10 Perkara Unik Di Perlis

image

Malas nak cerita pasal Taman Ular atau Laksa Kuala Perlis, atau Restoran Anjung Keli, dah terlalu cliche sangat. Kali ni saya nak berkongsi 10 perkara yang pelik, aneh atau anda rasa huarghhhhh kenapa macam ni, tapi sebenarnya ia sangat unik dan menarik dan akan hanya ada di Perlis.

image

1. Walaupun anda baru mandi 2 saat yang lalu, atau duduk dalam hotel yang pasang aircond sejuk macam kutub utara, apabila anda keluar saja peluh terus berderai membasahi celah ketiak dan kelengkang anda kerana cuaca di Perlis sangatlah panas. Don’t worry, kalau tak ada hujan pukul 6 petang pon masih berbahang walaupun matahari dah sipu sipu nak terbenam.

2. Kalau di Kedah anda terasa perlukan water heater kerana airnya yang sangat sejuk, tetapi di Perlis air paipnya sentiasa rasa suam suam kuku panas, ala ala natural water heater. Ini kerana air yang disalirkan melalui paip besi terkesan daripada haba panas di Perlis. Mungkin tak lama lagi akan dicipta water cooler pulak hanya di Perlis.

3. Ketika anda memandu kereta anda tidak perlu tergesa gesa dan mestilah menikmati suasana pekan di Perlis yang damai. Paling penting ketika membelok kenderaan anda akan dapati style orang orang Perlis adalah akan memperlahankan kenderaan sehingga 5 kilometer sejam sambil membilang bermula satu hingga sepuluh semata mata untuk membuat satu belokan kecil. Enjoy your time!

4. Sekiranya anda seorang yang rajin cubalah solat subuh berjemaah di Masjid dan anda akan dapati tiada Doa Qunut dibacakan. Doa Qunut di dalam solat Subuh hilang selepas melepasi sempadan Kedah Perlis dan akan ada semula setelah memasuki Satun.

image

5. Satu lagi anda akan terasa seperti di Masjidil Haram ketika menunaikan solat berjemaah di masjid masjid sekitar Perlis. Ini adalah kerana setelah selesai bersolat, imam tidak akan membacakan sebarang doa dan tiada zikir seperti amalan amalan biasa di tempat lain.

6. Ketika anda ingin mengeluarkan wang di ATM anda boleh membawa kerusi lipat dan buku untuk dibaca. Average untuk cucuk duit khususnya di cawangan ATM tumpuan adalah 20 minit. Setelah sampai giliran anda barulah anda perasan yang lambat bukanlah mesin ATM tersebut tetapi rupa rupanya orang orang yang nak cucuk duit tadi. Katanya orang disini sangat pentingkan bahasa maka mereka akan mengeja setiap baris arahan di skrin supaya tiada kesalahan ejaan.

7. Jangan risau, ketika di Perlis anda akan terlewat 5 minit untuk setiap apa jua perkara yang sedang berlaku kerana internet agak lambat dan kadang kadang langsung tiada coverage line. Kalau nak tengok FB atau Instagram dekat phone tu baik makan kuaci sekali sementara nak loading.

8. Walaupun anda di Perlis anda akan terasa seperti di bandar utama dunia terutama sekali ketika berada di Mc Donald Kangar. Anda dapat melihat ramai orang orang luar seperti Arab, Rusia dan Mat Saleh. Mereka adalah pelajar antarabangsa yang mati kutu kerana hanya Mc Donald sahaja tempat yang paling sesuai untuk lepak tengah tengah malam.

9. Walaupun Perlis dihujung dunia Semenanjung Malaysia tetapi Perlis mempunyai banyak kedai dan cafe yang menarik dan hipster serta makanan yang sedap sedap. Antaranya Blackwood di Kangar dan yang terbaru adalah Foodmarket Community Project Shop yang sangat trendy dan hipster di Kuala Perlis. (Semasa ditulis kedai ini baru nak buka dan hari ni telah kaput)

image

10. Walaupun Giant telah dibuka di Perlis, tetapi C Mart tetap jua dihati rakyat Perlis.

Lastly dah terlebih ke sebelas…… kalau anda kenal sorang saja orang Perlis anda akan terus jatuh cinta dengan Negeri Perlis kerana orangnya sangat sopan santun dan baik baik.

Advertisements

25 thoughts on “10 Perkara Unik Di Perlis

    • Perlis mmg unik dan terbaik! Tp mcm pakcikman kata soal agama adalah peribadi. Kami org perlis ada hak utk tentukannya dan tak perlu kowtow kpd org negeri lain. Kami tak kisah pun apa org lain nk kata.. selama ni pun negeri kami low profile ja…kampung..(which explains d ATM n belok incidents) tp setelah Harumanis boom seantero dunia, perlis dikunjungi ramai org termasuklah org2 yg merasakan depa lebih baik dari org perlis n layak utk patronise kami!✌✌

  1. itulah kelebihan orang perlis, sampai ada yg berkekerja diperlis x nak ditukar ketempat lain.
    xada jammed.
    x banyak yg pakai pakaian kain x cukup
    kerana unik ramai org nak dtg.
    xada qunut dan doa dibaca imam tp ruangnya hampir penuh
    harum manis di perlis mgal dr musanf king, org dtg dgn heli nak beli.
    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‰

    • Santanman W dan 9w apetah….ye betul betul betul. Keunikan ni walaupun pelik tapi unik dan boleh cerita dekat orang luar dan jadi tarikan. Kalau setakat ayat skema macam RTM bosanlah

  2. Alhamdulillah
    Terima kasih dinatas pandangan penulis yang pandai berkarya.
    In shaa Allah sedetik lagi nama tuan akan diingati
    Pertma andai menyentuh hal2 agama terutamanya solat mohon diberi jawapan kenapa situasi itu berlaku mengikut fatwa majlis agama negeri Perlis. Yes pandangan tuan adalah hak tuan tp rajin2lah sikit cari jawapan y y why… maka tak nmpk sgt kecatatan penulisnya.
    Kedua kita masih kt Malaysia kan Perlis juga sebahagian dari Malaysia. Malah kita juga orang Melayu paling hampir kita saudara seagama. Apa jua niat menulis perlu sensitif. Benar cuaca negeri Perlis antara yanh terpanas di Malaysia . Benar cara pemandun segelintir ….SEGELINTIR insan di Perlis sangat teiti tp bulan mewakili semua penduduk Perlis
    Kesimpulan pakcikman mudah….tolong tuis pakai otak dan sensitiviti agama.

  3. Aku mase dok perlis dulu, abis semua ceruk jalan aku pusing. Takkan sesat punye. Yg penting kena ingat main road arau – kangar – padang besar. Pusing la mcm mane pon last2 mesti tembus main road tu. Jgnasuk jln mati dhla.. tak wujud istilah jem tp bg org perlis kalo tgu traffic lite smpi 10 keta beratur tu dh dipanggil jem. Hahaha.. pernah skali aku kat sana jem time perlis menang piala malaysia, esok tu dorg pusing 1 perlis naik lori..2 jam pusing dh setel, player bleh balik tidoqq…

  4. sy xpernah bosan balik perlis sbb perlis lepak ja …aman,sebulan sekali balik perlis tgk mak.

    so kalau perlis sama mcm tmpt lain xda la kelainan nya haahhaahahah

  5. Kenapa tak rasa mcm tgh baca senarai keunikan.tapi mcm tgh baca senarai keburukan.
    -,-
    Apa yg admin xpuas ati dgn Perlis ni? Cinta ditolak ke??

  6. kah3 si gemuk admin ni meroyan apa..x suka dok perlis xyah la dok prlis..kami org sejati perlis x kisah apa sb ini tanah lahir kami..

  7. admin jgn layan unknownselalu dan rafiq.depa jenis touching terlebih kot.aku org Pegheleh baca ok ja,rilek ja.Pegheleh terbaik

  8. Ada kebenaran.. dan…ada mcm xberapa nak betul penggunaan ayat admin.. tetapi terpulang kepada individu yg menilai.. sebab manusia xakan sama pemikirannya.. apa pun… Perlis adalah negeri yg menyeronokkan… buktinya di kg sya ada org sabah, serawak,johor,n.sembilan,thai… mereka mmg terus menetap di perlis.. ehheh

  9. Psal coverage internet slow tu agak2 la klau nk mnipu pn..aku punya line ni laju ja..hang pkai line apa yg slow mcm siput babi tu..cucuk duit kt ATM pn x penah smpai 20 minit..5 minit sja dh blh kuaq duit..bangsat bangsa yg suka menghina majoriti bangsanya sndiri.

  10. kah kah kah..sinis btol.. nk gak komen by point..

    1. bab cuaca nie xley kata apa,nie smua kerja tuhan, klau tiba2 turun salji (walaupun nmpak mustahil) tapi atas kehendakNYA dia turun jga.. bab cuaca nie semua kerja Allah,xley nk ckap apa,klau panas,panas lah..klau sejuk,sejuk la..cuma bleh bersyukur.

    2. bab air pn nk sinis. xley ckap apa..yelahhh dia ibukota air semua sejuk.kah!

    3. pasai pemanduan rakyat perlis. slow? normal. sapa dok perlis akn lihat benda nie normal. sentiasa peka n berhati2 keadaan sekeliling. klau time cuti sekolah or raya,bila jmpa driver drive keta mcm CE****, rkyat perlis dh tahu,nie mesti org luar..main langgar rules ska hati..kah!

    4 n 5. maaf bab agama kami xske komen. sbb kena jga sensitiviti masyarakat keliling. percayalah klau saudara mempersoal hal agama di tempat umum,saudara akan di pndang sinis rkyat perlis. rkyat perlis xska hal agama di persoalkan.

    6. ATM. itu no komen. xsemua rkyat perlis cm nie….rkyat perlis sgt berhati2 bila mengeluarkan wang atau membayar. kalu cukup rm1 pn abis bising satu pekan.

    7. coverage? i dont think so. bleh di katakan semua kawasan di perlis sudah ada liputan 4G antaranya DIGI, CELCOM N MAXIS. sy tahu sbb sy yg handle coverage di cnie.

    8. org lepak McD lewat mlm? biasalah..itu normal,kedai mamak 24 pn ada,cuma saudara xmencarindgn teliti. lagi satu, di perlis xde PUB,DISCO utk kaki2 clubbing melepak..almaklumlah rakyat perlis menolak keras benda2 nie. klau saudara perlu hiburan or melepak lewat mlm, sila ke negara sblah, di DANNOK smua ada.

    9. cafe hipster? biasalah,rkyat perlis pantang nmpak benda baru/trending msti follow,plg lama bertahan benda2 trending nie 6-12 bulan..huhu..

    10. Giant buka,Cmart jdi pilihan? itu normal..jgn lpa Pasaraya Eco RM2 pn jdi pilihan skrang..sbb ape? sbb rkyat perlis ska bnda yg murah tpi fungsi sma, klau mahal rm1, nescaya akan di viral di pelusuk negeri..

  11. En husamworld, tudia aih agak2 la nak bok kluar duit smpai 20 minit.. Kalau que kat maybank kangaq or cimb dlm 5 min ja pon.. Over sgt aih buat cerita. Aku org perlis yg menetap di selangor. Selalu balik jenguk mak pak kat kg..tp xdak line intermet buffer ka apa.. 4g dapat ja kat kangaq tu.. Jgn buat cerita nk bg hit blog anda.. Especially bab sensitiviti penduduk perlis n agama..

  12. Sy rasa admin ni mungkin liat mangkit awai… admin penah mandi pg dak? Sejuk oooo ayaq dia. Mcm mandi ayaq sejuk… pasai ayaq tghari tu normal la ayaq panas..
    Pasai pgunaan atm tu, biasalar.. tang negeri lain pun sy penah kena juga. Sy rasa dia tgh jwb kuiz kot.. dok tekan satu2 lama pulak tu… tp tak lar smpi nak kecoh habaq…

    Apapun ptg ni nak p cari port bru tmpt di kola perlis tu.. tang mn ntah..

  13. assalam admin… admin boleh tulis boleh cakap apa saja admin buat.. nak bukak isu agama atau pun apa sahaja.. tapi ingat.. nnti kita di tempat yang sama.. banyak saham admin mampu dengan post2 statement mcm ni.. lebih ramai manusia yang terkecik hati dengan post admin semakin banyak la saham yang admin dapat.. tahniah.. dan ingat admin nak cari manusia2 yang admin dah sakit kan hati ni 1 perlis susah admin.. taubat pun xkan boleh buat apa2.. ^_____^… sekadar pandangan.. n lg 1 sy rasa baik admin pkirkan apa yg sy ckap ni dan mintak maaf secara terbuka di group 2 fb dan page anak perlis… as salm.. n tq..^______^

  14. hang ni pnh kecewa dgn marka perlis ke apa…mcm mrh kt org perlis ja..bab bwk keta slow 2 mmg btl la…aku setuju..aku pn slalu kena.tapi kt negeri lain pn lagi truk aku kena ..org keluar simpang bodo mcm lembu…signal mcm tlupa ada kt keta 2…bab kt atm 2 aku kt negeri lain pn mcm 2..slangor negeri yg maju pn jahanam juga org guna ATM..mcm org x reti baca kdg2 aku tgk..tapi bkn la semua org..line intenet aku laju ja kt perlis…kt luar ada jga tpt yg aku kena internet lagi slow dr kt perlis…lu pkai yg murah punya data dh abis mmg la slow..bab agama x yah la nk crita…yg 2 bagi la pada yg pakar..

  15. aku tak paham yg dok marah2 kat writer ni.nak kritik skit pun tak bulah ka.takdak yg melampau pun yg dia tulis.hangpa emo lebih pasaipa

  16. admin ni jiwa bandaraya metropolitan. mana layan jiwa negeri ujung dunia melesia ni.. lain pdang lain blalang… cucuk dit atm 20menet. meqapu sgt haih. line tenet lambat? duk perelih brapa lama.? hangat na duk perelih.. neraka sjuk kot. Allah y brkehendak mcm tu. kiqa Alhamdulillah xmcm afrika lg. bukan maqah pn.. cuma dk beqasa lagu xkena la kta kt negeqi kmi lgu tu.. assalamualaikum.

  17. Entah apa apa entah admin ney. Yg aku pulun la baca apa dia 10 keunikan perlis rupanya 10 keburukan ka admin. Org perlis redha dan bersyukur. Cuaca panas/sejuk/winter/spring/autumn semua Allah yg bg. Rata2 ramai yg tak puas hati dgn cuaca panas. Satgi kot Allah bg salji pakat dok pulun pulak mai perlis. Hadoi. Lawak la hang ney admin. Hang pi masuk maharajalwak lah. Pasai bwk keta slow pon nak jd mslh kat hang. Rilek la. Kalot nak pi mana. Potong jela keta kalo nak kalot. Bknnya kL nak bwk laju2. Pelik la hang ney admin. Nak tulis pikiaq dulu. Entah apa apa entah.

  18. Keraih perut baca….kah3…sebulan sekali aku blk Perlis dr KL

    Seronok dok perelih…. Aman damai sejukkk ja hati perut biarpun siang hari panas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s