DSAJI

Ini cadangan terbuka saya kepada Dsaji di Arab Saudi. Harap abang kita jangan marah tau. Sekadar cadangan saja.

Kita kan dah dapat lampu hijau dari KL nak suruh bukak cawangan Madinah pastu terbaru Riyadh pulak.

Cadangan saya jangan lagi buat konsep macam Mekah mahupun Jeddah.

Mekah terlalu Melayu hinggakan orang Arab tak ramai boleh makan. Orang Arab tak makan sebab tak biasa dan tak tahu menu kita. Orang Melayu pulak bila makan komplen sebab rasa tak macam mak dia masak.

Di Jeddah pula konsep fine dining. Bila fine dining dekor pon kena refined. Bajet pon must be so fine. Jadi bila makanan tak up to the par orang akan cakap belakang sebab bayar harga tak dapat apa yang diharapkan. Kita dalam industri faham apa masalah di belakang tetapi customer dan orang gomen buat umrah 10 hari apa dia tahu. Komplen saja yang dia pandai.

Abaikan kemahuan Chairman dan Presiden or whatever pangkat yang ada kat Malaysia. We are doing business and doing business by right me must at least break even.

Cawangan baru nanti kita buat konsep fast food saja. Konsep yang go to the mass. Semua orang boleh makan dan semua orang mampu makan.

Prince lalu tepi kedai pon boleh order, bangla pakistan pon mampu nak makan hari hari. Range price satu meal antara SR15 hingga SR30 saja.

Menu biarlah universal tapi masih kekalkan identiti Malaysia. Menu juga mudah dan senang untuk pengurusan dan pengurusan bekalan mentah.

Antara contoh mudah yang sudah ada di pasaran adalah seperti Canton dan Wok di foodcourt shopping mall.

Buat 2 jenis nasi goreng
2 jenis mee goreng
Set sate dengan pilihan fries atau nasi impit
Ayam bakar ala ala ayamas dengan pilihan fries atau nasi

Minuman carbonated drink dan tambahan 3 jenis minuman asia seperti teh o ais dan ice lemon tea. Lain lain boleh letak air tin (yang tu order kat abam laaaaaa)

Konsep begini belanja renovation pon tak tinggi. Pekerja pon tak perlu ramai and i believe with the right marketing technique 2 year dapat balik semua duit.

Saya yakin total belanja semua setahun termasuk gaji rental renovation dan overhead tidak melebihi sejuta ringgit. Kos tinggi hanyalah bergantung kepada tapak sewaan sahaja.

Cer pikior….. betoi dak apa teman cakap ni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s