10 PERKARA MENARIK YANG ANDA MUNGKIN TIDAK PERNAH DENGAR MENGENAI PERLIS

1. Tahukah anda Perlis yang dikenali sebagai negeri paling hujung di utara Semenanjung Malaysia adalah juga merupakan nama keluarga atau surname untuk Mat Saleh yang namanya juga Perlis. Lebih mengejutkan keturunan Perlis ini adalah berasal daripada Israel dan ramai dari keturunan ini membina nama dalam sejarah dunia. Tak percaya cuba google. Biaq betoi!

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Alan_Perlis

2. Perlis sememangnya diketahui ramai sebagai negeri yang terkecil di Malaysia dan ramai sering menceritakan saiz negeri ini sebagai gurau senda. Selalunya orang kata satu hari saja pusing dah habis satu negeri. Tetapi ada gurauan yang paling legend daripada Almarhum Sultan Iskandar Johor, Tuanku pernah bergurau dengan Almarhum Tuanku Syed Putra, ‘tak sempat masuk gear dah habis dah pusing Perlis’.

image

3. Walaupun Perlis sangatlah kecil, tetapi dolu-dolu sebenarnya Perlis pernah mempunyai sampai 4 pawagam iaitu Kapitol, Mahkota, Empire dan Cathay. Sekarang orang Perlis kononnya cover-cover sikit, sebab tu katanya ‘kami’ tak perlukan panggung wayang walaupun sebenarnya setiap hujung minggu penuh orang Perlis di panggung wayang di Jitra. Ahaks jangan maghah noh.

image

4. Sebenarnya Perlis juga mempunyai kesenian istimewa dan unik serta tidak ada di tempat lain. Negeri ini mempunyai kesenian permainan hiburan rakyat yang dipanggil Wayang Gedek. Wayang gedek ni lebih kurang macam wayang kulit la. Bezanya of course dia tak kecek kelatae tetapi wayang dimainkan dalam bahasa Utara lah. Yang paling istimewa sekali patung patung wayang kulit akan berpakaian moden seperti berseluar, kebaya, baju kemeja dan lain lain. Dengar cerita ada satu kedai di Kuala Perlis cuba menghidupkan semula kesenian ini dalam bentuk mural untuk tarikan pelancong yang ke Perlis. Baguih la ampa buat lagu tu.

image

5. Diceritakan kehidupan di Istana Raja Perlis amat dekat dengan budaya D’Raja Kelantan. Kadang kadang kerabat DiRaja Perlis banyak bertutur dalam dialek Kelantan semasa di Istana serta banyak mengamalkan adat istiadat D’Raja Kelatan. Ini adalah kerana wujudnya pertalian erat kekeluargaan ikrab diantara dua negeri semenjak YMM Almarhumah Tengku Budriah, kemudian DYMM Raja Perempuan yang merupakan kerabat Kelantan dan juga DYTM Raja Puan Muda yang bondanya juga dari Kelantan. Menarik kan!

image

6. Kalau nak tahu, DYTM Raja Muda mempunyai hobi yang sangat menarik. Semasa baginda masih seorang pelajar lagi diceritakan baginda sering mengikuti Ayahnda dan Bonda ke luar negara. Memandangkan Tuanku Raja Muda ketika itu masih seorang pelajar, wang saku masih terhad. Antara benda yang mudah dan murah untuk dibeli sebagai ole ole adalah botol Coca Cola. Sehingga hari ini Tuanku masih merupakan pengumpul botol Coke dan sudah menjadi kebiasaan kerabat dan rakan-rakan yang rapat akan membelikan coke edisi khas dari luar sebagai hadiah untuk disembahkan kepada Tuanku. Koleksi ini dapat dilihat di Blackwood Kangar dan sering bertukar tukar mengikut musim perayaan. Best kan!

image

7. Negeri Perlis mempunyai pelbagai projek-projek yang baik untuk rakyatnya serta baik untuk potensi pelancongan. Tapi sayangnya sekiranya anda amati, yang gah adalah bangunannya sahaja tetapi yang duduk disitu adalah hantu jin jembalang. Hampir kebanyakan projek adalah projek gajah mati contohnya di Kuala Perlis ada bangunan konkos dan plaza kuala. Kalau nak sebut satu-satu siap boleh buat tajuk baru ’10 Projek Gajah Mati Di Perlis’. Penulis pon sedih bila tengok projek gah jadi macam ni. Buang duit je kan.

8.Tahukah anda tahun lepas dicatatkan bahawa pengunjung ke Langkawi hampir seramai 2 juta orang! Tapi sayang, orang Perlis langsung tak teringin ambil peluang dengan lambakan pelancong banyak ni untuk mempelbagaikan perkhidmatan dan produk pelancongan. Katanya kalau orang luar yang nak melabur pon akan kecewa pulang kerana proses yang lembab dan sangat lama sehingga bakal merugikan mereka. Baik melabur di Penang atau Johor. Wallahualam…..

9. Katanya belacan di Perlis antara yang paling kaw bedengung, paling asli dan paling sedap. Kebanyakannya dibuat di Kurong Tengar. Tapi sayang tiada usaha daripada pihak agensi kerajaan mahupun swasta untuk mengangkat martabat belacan perlis sebagai produk istimewa negeri seperti belacan di Melaka atau budu di Kelantan. Awak yang baca ni jangan lupa tau cuba belacan Perlis. Bedengung terus naik resdung hidung tu. Jangan pulak lepas makan hidung jatuh luruh ke lantai sudah.

Sekian kisah kedua daripada penulis. 

image

Advertisements

2 thoughts on “10 PERKARA MENARIK YANG ANDA MUNGKIN TIDAK PERNAH DENGAR MENGENAI PERLIS

  1. Awat la buat lawak no 1 dgn negara pengganas…? Apakah Penulis ni kot keturunan israel yg nk babitkan warga Perlis yg lain? Sekalipun nak cover diri pasal kot dgr org lain cakap.. but pls behave urself with sensitive issue.. atau nak glamour dgn lawakbodoh??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s