GILA

Mungkin orang lain lebih bernasib baik daripada saya. Mungkin juga saya terlalu melawan arus.

Sampai hari ni saya masih tak boleh faham cara pemikiran orang gomen khususnya di Matrade.

Ya ini artikel pertama saya komen pasal matrade terang terangan.

1. Mereka mahukan saya bawak lebih banyak barang usahawan bumiputera, nak bawak masuk produk dalam hypermarket kena bayar dan ada kos. Usahawan tanak tanggung, gomen pon tanak bagi insentif. Habis nak saya korek jual bulu ka?

2. Pegawai gomen nak saya bawak lebih banyak produk bumiputera, maka derang arahkan saya few things. Saya kata macam ni tak boleh buat it doesnt work in Saudi. They still insist nak macam ni…. akhirnya terbengkalai.

3. Matrade ada satu program Matrade Development Grant dengan singkatan MDG. Ada satu section untuk listing fees. Maka TC yang lama galakkan saya masukkan lebih banyak produk bumiputera, maka saya pon buat listing produk Adabi, Faiza dan Orang Kampung. Bila time claim reject reject reject, TC dan MDG bertekak dalam meeting. Solution tiada, saya yang bodo dok tengah tengah habiskan 50 ribu duit poket satu sen pon tak dapat claim. Naik turun bangunan matrade setahun buat rayuan. Last last sendiri rasa malu dan malas nak buat.

4. Last 2014 ada satu program market linker. Saya diminta untuk take up this program. Tapi dapam program tu saya kena pakai duit sendiri dulu dengan syarat syarat KPI yang tak masuk akal. Dah la tu kena buat report bertimbun timbun kena submit every month macam saya kerja dengan matrade. Buat kerja untuk orang (gomen), kena pakai duit sendiri dulu dan kemudian claim hanya 50% sahaja yang akan bagi dan tertakluk juga boleh ditolak sekiranya tidak mengikut ‘piawaian dan standard’ matrade.

Saya jawab takpelah bang…..baik saya sambung belajar sampai PHD orang boleh panggil saya doktor.

5. Last year saya dipaksa lagi untuk ambil satu program lain. Team lama minta saya buat juga atas dasar demi survival bumiputera dan perkuasakan produk bumiputera di Tanah Suci dan Arab Saudi. Saya tolak 2 kali…..sampai akhir tahun barulah saya mengaku dan bersetuju. Kemudian KPI kepala hotak tak masuk akal nak semua setel dalam masa 8 bulan, 100 sku listed on shelve, 10 juta nilai eksport. Saya pon bila dah commit terus buat kerja macam lipas kudung travel dan keluarkan duit poket sendiri macam air.

Tiba tiba tukar management. Team baru itu tak kena ini tak kena nak itu nak ini. Deyyyyyy awak ingat kami ni apa pecacai buat kerja for your kpi ka. Dah 4 bulan dah kami tunggu claim tiada pun usaha untuk memudahkan urusan. Team lama cuci tangan saja bila saya merayu dan CEO saya mesej pon senyap saja.

Apa ni? Next time YBM ampa tanya pasai apa tak bawak masuk budu dekat Arab Saudi………. I will answer the same answer what I did to Minister MOA dan KSU yang lama.

So far saya dengar ramai sangat Dato tu Dato ni Dato tiruan pon ada yang mengaku dok bawak masuk produk Malaysia ke Mekah lah dan champion disana……. but so far setahu saya orang di Arab Saudi saja yang tahu siapa sebenarnya the real and genuine people yang active in the Kingdom. Betul tak Fadhilatul Akmal Tengku Adda

Note : mungkin saya tak pandai tipu orang janji bulan bintang kot. I just say what i think its right. Saya tak pandai manis mulut puji melangit and fake macam orang lain dan rapat hulu ke hilir dengan minister.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s