DSAJI

Saya ingat lagi masa tu ada VP Felda dari KL dan one of BOD. Tuan Syed yang jemput dan kenalkan dengan derang ni.

Cerita macam macam dari perkara kecil sampailah ke permasahalatan umat. Bunyi tu macam kebabom lah sikit sebab kata pon buat story kan.

Tapi ada satu benda yang saya sebut dan saya masih ingat.

Memandangkan Dsaji di Mekah tidak dapat membuat keuntungan dan setiap tahun mengalami kerugian yang besar, kita tak dapat naikkan harga makanan kerana mengambil kita para jemaah yang dari pelbagai latar belakang selain mengambil kira implikasi politik yang silap sikit balik mesia nak report.

Jadi Dsaji terpaksa kekalkan harga sedia ada walaupun roti canai 5 riyal pon dah kena carut dengan pak aji kata mahal.

Keduanya kita tak boleh tutup saja Dsaji walaupun tidak mendatangkan keuntungan kerana ini adalah inisiatif terdahulu tanda hubungan diplomatik serta pride kepada Malaysia. Secara tak langsung ia juga merupakan penjenamaan dan publisiti negara. Tiada satu pon restoran berteraskan jenama sebuah negara di Masjidil Haram melainkan Restoran Malaysia Dsaji. Abaikan KFC dan Starbuck Israel tu……

Jadinya Dsaji Mekah adalah tanggungjawab korporat Felda untuk jemaah Malaysia dan negara kita.

Jadi terpacullah di mulut saya kenapa tak wujudkan restoran kedua di Jeddah dan restoran ini mestilah bernilai komersial dan boleh membuat keuntungan.

Bersambung……

PS: sorry bang saya claim aaaaaa credit.

Leave a comment