MEKAH

Saya masih ingat dulu dulu jarang jarang kita dapat mendengar orang pergi Mekah.

Baik buat Umrah atau tunai Haji.

Kalau ada seseorang yang akan ke Mekah maka satu kampung atau taman akan tahu dan bercakap mengenainya. Dapur di surau atau balairaya mulalah berasap dan kaum lelaki dan wanita akan turun menyiang memotong menumis dan memasak nasi minyak dan lauk pauk.

Kenapa?

Kerana malam nanti akan diadakan kenduri kesyukuran.

Esoknya akan datanglah sanak saudara rakan taulan yang akan berkumpul juga untuk menghantar si polan berangkat. Azan dan iqamat akan dilaungkan sebelum bakal pak aji mak aji masuk kereta untuk berangkat.

Ketika tu juga tak ramai yang memeliki kereta dan selalunya kereta menghantar juga kereta sewa.

Hari ini pergi buat umrah khususnya dari kalangan rakan rakan saya sudah seperti ulang alik KL Penang. Kita sudah terbiasa dengan berita begini.

Alhamdulillah……..

RUGI

Tahu tak macam mana saya membuat untung yang lebih besar, consistent dan berpanjangan?

STORY 1
Saya telah berikan satu kontena percuma kepada pelanggan saya setelah bertahun tahun mencuba untuk mendapat order daripada mereka. Ini adalah tahun ke 5 mereka menjadi pelanggan saya sehingga hari ini. Dahulu mereka hanya ada 1 cawangan pasaraya hari ini mereka sudah ada 5 cawangan dan bakal membuka 2 di Riyadh dan 1 di Mekah. Pastinya bila mereka bertambah cawangan pesanan mereka meningkat. Saya rugi 40 ribu. Saya untung hingga hari ini.

STORY 2
Tahukan anda bagaimana sambal dan bawang saya menjadi santapan istana istana di negara kita dan golongan VVIP di Malaysia. Saya terpaksa habiskan beribu ringgit untuk buat hamper untuk sembahkan kepada Sultanah Raja Sultan Yamtuan dan Kerabat. Banyak bawang free yang mengalir keluar. Saya rugi………tapi hari ini bawang goreng kami adalah yang paling premium dan termahal serta menjadi status dan santapan golongan bangsawan di Malaysia. Bawang goreng kami ada di semua istana termasuk Istana Presiden Singapura dan Istana Istana Brunei.

STORY 3
Tahukah anda macam mana saya boleh bawa masuk F&N ke Hyper Panda? F&N adalah syarikat MNC dan pengeluar teh susu pekat terbesar di Asia tetapi mereka tidak dapat menembusin pasaran Saudi. Apa kaedah saya gunakan? Rahsia…..tapi puluh ribu juga saya habis dan kerja saya makan masa 3 tahun berulang alik. Saya dapat balik semua wang saya hanya dengan satu order daripada mereka.

STORY 4
Saya pernah cuba ingin menembusi pasaran Mesir dengan memberikan satu kontena secara kredit. Saya tidak berjaya dan wang hangus. Saya hilang 70 ribu tapi saya dapat good network daripada hasil hubungan tersebut yang memberi saya manfaat sehingga hari ini.

STORY 5
Ingat kedai FOODMARKET PERLIS?  Kedai ini saya tinggalkan setelah satu bulan saya bertungkus lumus siapkan. Saya habiskan RM15 ribu dari nilai yang direkod dan entah berapa ribu dari nilai yang tak direkod. Kenapa? Mudah saja kerana kami sebagai partner tidak mempunyai cara pemikiran yang sehaluan. Saya rugi kerana buang masa dan habiskan duit poket set up kedai. Tapi saya rasa partner saya lebih rugi kerana dia hilang my network base dan jenama Foodmarket customer base serta perancangan panjang selepas itu. Dia juga rugi kerana extend daripada Foodmarket Shop tersebut adalah projek berimpak yang lebih besar. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan kedai tersebut kerana kami tiada komunikasi yang efektif dan kerana partner saya terlalu sayangkan wang.

Apa moral story…..anda boleh buat kesimpulan sendiri sebagai panduan hidup.

GOMEN

Pagi tadi buat pertama kali saya pergi semula ke Consulate Malaysia ke Jeddah setelah beberapa tahun tidak kesana dan secara official saya buat courtesy call untuk Konsul Malaysia di Jeddah yang baru.

Kami berbincang beberapa perkara dan berkongsi tentang perkembangan terbaru Kedai Asia dan perancangan kami seterusnya.

Saya panggil Konsul dengan singkatan CG sama macam orang orang di sini panggil. Beliau ada maklumkan minggu hadapan Trade Consul wakil attache MOA dari Dubai akan datang untuk bincangkan program mereka dengan Panda.

Jadi saya berminat dan tanya lanjut. Program apa nak buat tu CG.

Jadi CG pon ceritakan yang mereka bercadang untuk buat event di Panda selama satu hari untuk promosikan buah buahan Malaysia.

Memandangkan ini adalah kali pertama saya berjumpa beliau, saya mohon maaf dahulu sebelum saya lanjutkan dengan pendapat saya.

Saya tanya sampai bila kita (yakni gomen) nak ulang kaedah ni. Saya tak katakan kaedah ini salah. Tapi kaedah ni tak efektif di Negara Teluk khususnya negara ini……. Arab Saudi.

Berapa kos selalunya untuk buat event. Mengikut pengalaman sayalah, dengan standard negara kita dan imej negara yang hendak dijaga sekurang kurangnya setengah juta perlu dihabiskan.

Event terakhir yang saya pernah participate 2 tahun lalu melibatkan lebih daripada 700 ribu Ringgit.

Kita tak nak lagi bincang dan sebut dalam report berapa banyak wang yang telah dibelanjakan. Bila kita bercakap tentang event sebegini, soalannya mudah. Berapa kontena telah kita export selepas itu. Berapa nilai jualan export.

Setahu saya event event begini, tiada langsung perkiraan ‘tangible’ yang boleh dijustifikasikan melainkan yang membuat untung adalah event management company.

Sekarang saya nak tanya, berapa nilai selalunya produk makanan untuk satu kontena 20 kaki?

Kalau produk ringan seperti keropok tak lebih daripada 30 ribu ringgit. Kalau produk nilai tinggi kita boleh julatkan dengan nilai 100 ribu ringgit.

Kenapa kita tidak saja jadikan satu kontena ini sebagai insentif dan promosi, berikan kepada hyper panda secara percuma dan terus jual ke dalam pasaraya mereka. Apabila percuma, negotiation strength ada di tangan kita. Kita tidak boleh memaksa mereka membeli dan kaedah ini akan membuatkan kita hilang negotiation strength secara psikologi.

Dalam akaun kita treat sebagai promotional cost. Kalau barang terjual biar hypermarket ambil duit itu. Kalau tak jalan bila expired boleh buang.

Tetapi bayangkan sekiranya barang laris, pastinya mereka akan buat repeat order. Hypermarket mana yang tidak mahu jual barang yang laris.

Masa tu, baru lah buat event dan promosi. Buat di dalam hypermarket tersebut. Kalau konsumer suka dan tanya nak beli dimana nanti bagitahu dah ada dekat dalam gondola sekian dan sekian.

Dengan promosi tersebut jualan akan meningkat di hypermarket dan mereka akan lebih gembira dan akan membuat pesanan  tambahan lagi.

Berapa nilai kos kalau kita guna pakai kaedah ini? Berapa pula nilai kos kalau kita guna kaedah lama? Tuan tuan semua boleh kira sendiri.

Apa pun…… saya berani jamin dari SUB, TKSU, KSU, Timbalan dan hinggalah YB Menteri akan kepak dada nak cerita dalam Parlimen.

Ya mula mula kurang glamer…..tapi lepas beberapa bulan, rasa hari hari nak buat press conference nak cerita orang Malaysia.

Apalah sangat glamer wang wing event satu hari habis sejuta last last satu biji buah pon belum tentu dapat jual.

Kita perlu berubah!

Nilah kaedah yang menyebabkan saya menapak di Arab Saudi 7 tahun yang lalu.

BULLY

I watched something from youtube about an audition, she was too nervous and has no self confident. Her mom knows her problem. She has gone through a lot of bullies in school that needed her to move from essex to somewhere else. Besides that she is superbly beautiful and has an incredible voice. She became a different person when she sings.

I took my moment because i had my own memory too.

When i moved to a new school, nobody likes me just because that im different. If u ask me today yes i know why im different. Im different in many things. The way i act, the way i eat, the way i study, the way i think. Im just too different. I like things that common people wouldnt love to. Those days im too different among friends in school.

I remembered as well i always receive different treatment from teachers or anybody just because of me being different. Im different with my background and ability which those i think made my schoolmates at first dislike me. Im a bit different but those days being a young teenage i do not recognise and realise myself that actually i am different.

One night i was been called by someone from my classmate. They shouted and asked me to standstill. Than one by one kicked me from head to toe. One of them kickin and throwing ball with hard kicked just like i am the goal net.

Because of that i decided to leave hostel and went home but i didnt tell my parents. The school knew about it and they called and asked for names and i decided not to tell the ustaz.

It was long ago and i already forgive all of them, they are all my friends today and some of them still contacting me.

The school bullies wasnt give any impact in my life.

But my real bullies started when i jumped into this real world. Again being different made my look weird to some people, some people made fun of me, some people made use of me and some of them have no heart at all and even say nasty thing in public and behind.

I had my worst experience in Penang when those people that i idolize,  those who came in the name of helping orang Melayu are actually the actual bully. Because of that grandpa adviced me to go out from Penang and find my business and life path outside Malaysia.

Alhamdulillah because of those bullies made me become a very strong person, heart and faith. Because of those experience made me today that i dont care who ever you are. Because of those memories that made me today to do what ever i think is right and to say what ever i think in my mind without hesitating what people think or what people feel.

I became a stone.

To those outside been bullied, fight back. If you cant go somewhere until you became stronger. They dont deserve to have you.

TIPS

Untuk kenkawan yang jual insurans……

This is my tips.

It’s okay to make new prospect through social media such as facebook.

But let me tell you this.

People don’t buy from you because of your 24 7 postings about AIA, Prudential, Takaful or whatever.

People buy because of maaaaaany factors except that.

I bought mine because of the person is real. I bought mine because i wanted to have one.

I upgraded mine to premium after i watched ‘Me Before You’…… LOL

ABAI

Ingatkah kita tragedi yang lalu kren telah jatuh di Masjidil Haram dan telah menyebabkan tragedi berdarah dan kematian?

Apakah yang telah terjadi kepada syarikat pengendali projek pembangunan tersebut?

Kerajaan Arab Saudi terkenal sebagai kerajaan yang sangat harsh dan abrupt dalam mengambil apa jua tindakan khususnya apabila melibatkan krisis.

Contohnya apabila Malaysia dilanda H1N1 dulu, rakyatnya terus diberi perintah untuk langsung tidak boleh memasuki Malaysia. Ketika kes coklat Cadbury di Malaysia, Arab Saudi terus perintahkan semua jenis coklat di dalam pasaran ditarik balik dan diperiksa yang telah menyebabkan chaos dan industri kerugian puluhan juta Riyal (terima kasih pemfitnah di Malaysia).

Untuk kes kren jatuh tersebut, Saudi Bin Ladin group terus dibatalkan kontrak pembinaan Masjidil Haram dan disenarai hitamkan. Pemiliknya sedang menghadapi pertuduhan membunuh. Aset syarikat mereka dibeku. Pekerja mereka dimaklumkan sudah 6 bulan tidak menerima gaji kerana aset telah dibeku.

Walaupun saya secara peribadi kurang setuju dengan tindakan begini kerana ia melibatkan puluhan ribu pekerja yang ada anak isteri untuk makan, tetapi sekali sekala developer dan kontraktor di Malaysia perlu di AJAR sebegini kerana kisah kemalangan di tapak pembinaan di kawasan awam sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Semua boleh setel belakang.

Nota: Penulisan ini adalah reaksi kepada kes kren jatuh di Jalan Raja Chulan di Bukit Bintang yang telah membunuh seorang wanita.

DO YOU KNOW

Do you know that Muslim (not Malay) only owns less than 1% stake property in Georgetown in Penang and half of that contributed by Wakaf from the older generation.

Majority of the properties owned by only two prominent families in Penang through companies, relatives and proxies too.

To those who would like to argue like Penang is owned by Syed Mokhtar and Daim…… id like to say fuck you langsi cibai.

TERM

Kalau nak tau sekarang ni kami dalam proses untuk register macam macam produk dekat kesihatan Arab Saudi. Jadinya macam orang gila jugak lah kerjanya.

Ada satu set produk Nestle geng geng corn flakes, coco crunch dan macam macam lagi bila submit je reject submit je lagi kena reject. Hish tak boleh jadi nih!

Alasan reject dia asyik tulis produk tidak sah.

Apa yang tak sah? Kena bawak saksi 4 orang ke macam mana?

Jadi saya pon tak puas hati terus keluar pergi supermarket Manuel yang banyak barang import. Saya terjumpa produk coco crunch dari Belgium.

Saya teliti label dia dan terjemahan.

Ooooooo dah tau dah masalah dia. Kami terjemah nama produk salah.

Coco crunch kena terjemah sebagai ‘Keropok sarapan pagi dengan perisa coklat’.

Haih……

DSAJI

Ini cadangan terbuka saya kepada Dsaji di Arab Saudi. Harap abang kita jangan marah tau. Sekadar cadangan saja.

Kita kan dah dapat lampu hijau dari KL nak suruh bukak cawangan Madinah pastu terbaru Riyadh pulak.

Cadangan saya jangan lagi buat konsep macam Mekah mahupun Jeddah.

Mekah terlalu Melayu hinggakan orang Arab tak ramai boleh makan. Orang Arab tak makan sebab tak biasa dan tak tahu menu kita. Orang Melayu pulak bila makan komplen sebab rasa tak macam mak dia masak.

Di Jeddah pula konsep fine dining. Bila fine dining dekor pon kena refined. Bajet pon must be so fine. Jadi bila makanan tak up to the par orang akan cakap belakang sebab bayar harga tak dapat apa yang diharapkan. Kita dalam industri faham apa masalah di belakang tetapi customer dan orang gomen buat umrah 10 hari apa dia tahu. Komplen saja yang dia pandai.

Abaikan kemahuan Chairman dan Presiden or whatever pangkat yang ada kat Malaysia. We are doing business and doing business by right me must at least break even.

Cawangan baru nanti kita buat konsep fast food saja. Konsep yang go to the mass. Semua orang boleh makan dan semua orang mampu makan.

Prince lalu tepi kedai pon boleh order, bangla pakistan pon mampu nak makan hari hari. Range price satu meal antara SR15 hingga SR30 saja.

Menu biarlah universal tapi masih kekalkan identiti Malaysia. Menu juga mudah dan senang untuk pengurusan dan pengurusan bekalan mentah.

Antara contoh mudah yang sudah ada di pasaran adalah seperti Canton dan Wok di foodcourt shopping mall.

Buat 2 jenis nasi goreng
2 jenis mee goreng
Set sate dengan pilihan fries atau nasi impit
Ayam bakar ala ala ayamas dengan pilihan fries atau nasi

Minuman carbonated drink dan tambahan 3 jenis minuman asia seperti teh o ais dan ice lemon tea. Lain lain boleh letak air tin (yang tu order kat abam laaaaaa)

Konsep begini belanja renovation pon tak tinggi. Pekerja pon tak perlu ramai and i believe with the right marketing technique 2 year dapat balik semua duit.

Saya yakin total belanja semua setahun termasuk gaji rental renovation dan overhead tidak melebihi sejuta ringgit. Kos tinggi hanyalah bergantung kepada tapak sewaan sahaja.

Cer pikior….. betoi dak apa teman cakap ni.