KAWAN

Saya ada sorang kawan. Dari dulu saya dok anggap dia macam kawan baik saya. BFF la macam tu kononnya.

Tapi dari dulu lagi kalau saya teringat saya akan call dia. Kalau dia nak cakap apa apa penting dengan saya pon saya kena call dia. Kalau miscall pon dia takkan call balik saya juga kena call dia. Banyak kali juga zaman student dia miscall dan saya pula kena call dah habiskan kredit saya.

Sekarang kalau saya mesej dia akan baca tapi belum tentu dia akan jawab. Kadang kadang dia akan jawab lepas dua tiga hari kadang kadang dia takkan jawab langsung. Kira ikut suka bapak dia saja lah dia nak jawab ka tak.

Sebenarnya masa dulu dulu masa nak mula projek dia boleh saja cakap kat saya ‘tolong saya’ dan saya akan meberonong tolong dia dan keluarkan duit poket saya tanpa harapkan apa apa balasan. Lagipun ramai orang tahu saya ni memang senang dipergunakan dalam bab tolong tolong ni. Saya memang selalu tolong orang dan itu tak boleh dinafikan.

Sekarang baru saya sedar diri, saya saja yang anggap dia rakan baik saya sedangkan mungkin sebelah sana saya adalah salah seorang rakan rakan ramai yang dia ada.

Seorang rakan baik akan cuba selesaikan masalah sesegera mungkin dan meletakkan persahabatan ditahap tertinggi mengatasi segala galanya.

Bagi saya wang ringgit langsung tiada nilai walaupun saya bukan orang kaya. Perkara tersebut sudah terbukti dalam banyak perkara bagi orang yang dekat dengan saya. Kalau saya ada wang semua orang sekeliling mendapat manfaat baik sikit mahupun banyak. Mungkin berbeza dengan kawan saya ni.

Saya cuma agak kecewa kerana saya anggap dia seorang kawan. Kesibukan bukanlah alasan utama kerana semua itu bergantung kepada diri kita untuk letakkan prioriti.

Saya harap dia baca mesej ini. Wahai kawan yang saya anggap kawan, selamat hari raya aidil fitri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s