CEREWET

Dulu dulu saya takdalah cerewet macam sekarang.

Lebih lebih kurang ok saja.

Tapi tahun 2011 betul betul mengajar saya. Dalam perniagaan saya jatuh tersungkur. Berniaga rugi ratusan ribu, kawan pon lari tak ada siapa pun tolong.

Nama busuk merata rata. Hinggakan saya malu tak tahu letak muka dekat mana.

Semuanya gara gara kerana satu saja. Saya tak teliti dan tak cerewet. Saya biarkan orang uruskan dan hasilnya disaster dan orang yang perlu menanggung nama buruk itu adalah saya.

Teringat saya satu majlis santapan negeri, sorang Dato ni datang kepada saya dia tanya what happen to you?……Husam jaga nama….nama kena jaga.

Semenjak hari tu saya belajar duit bukan keutamaan. Duit hilang boleh cari semula.

Tapi nama, kredibiliti, profil dan nama baik tak mudah untuk dijaga.

Sebab tulah hari ni sekiranya apa apa melibatkan nama Husam, Husam Waksa, Foodmarket saya amat teliti.

Orang ramai dah tahu tak mudah kerja dengan husam, tapi apa yang team husam buat dah tahu dah hasilnya. Mesti menjadi. Mesti world class, mesti ada aesthetic value, mesti ada standard. Mesti kena cantik! Nak buat pekasam pon kena cantik apatah lagi nak buat benda yang lagi besar.

Kalau setakat kentut di tangga baik tak payah buat langsung daripada rosakkan nama. Biar rugi tapi nama terjaga.

Alhamdulillah prinsip yang saya pegang inilah menyebabkan saya berada disini dan dapat projek dari klien yang kadang kadang saya tak pernah impikan sebelum ini.

Tak semua orang dapat follow dan sabar cara saya, tapi ada beberapa kerat yang bagus sekarang tak tahan pula nak follow sebab job masuk non stop. I have now thr best printer, best creative team, best videographer dll. Itu semua adalah rezeki Allah.

Tak semua saya buat masuk fb ya, but trust me because of tahap cerewet sayalah banyak benda Allah murahkan rezeki saya yang kalau saya sebut secara umum mungkin tak manis.

Jadi ambillah yang baik dari cerita saya dan jauhkan yang buruk dari hidup kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s