SYUKUR

Kadang kadang kita perlu fikir sejenak dan bersyukur. Bersyukur bukan bermakna kita berhenti untuk menjadi lebih baik atau maju, tetapi kita ada perasaan bersyukur supaya kita lebih menghargai….

Saya tak dapat kongsikan kesemuanya tapi saya ingin kongsikan sedikit rasa syukur saya dan semoga perkongsian ini dapat mencetus pemikiran yang lain bahawasanya…..ya aku patut bersyukur.

1. Dikala saya melihat orang lain hidup berpasangan, beristeri, ada anak, diajukan soalan tak putus putus ‘bila nak kahwin’…..saya mungkin terfikir ya itulah yang ideal dan sempurna sebagai seorang insan. Tapi sebenarnya kita tidak tahu ramai diluar sana yang bertarung dalam hubungan rumah tangga. Terpaksa hapuskan banyak impian dan keinginan kerana sudah berumah tangga. Tidak dapat lakukan banyak perkara sedangkan saya dapat lakukan kerana saya masih membujang, apatah lagi perkara yang saya dapat lakukan itu pula boleh membawa kebaikan yang berpanjangan. Maka saya perlu bersyukur.

2. Dikala saya berasa tidak puas hati kerana hingga hari ini tak dapat baiki dan renovate toilet rumah saya seperti yang saya mahukan, dek kerana komitmen kewangan dan macam macam, tetapi sebenarnya ramai rakan rakan sebaya saya masih lagi menyewa dan masih bergantung dengan ibu bapa. Saya perlu bersyukur.

3. Dikala saya impikan hendak bertukar kereta yang lebih baik, setiap hari saya melihat ramai orang yang berjalan kaki jauh untuk ke stesen LRT dan ada yang menunggu bas dan mereka lebih berumur dari saya. Saya harus bersyukur.

4. Dikala saya melihat ramai orang yang seolah olah gembira dan mempunyai kewangan tanpa batasan, sebenarnya walaupun saya tidak punya wang yang banyak tetapi saya masih mampu hidup dengan selesa dan tidak perlu berkira kira sekiranya lapar. Saya patut banyak banyak bersyukur.

5. Dikala saya scroll ig, tengok wah cantiknya badan depa ni dan saya marah diri sendiri kerana asyik makan dan malas bersenam, sebenarnya saya perlu bersyukur kerana ada ramai diluar sana yang bergelut dengan obesiti, sakit dan banyak lagi. Sedangkan mamat sado tu bukan saja hidupnya sengsara takdak kerja lain pergi gym, makan pon kena catu, last sekali penyakit obses sikit sikit posing ambil gambar dan paling teruk londeh tinggal spender ambil gambar. Tak ke pelik penyakit tu. Ya saya perlu bersyukur.

Maka kita semua perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s