5 PERKARA PASAL BANGKOK

Tiap tiap tahun mesti wajib bulan May saya ke Bangkok.

Sebabnya bulan May adalah bulan adanya pameran antarabangsa pasal makanan nama dia Thaifex.

Tapi kali ni saya tanak cakap pasal Thaifex tapi saya nak cerita 5 perkara yang saya perasan yang mungkin anda tak perasan bila ke Bangkok.

Bagi yang tak pernah pergi Bangkok tu, nanti ada rezeki haaaa cuba perati betul-betul.

1. PEJALAN KAKI

Walaupun Bangkok atau Thailand bahagian pamandu sama jer macam Malaysia. Tempat pemandu sebelah tempat duduk kanan dan bila memandu kereta akan berada di sebelah lorong kiri lah kan.

Kalau kat KL selalunya kita akan terikut ikut lah jalan kaki pon nak ke depan akan duduk di sebelah kiri, naik turun tangga pon kalau nak berhenti duduk sebelah kiri kecuali bila nak memotong kita ke sebelah lorong kanan.

Tapi bila saya di Bangkok saya asyik nak berlanggar dengan orang je. Rupa rupanya dekat sini pejalan kaki lorong kanan lah pulak. Kalau nak berhenti malas jalan masa naik tangga letrik kena duduk kanan. Tidak karang orang marah sebab kita blok jalan. Pulaaaaak…..

image

2. PRIORITY SEAT

Teringat kat Malaysia banyak gambar orang bengang bila naik LRT tak kasi ibu mengandung duduk atau budak budak muda selamber je duduk tempat priority seat sedangkan masih ada orang lain yang lebih layak untuk duduk kat situ.

Haaaa dekat Siam ni bukan saja ibu mengandung, orang tua dan orang kurang upaya diberikan keutamaan, mereka juga sangat taat dan menghormati Sami Budha mereka. Sekiranya nampak je Sami masuk naik train mereka akan terus bangun bagi hormat dan mempersilakan sami duduk. Kalau tak bagi duduk bukan kena kecam dalam fb tapi sampai ke akhirat kena kecam nanti ok.

image

3. NAMA SPECIAL

Orang Thailand memang terkenal mempunyai nama nama yang panjang, unik dan kadang kadang berbelit lidah nak sebut. Tapi jangan terkejut kalau terjumpa nama yang bunyi PORN. Ramai sebenarnya nama bunyi porn tapi bukanlah mereka tu porn star. Mungkin porn tu macam siti lah kot kat Malaysia…..ramai orang nama mula dengan siti samalah sini ramai bunyi porn.
image

4. KABEL

Satu perkara yang saya tak tahan bila masuk saja Thailand, secantik mana pon kawasannya atau bangunan yang ada mesti akan rasa serabut. Sebabnya satu saja, kabel letrik mereka berserabut dan tak terurus. Rasa seriau pon ada tengok. Tak macam kat negara kita kabel kita susun elok saja, kemas dan kalau di bandaraya kabel kita ditanam bawah tanah terus tak nampak, jadinya pemandangan bandaraya kita kemas dan bersih saja kan. Haaaaa hargailah negara kita ok. Jangan asyik nampak orang je bagus.

image

image

5. TOMYAM

Takyah sebut lah tomyam tu apa, semua orang tau kan. Jadi kalau ke siam tu wajiblah kena makan tomyam betul tak.

Tapi jangan anggap tomyam tu asal ada dekat siam je semua wajib sedap. Dan jangan anggap semua tempat sama je rasa dia. Sebenarnya tomyam pon macam nasik lemak kita lah. Tak semua tempat sedap dan rasa pon tak sama. Jadi kalau boleh cuba la baca review ke atau tanya kawan kawan kat mana sedap. Sepengalaman saya jangan la makan tomyam dekat kedai kedai Halal khususnya dekat kawasan Nana yang banyak Arab tu. Rasa macam haram jadah!

Kalau yang tak kisah tu makan dekat kedai yang betul betul kedai siam, the best pergi shopping mall yang kedai nampak eksklusif sikit. Mahal la sikit tapi berbaloi. Cuma bagitau awal awal dekat waiter ‘mu mai mii’…..tak makan babi bagh oi!

Kalau was was ala ala teliti sangat rasa macam duduk perkampungan sunnah di ulu perlis, bolehlah berjalan jauh sampai ke kawasan muslim nama Ram Kam Haeng situ confirm Halalan Toiyiban Wa Soheeeh….

Paling mudah sekali jangan makan terus, makan hati jer.

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s