MEKAH

Saya masih ingat dulu dulu jarang jarang kita dapat mendengar orang pergi Mekah.

Baik buat Umrah atau tunai Haji.

Kalau ada seseorang yang akan ke Mekah maka satu kampung atau taman akan tahu dan bercakap mengenainya. Dapur di surau atau balairaya mulalah berasap dan kaum lelaki dan wanita akan turun menyiang memotong menumis dan memasak nasi minyak dan lauk pauk.

Kenapa?

Kerana malam nanti akan diadakan kenduri kesyukuran.

Esoknya akan datanglah sanak saudara rakan taulan yang akan berkumpul juga untuk menghantar si polan berangkat. Azan dan iqamat akan dilaungkan sebelum bakal pak aji mak aji masuk kereta untuk berangkat.

Ketika tu juga tak ramai yang memeliki kereta dan selalunya kereta menghantar juga kereta sewa.

Hari ini pergi buat umrah khususnya dari kalangan rakan rakan saya sudah seperti ulang alik KL Penang. Kita sudah terbiasa dengan berita begini.

Alhamdulillah……..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s