalah 7 jam!

Di airport ada 32 gate imigresen untuk keluar tapi selalunya yang berfungsi 2 atau 3 sahaja dan selalunya yang berfungsi pun pegawainya sering main telefon, minum teh atau bersembang dengan kawan.

Didalam airport tiada kerusi mencukupi untuk duduk, tiada starbucks untuk lepaskan dahaga, tiada apa apa.

Oleh kerana saya telah bertaubat tidak mahu lagi menjalani kehidupan marhain maka tahun 2008 saya telah melakukan kerja kerja diplomatik menjilat pegawai imigresen dan kerja ini berjalan 3 tahun secara konsisten.

Alhamdulillah kini saya keluar airport hanya 3 menit sahaja. LoL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s