RUGI

Tahu tak macam mana saya membuat untung yang lebih besar, consistent dan berpanjangan?

STORY 1
Saya telah berikan satu kontena percuma kepada pelanggan saya setelah bertahun tahun mencuba untuk mendapat order daripada mereka. Ini adalah tahun ke 5 mereka menjadi pelanggan saya sehingga hari ini. Dahulu mereka hanya ada 1 cawangan pasaraya hari ini mereka sudah ada 5 cawangan dan bakal membuka 2 di Riyadh dan 1 di Mekah. Pastinya bila mereka bertambah cawangan pesanan mereka meningkat. Saya rugi 40 ribu. Saya untung hingga hari ini.

STORY 2
Tahukan anda bagaimana sambal dan bawang saya menjadi santapan istana istana di negara kita dan golongan VVIP di Malaysia. Saya terpaksa habiskan beribu ringgit untuk buat hamper untuk sembahkan kepada Sultanah Raja Sultan Yamtuan dan Kerabat. Banyak bawang free yang mengalir keluar. Saya rugi………tapi hari ini bawang goreng kami adalah yang paling premium dan termahal serta menjadi status dan santapan golongan bangsawan di Malaysia. Bawang goreng kami ada di semua istana termasuk Istana Presiden Singapura dan Istana Istana Brunei.

STORY 3
Tahukah anda macam mana saya boleh bawa masuk F&N ke Hyper Panda? F&N adalah syarikat MNC dan pengeluar teh susu pekat terbesar di Asia tetapi mereka tidak dapat menembusin pasaran Saudi. Apa kaedah saya gunakan? Rahsia…..tapi puluh ribu juga saya habis dan kerja saya makan masa 3 tahun berulang alik. Saya dapat balik semua wang saya hanya dengan satu order daripada mereka.

STORY 4
Saya pernah cuba ingin menembusi pasaran Mesir dengan memberikan satu kontena secara kredit. Saya tidak berjaya dan wang hangus. Saya hilang 70 ribu tapi saya dapat good network daripada hasil hubungan tersebut yang memberi saya manfaat sehingga hari ini.

STORY 5
Ingat kedai FOODMARKET PERLIS?  Kedai ini saya tinggalkan setelah satu bulan saya bertungkus lumus siapkan. Saya habiskan RM15 ribu dari nilai yang direkod dan entah berapa ribu dari nilai yang tak direkod. Kenapa? Mudah saja kerana kami sebagai partner tidak mempunyai cara pemikiran yang sehaluan. Saya rugi kerana buang masa dan habiskan duit poket set up kedai. Tapi saya rasa partner saya lebih rugi kerana dia hilang my network base dan jenama Foodmarket customer base serta perancangan panjang selepas itu. Dia juga rugi kerana extend daripada Foodmarket Shop tersebut adalah projek berimpak yang lebih besar. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan kedai tersebut kerana kami tiada komunikasi yang efektif dan kerana partner saya terlalu sayangkan wang.

Apa moral story…..anda boleh buat kesimpulan sendiri sebagai panduan hidup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s