MESIR

Kelmarin saya hadirkan diri ke perkahwinan kawan baik saya orang Arab.

Saya ada menjemput seorang pelajar untuk datang bersama saya.

Tujuan saya menjemput bukanlah hanya setakat menjadi peneman saya, tetapi juga ingin memberikan peluang kepada beliau dan dengan harapan melalui beliau para pelajar lain juga dapat mengetahui bahawa di Mesir ini ada wujud kelompok lain yang para pelajar tidak kenali.

Seingat saya para pelajar hanya mengenali Mesir dengan mengenali orang Mesir itu miskin, bergaji kecil, pengotor, suka bergaduh, kasar, kurang budi bahasa, suka menipu dan seribu satu perkara yang tak elok mengenai orang Mesir.

Kawan saya ini adalah daripada kumpulan kelas menengah atasan Mesir. Mereka sangat baik dengan saya, pernah datang melancong ke Malaysia. Cakapnya juga lemah lembut dan teratur. Bahasa Inggeris keluarga dan rakan rakan sangat baik. Mereka mengenali Malaysia dan sangat hormati Malaysia terutama sekali Mahathir Mohammad. Kira kira mudah saya majlis perkahwinan beliau kalau diambil kira kos seperti di Malaysia sekurang kurangnya 100 ribu wajib telah dibelanjakan.

Mengenali keluarga ini adalah seperti mengenali rangkaian peruncitan kerana ayahnya adalah seorang usahawan dan mempunyai rangkaian kedai farmasi sekitar bandar bandar utama Mesir. Manakala kawan saya pula mempunyai sedikit nama dalam industri kreatif di sini dimana rakan rakannya terdiri daripada selebriti, industri pementasan, perfileman, jurutera bunyi, pereka grafik dan macam macam lagi.

Tidak termasuk saya dapat berkenalan dengan dua orang profesor yang bekerja di UK dan seorang lagi di Malaysia.

Sayangnya pelajar yang saya jemput ini tidak dapat hadir di saat akhir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s