LOL

​When you meet someone and you have this SOP questions….

Hang dari mana?

Hang anak sapa?

Hang habih mengaji dah?

Ok…..you are old!

Advertisements

KARENAH

Macem macem karenah customer online ni.
Ada satu customer private message nak minta free delivery.

Mungkin dia dah terbiasa beli baju ke tudung ke telekong ke online maka dia selalu dapat harga free postage jadi bila dia nak beli bawang atau sambal di http://www.foodmarket.com.my pon dia nak benda yang sama.

Mari saya nak cerita, sebenarnya yang akak beli baju harga RM80 atau RM150 tu delivery dia tak free pon. Tapi dah diserapkan dalam kos barang yang akak beli.

Contohnya, baju akak beli mungkin kosnya cuma RM15, kemudian kos kotak, kos kertas kerajang, kos tag, kos reben lah dan sebagainya dalam RM5. Jadi jumlah RM20. Kemudian kos penghantaran pulak RM10 maka total dah jadi 30 hengget.

Jadi kalau dia jual baju RM150 pon tak kesah dia boleh kata free postage.

Kami jual sambal. Kami tak boleh jual sambal harga RM150 sebotol. Paling mahal pon mungkin 18 hengget saja itu pon dan juling mata pelanggan nak bayar. Untung disitu mungkin seringgit dua saja.

Jadi macam mana kami nak bagi free postage.

Tapi akak jangan risau, memang banyak lagi kami bagi free selain daripada sambal yang akak dapat.

Bila akak beli sambal kami akak akan dapat botol kaca free bersama penutup, plastik sealer dan juga label yang cun balut botol tu. Selain tu akak akan dapat makan dengan sedap dan menikmati hidangan yang tu kami tak charge orang lain charge dan paling berharga sekali adalah akak akan menjadi bertambah gemuk sebab sambal kami sangat sedap dan akak tambah nasi dua pinggan. Yang tu FREE.

JIRAN

​Ish ish orang sebelah gaduh laki bini siap jerit jerit baling pang pung pang pung macam cerita Seniman Bujang Lapok.

Nanti aku buat macam ajis buat baru kau tau!

Seb baik abang waras jadi memadai telefon guard house saja kasi itu nepal lebey kerja.

AWAT

​Bila saya tulis saya tau ramai suka share apa yang saya tulis.

Yang baik jadi tauladan yang merapu jadi sempadan.

Tapi bila saya tulis semalam saya demam sinus…..pon ada orang share yg tu sampai sekarang saya tak faham.

Serious tak faham.

Awat kak share haaaaa habaq mai sat!

USAHAWAN

​Petang tadi saya ada perbincangan ringkas dengan sekumpulan top management org GLC. Orang half gomen macam tu lah kiranya.

Mereka ada menyebut macam mana kita nak bantu budak budak muda yang menganggur ni supaya menjadi usahawan.

Jawapan saya, saya tak bersetuju dengan pemikiran tersebut. Untuk jadi usahawan bukanlah boleh dipaksa paksa. Tak dinafikan keusahawanan boleh di train tapi bukan boleh diwujudkan sekelip mata.

Keusahawanan adalah kerjaya yang paling susah dan paling mencabar.

Kumpulan ini bukannya mahu jadi usahawan, kalau mereka itu sudah ada spirit usahawan mereka tak akan menganggur.

Kemiskinan bukannya diselesaikan dengan keusahawanan.

Ini kesilapan yang gomen ulang dan ulang dan ulang.

Tak semua orang mampu menjadi usahawan apatah lagi menjadi usahawan yang cekal dan berdaya saing.

Apa yang diperlukan adalah perlunya peluang pekerjaan yang lebih banyak.

KRONISME

Tahun ni saja saya ada 5 projek suka suka buat dekor. Berangan nak jadi interior designer, bidang yang saya sangat tapi tak mungkin keluarga saya benarkan kalau saya nak ambil lepas habis SPM dulu. 

Semuanya tak menjana pendapatan pon tapi seronok seronok punya pasal jadi on sajalah.

1 di Perlis untuk kedai kami, 2 di Kedah dan salah satunya adalah rumah lama ayah saya yang tengah buat sekarang, satu di Penang dan rumah kawan baik saya dan baki dua rumah di KL rumah kawan jugak.

Apa kesimpulan yang saya dapat adalah imaginasi dan rujukan sangat penting untuk menghasilkan design yang kita inginkan. Kemudian kita terjemahkan atas kertas.

Bayangkan saya langsung tiada pendidikan formal dalam bidang ni dan semuanya hasil pemerhatian dan proses belajar sendiri. Sketch entah betul entah tidak pakai hantam sajalah. 

Akhirnya secantik mana pon lakaran kita dan setinggi mana pon imaginasi kita semuanya bergantung kepada resources sekeliling dan bergantung kepada tangan kontraktor.

Paling mencabar apabila di Kedah dan Perlis kerana tak semua yang kita mahukan akan ada disitu. Jadi kita terpaksa bawa dari luar dan beli bahan bahan dari luar atau akhirnya kita terpaksa tone down taste dan kemahuan kita mengikut apa yang ada.

Sekarang saya faham kenapa ‘kronisme’ itu sangat penting. Sebab itulah Kar Hok di mana saja pon projek yang beliau dapat beliau hanya akan bawa tukang dan kontraktor yang sama sahaja. Biarlah kos meningkat tapi hasil seperti yang dimahukan.

Nota kaki: Kedai di Perlis dulu saya terpaksa import artist dari KL untuk buat kerja tukang barulah wall installation jadi seperti yang saya mahukan.

CON

​Dalam dunia ni orang penipu penyangak baik lelaki ka perempuan ka dia panggil ‘conman’.

Kalau dia memang power dalam menipu dan penyangak dia panggil ‘con-master’.

Tapi bapak segala penipu dan penyangak adalah ‘consultant’.

TUN M

​”Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam di kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurahkan keluar. Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri, tidak akan menebuskan dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal.”

CLASS

​The real meaning of class?

Bukannya kaya

Bukannya berbangga dengan keberadaan

Bukannya arrogant dalam kata kata

Bukannya demeaning dan menghina dalam berhujah

Bukannya duduk dalam kumpulan aristokrat dan struggle to fit and maintain

Bukannya dengan kedudukan dan jawatan

Bukannya dengan birth right

Bukannya gaya hidup

Class yang saya pelajari adalah kita tak berkata apa apa atau melakukan apa apa, orang tetap pandang kita ada class

Apabila kita bercakap semua orang diam dan mahu mendengar

Apabila kita tuturkan sesuatu ia menjadi bahan rujukan sepanjang zaman. 

Saya jumpa ramai orang yang rasa dia ada class tapi dipandangan saya dan keluarga saya adalah rasa simpati dihati.

Yang pasti orang ada class adalah dihormati tanpa perlu diminta.
Tulisan atas adalah rentetan daripada posting Saiful Bahari Baharom yang menjawab dengan jenaka/sinis kerana ada orang tegur beliau jangan mencarut kerana tak ada class, dan jawapan beliau Sultan dan aristokrat paling banyak mencarut. Penulisan ini juga adalah hasilan daripada pembacaan pembaca selama 2 tahun di wall beliau.

LOL

Baru saya perasan the only orang Jitra yang friendly, baik dengan kita tanpa ada sebab dan sentiasa kekalkan hubungan baik, siap hantar hadiah lah ucapan lah mesej mesej ingatan lah adalah yang berumur 30 tahun ke atas.

Dia tak call atau mesej tetiba hanya kerana dia baru teringat sebab dia perlukan sesuatu.

Baru kini saya faham. Jadi slowly saya akan buat 5S dalam hidup saya.