POLISI BARU

Saya baru saja bagi ARAHAN kepada staff saya.

Mulai hari ini kita stop polisi kita. Kita tukar haluan.

Siapa saja yang teringin nak push masuk produk dia ke Arab Saudi mestilah menanggung  kos untuk dapat kelulusan kesihatan sendiri.

Kami tidak akan bantu kawan kawan lagi khususnya yang berbangsa saya sendiri iaitu Melayu.

Untuk masuk Foodmarket juga tiada lagi waive atau pengecualian untuk bayaran listing fees. Mestilah sign contract dan patuhi semua terma dalam perjanjian.

Untuk masuk Kedai Asia kami di Jeddah juga mestilah mengikut terma kami, sign perjanjian dan menanggung kos kos SFDA dan lain lain.

Kalau nak masuk Bens, Village Grocer dan lain lain network kami juga mestilah sign agreement dan menanggung kos yang terlibat.

Kenapa? Sebab sebelum ni kita banyak tolong orang dan orang tak tahu sebenarnya kami terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk pastikan produk mereka dapat masuk.

Mereka tak bayar apa apa. Sedar sedar produk mereka dapat PO dan dapat bayaran. Kalau lewat sikit ka atau apa apa sajalah mereka demand itu dan ini macam diva. Makin meningkat order makin banyak karenah, syarat, perangai, songeh dan syarat yang dibuat.

Mereka tak value apa yang kami lakukan.

Sebab itulah polisi baru ini saya tetapkan. Tiada lagi pertolongan untuk kawan kawan dan usahawan Melayu.

Benar kata kata Dato’ W sebelum beliau tinggalkan Malaysia dan migrate ke negara luar.

‘Husam kalau nak hidup senang, jangan tolong orang Melayu’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s