F

Eh eh dia nak gi mana tu.

Eh kenapa dengan dia tu.

Apsal tu alahai.

Alamak teruk betul dia reverse macam bawak treler.

Lepas tu baru dia berhenti dan kami boleh pintas kereta dia.

Perempuan.

ARABISTAN

Geramnya rasa dengan diri sendiri.

Bulan puasa ni kebetulan banyak jugak kerja untuk Arab Saudi.

Jadi saya ada banyak benda nak bincang dengan sebelah sana. Maka saya pon terpaksalah berjaga malam.

Sebabnya mudah, pak Arab ni siang siang bulan puasa di tido. Dah dekat Asar baru dia nak bangun. Kemudian dah kelam kabut nak buat persiapan untu berbuka.

Dah berbuka relax kejap dan nak bertarawikh sampai ke tengah malam.

Jadinya dalam pukul sebelas baru saya boleh call sana. Maknanya tu time malaysia dah 4 pagi waktu sahur.

Kadang kadang tak dapat cakap kena tunggu kejap lagi.

Yang geramnya kita cuba lah stay awake last last tertido macam tu je dan tak dapat cakap langsung. Sehari terlepas maknanya 3 hari dah delay untuk kerja kita.

Dan kali ni dah dua hari dah saya asyik tertido je. Abam geram tau!

CEPAT

Bukan dulu dulu, sampai sekarang pon perangai saya masih sama.

Kalau ada apa apa peluang, orang yang kita nak pertolongan tu dia kata datang sini, saya takkan tanya banyak dah.

Kalau dekat saya start kereta terus pergi, kalau perlu pergi sampai kelantan pon saya pergi, kalau perlu beli tiket bas saya beli, kalau perlu naik flight saya cari tiket.

Duit bukan lah isu, kalau takda duit saya usaha jugak duit supaya jadi. Yang penting saya jumpa orang tu segera sebelum dia berubah fikiran.

Tak ada alasan. Itulah kunci kejayaan.

Kalau solat dhuha tunggang terbalik pon tapi lengai ingat Allah nak tolong ke?

87 SIDEWALK CAFE

Sembang dengan kawan tadi teringat kisah tahun 2008. Saya pernah ada cafe di Pulau Pinang.

Kami berkongsi dengan tiga orang kawan.

Business ambil masa lama dekat enam hingga tujuh bulan untuk dapatkan sales yang stabil. Kemudian baru mula ada order catering dari Komtar, Dewan Undangan Negeri semasa bersidang dan lain lain kecil kecilan sana sini.

Katering yang menampung kewangan kami tadi sales di kedai semakin teruk. Orang datang tapi tak cukup untuk tampung perbelanjaan. Sales sehari nak dapat dua tiga ratus pon sangat sukar.

Macam macam saya cuba buat, buat voucher, buat free drinks, siap turun naik pejabat sekeliling panggil ala ala macam panggil kenduri, orang putih ka Mouth to Mouth macam CPR dah tu.

Pon tak menjadi.

Sampai la last Ah Ee kedai ujung jual nasi ayam call, eh lu apsal tak bukak kedai banyak lama padahal masa tu saya ada dalam kedai.

Masa tu saya dah penat dan kewangan kami semua dah teruk. Akhirnya kami tutup juga pada hari usaha terakhir saya, artikel kedai kami keluar Kosmo 4 mukasurat.

STAFF

Saya pernah ada seorang staff berhenti kerja.

Katanya salah satu sebab dia tak puas hati sebab dia tengok bil makan saya mewah mewah tapi bayar gaji dia ciput saja.

Saya terus terkedu waktu dia cakap begitu. Saya tak sangka dia boleh persoalkan bill makan saya.

Dia tahu tak 10 tahun dulu jangan kata nak makan mewah, saya nak bubuh minyak kereta pon kena korek korek duit kot kot ada terselit sana sini nak cukupkan 2 ringgit. Nasib baik pakai toyota dan jimat minyak 2 ringgit cukup 2 kali pergi balik rumah ke tempat berniaga.

Dia tahu ka ada bulan bulan staff semua dapat gaji tak pernah lewat tapi bossnya ada kala duit sesen pon tak ada dalam poket. Nasib baik ramai kawan kawan tomyam masa tu, dapat la makan masuk buku. Kadang kadang derang belanja.

Dia tahu ka masa saya umur macam dia, gaji untuk diri saya tak sama pon macam dia dapat. Kadang kadang takdak gaji sebab meniaga tak menjadi.

Jadi dah 10 tahun lebih berniaga salahkah saya nak makan apa yang saya suka makan? Kalau bill 100 lebih bukannya saya makan sorang, selalunya bill yang dihantar untuk rekod dalam akaun adalah bill makan dengan client, partners dan juga staff.

Nota : Ex staff saya tu probation pon tak sempat habis lagi dan dah berhenti kerja.

Alhamdulillah.

HURMM

Inilah nasib jadi boss……orang lain yippie yippie tido hari ahad, aku semalaman tak tido standby request dari saudi dan buat kerja translation ingredients ke bahasa arab.

Ingatkan pagi pagi boleh lah lelap mata, tetapi sebenarnya sangkaan itu meleset.

WE

Tadi lalu nampak iklan…..

One stop funerel center starts from RM19800.

Alhamdulillah…… I said Alhamdulillah

Alhamdulillah wa ana Muslim.

ARABISTAN

Tetiba nak bukak kelas Bahasa Arab pasar. Mari kita belajar perkataan ‘Apa Khabar’ dalam pelbagai dialek dan style.

Kef haa lak – Arab Saudi

Esh akh baa rak – Saudi dan kebanyakan Negara Teluk.

Ezayyak – Mesir

Shou Akhbaarak – Syria, Lubnan

Kiifak – Lubnan, Syria

Zein – UAE

Shou louna – style untuk Lubnan

Akhbarak Eeh – Mesir

Dan banyak lagi dialek dengan style memasing.

Kaifa haluka hanya digunakan oleh pembaca berita dan kartun Bokemon (Pokemon) 😂😂😂